Pages

Apr 22, 2018

Percutian Singkat di Langkawi

Hai korang! Salam Jumaat! Hehe. Rehat di hari Jumaat ni tiba-tiba teringat percutian singkat di Langkawi dulu. Dulu tu di tahun 2016. Pergi tu bersempena hari lahir si kakak yang ke empat tahun. Si adik masa tu pun belum pandai berjalan lagi. Hehe. 

Masa tu rezeki kitorang dapat tiket Air Asia yang murah. RM115 sahaja untuk kami empat beranak, tanpa beg dan makanan for sure. Yang itu kami add kemudian but still murah. Ermm, sekarang macam susah nak dapat tiket murah macam tu lagi. Huhu.


Masa ni kami gerak dari rumah pukul 4 pagi sebab tiket flight pukul 730 pagi. Nak tiket yang murah kan, jadi memang awal pagi lah geraknya. Hehe. Semua segar bugar masa ni. Tapi sementara nak tunggu flight, masing-masing mengantuk. Anak-anak siap tertidur. 


Anak Yt dua orang je tau. Yang boy sebelah tu tiba-tiba menyelit. Hehehe. Ni masa kami dah sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Kat sini tak ada crew yang marah atau tegur kami yang posing latar belakang kapal terbang. Hehe. 


Masa kitorang sampai, barulah uruskan sewa kereta. Kitorang booking Perdoua Viva tapi dapat Honda City dengan harga yang sama. Rezeki. Alhamdulillah. Dan, kitorang booking dengan Shah Kawi Holidays Sdn Bhd.  


Lepas tu kitorang terus straight away ke Pantai Cenang terus ke hotel nak dapatkan chalet. Alhamdulillah kitorang dapat chalet tapi mana boleh check in dulu kan. So, kitorang terus pergi makan pagi di Warung Desa Tanjung, berhadapan Fave Hotel. Murah dan sedap! Nasi lemak bungkus je. Tapi, sedap. Dulu RM1.20 sahaja sebungkus. 


Lepas breakfast, kitorang terus ke Dataran Langkawi. Orang kata tempat wajib kita pergi kan kalau ke Langkawi. Panas. Huhu. Tapi, nasib baik juga itu panas di waktu pagi. Dapatlah vitamin D. Hoho.


Sementara nak tunggu boleh check in, kitorang terus ke Haji Ismail Group. Beli siap-siap segala coklat yang dah dibayang sebelum pergi ke Langkawi. Hahaha. Dan beli kain batik dan kain pelikat kot kalau tak silap. Periuk, pinggan, cawan semua tu tak ada lah dibeli. 


Lepas tu, kitorang ke Wildlife Park pulak. Bawa anak-anak berkenalan dengan binatang macam ular, burung, buaya dan macam-macam lagi ada kat situ. Lepas tu terus check in chalet dan bawa anak-anak ke pantai. Pantai kat belakang chalet je. Seronok rasanya. Kalau dapat facing laut mesti lagi best kan. 

 

Esoknya, awal pagi kitorang dah keluar ke Oriental Village nak naik cable car. Hehe. Kat situ kena bajet masa dalam 3 hingga 4 jam gitu kot naik cable car, masuk muzium 3D. Oh ye, kitorang tak masuk pun situ sebab si kakak tu takut. Hahaha. 

 

Yt pun ada takut jugak. Takut masa dalam cable car tu haaa. Hahaha. Seram hoi. Nak bercakap pun rasa tak berani. Huhu. Anak-anak juga yang cool dalam tu haa dari bawah sampai ke atas. Mak ayah dorang dah rasa ketar kaki. Hihi. Frust sebab kitorang tak dapat ke SkyBridge sana sebab SkyGlider rosak. Si adik kecik lagi masa tu jadi ada seorang uncle nasihatkan jangan pergi. Huhu. 


Lepas tu kitorang singgah ke Padang Beras Terbakar. Kagum kitorang rupanya itu je area nya. Hehe. Gambar tu, si kakak tengah moody. Penat agaknya. Hahaha. Tak membantu langsung dalam nak dapatkan gambar cantik. But, rasa macam still cute kot. Hahahaha. Perasan!

Selesai tengok Padang Beras Terbakar, kitorang pergi makan Laksa Ikan Sekoq yang viral tu. Uiii sedap oi! Pekat kuahnya. Haish! Alamak, terliur lah pulak ni. Sedap nya, teringat-ingat. Terliur dah! Huhu. Kitorang makan rojak jugak. Rojak pun sedap!

Balik dari makan, kitorang tidur dan petang bawa anak-anak mandi laut. Hehe. Malam tu, kitorang just makan dan jalan-jalan di Pantai Cenang. Ada kenangan jalan-jalan kat situ, hahaha. Si kakak langgar pokok. Haha. Sabo je lah. 



Ok, last but not least. Haaaa inilah chalet yang kami duduk. Langgura Baron Resort. Best! Yt puas hati sangat. Dan, no breakfast ye. Hehe. Tapi, takpe. Kedai nasi lemak murah dan sedap tu tak jauh sangat dari situ. Hihi. 


Tengok ni, bilik pun luas. Ada dua katil queen. Haaaa. Best ke sangat best? Sangat dengan harga masa tu dalam RM180 semalam. Kalau ada family besar, boleh lagi bentang toto sebelah tu. 

Kat Langkawi ada banyak lagi hotel dan chalet yang menarik. Korang boleh la search guna keyword book top hotels in langkawi haaaa, nanti akan keluar pelbagai pilihan hotel dan chalet yang best. Tinggal lagi korang nak tepuk dada, tengok dompet. Hihihi.

Tiba-tiba pula mengenang cuti-cuti di Langkawi ni kan. Sesuatu sangat. Haha. Sis bagi hint ni tau! Hahaha. Kot lah esok lusa ada orang cakap dah booking flight dan hotel through Traveloka. Hoho.

Ok, them. Till we meet again!

Salam Sayang,
DYatie ABakar.

2 comments

Syida said...

haha suka tgk pic kakak tutup mata ma mak tu...cutee

Yos Favorite said...

Walaupun I duduk di Penang yang dekat dgn Pulau Langkawi, tapi sampai skrg I masih belum pernah berkunjung ke Langkawi. Harap dlm masa yang singkat akan dpt peluang bercuti di sana.
eratuku

Blog design by Rainy Day