Pages

May 30, 2018

Ifthar TaSekKelamClanz

Kelmarin, kami berbuka bersama dengan geng TaSekKelamClanz. Geng apa ni? Haaaa. Ni geng kawan-kawan setaman husband di Ipoh. Tahun ni sehingga kelmarin, banyak aktiviti kami. Antaranya picnic di The Nahara, staycation di Puchong & Cyberjaya dan yang terkini Ifthar yang mana tuan rumah kali ni ialah He & Piah. :)

faiz bakar ayam
babysitter, haha
anak-anak bawa haluan sendiri, haha
seronok lah dia bab menyelongkar, hoho
Masing-masing kerja hari tu kecuali Piah la. Hehe. Jadi, kami balik kerja terus ke rumah diorang. Dekat je, tak jauh. Kitorang ni disuruh bawa air je, makanya singgah lah beli air di bazar Ramadhan MPAJ tuh. Dan, ku beli juga lah lauk dekat food court office tengahari tu. Beli sayur terung sambal dan pajeri terung / nenas. 

terung tumis sambal
lee add on cucur udang, sedap!
Yang masak hebat-hebat dah tentu lah Piah. Hihihi. Kemain tau sampai 3 lauk dia masak. Masa kitorang sampai si kecik nak berdukung aje. Terus aje 'pass baton' kat kitorang. Haha. Dia masak lauk pauk. Sebab dia pantas orang nya, sup sap sui aje dia masak. Kalau aku, bahahaha. Malas lah nak cerita kekurangan diri. KahKahKah.

Ikan Sembilang Masak Sambal
alah alah terliur pulak aku
sedap niiii
Ketam Cili
as usual, ini menu 'signature' piah
tak pernah tak sedap 
Ketam Salted Egg
cubaan katanya
omg, sedap egg tu makan macam tu saje
Pais pula datang bawa ayam yang dia dah siap perap. Ayam ala-ala Kenny Rogers katanya. Resepi dari Facebook. First trial jugak. Sampai je rumah Piah He, diorang terus masukkan ayam dalam pemanggang ajaibbbb. Hehehe.

Ayam Ala Kenny Rogers
serius sedap
juicy!
Haaaa tu main dishes semua. Meriah tak meriah dorang ni masak. Nasib baik aku tak masak, kalau aku masak lagi meriah tu. Ceyyyyy! Hahahaha. Pais pun buat kuih sagu melaka. Sedap nya lah. Semalam suruh husband cari kat bazar, takde. Haha.

Sagu Gula Melaka
Appetizer / desert pun meriah haa. Ku pun buat brownies sebiji. Zup! Pukul 1030 tu tinggal lagi 3 ketul. Hehe.  




Serius makanan hari tu sedap belaka. Lepas berbuka, solat Maghrib semua lepak-lepak makan segala kuih muih. Lepas tu bapak dengan anak-anak gi main bunga api & mercun kat luar. Arissa terus tak main sebab tangan dia terpegang besi panas katanya. Haha. Anak ku anak ku. Yang Aflah pula takut. Seronoklah bapak nya. Haha. 

semua sedap belaka


Alhamdulillah. Ifthar berjalan lancar seperti yang dirancang. Dan diorang ni dah mula plan nak ke sana sini lepas raya. Amboi sangat tau. Daku nak balik Sarawak ni, sure duit mengalir macam air terjun nanti. Harap korang bersabar ye kawan-kawan. Bagi kitorang settle beraya di Ipoh lak nanti. Haha. 



Alhamdulillah. 
Semoga ukhwah ini hingga ke akhir hayat. 
Semoga persahabatan ini adalah ikhlas, dan lillahhita'ala. 

psst! boleh dah delete gambar dalam hp. hahaha. 

Salam Sayang, 
DYatie ABakar.

No comments

Blog design by Rainy Day