Pages

Apr 20, 2018

Naan Cheese Sedap di Kuala Lumpur

Kalau cerita pasal Naan Cheese sedap di Kuala Lumpur, Yt yakin ramai yang akan jawab makanlah di RSMY Cheese Naan KL. Betul ke sangat betul? Sangat betul kan.. Hehe.

Yt suka makan Naan Cheese. Hahaha. Bab menambah lemak dalam badan tu memang Yt suka. Lagi yang ada cheese bagai ni. Aduhai masa makan cheese tu memanjang je bila tarik, memang bertambah nikmatnya. Hihi. Penggemar cheese sure setuju dengan apa Yt cakap ni. Kan? 

RSMY Naan Cheese ni dekat tengah KL sana nun. Kalau ikut kilometer, tak jauh mana pun. Tapi dikira dengan jem, jauh memang jauh.. nun jauh di sebalik awan.. ehh! Nyanyi lak. Hehe. Faham-faham lah KL ni kan. Redha je lah. 

Jadi, Bila husband ajak pergi RSMY, memang tidak lah Yt menolak. Pucuk dicita ulam mendatang kata orang. Kecil tapak tangan, nyiru Yt tadahkan. Gittew.

 

Maaflah, gambar ni tak nampak pulak cheese yang ekstra tu. Haha. Kadang-kadang, bila orang ramai dekat kedai buat jadi segan nak ambil gambar beria. So tak ada lah gambar yang cheese tarik memanjang itu. Haha. Makan Naan Cheese ni kena gabung dengan Beef Keema. Oh emm geee! Sedapnyaaaa. Teringat-ingat pulak ni. Aiyok!


Selain Naan Cheese, Nasi Beriyani dia pun best. Yang ini Nasi Beriyani Ayam Tandori. Sedapnya alahai. Agak-agak malam ni suami nak ajak ke sana tak? Hahaha. Memang tak lah. Suami Yt sekarang ada aktiviti volley ball. Hehe. Nasi dia banyak tau. Janganlah ter-salah order nak nasi sahaja pula macam Yt hari tu. Nasi sahaja dia untuk Arissa pun, uiiii. Menyesal sis. Haha. 


Nampak tak tu nasi depan kakak tu? Banyakkan. Hahaha. Tapi, takpe tak membazir pun. Kita bungkuslah baki bawa balik. Hehe. Mana mungkin kita nak biarkan atas meja tu sahaja. Esok pagi boleh breakfast makan beriyani. Haih macam mana nak kurus?! Tell me... Haha.

Jadi, orang KL yang mungkin tak tahu lagi mana best dan sure best tak kedekut cheese untuk Naan Cheese ni; silalah ke RSMY Nan Cheese. Satu dekat Medan Tunku dan satu lagi kat Jalan Danau Niaga. Yt sure lah selalu kat Medan Tunku sana. 

Penutupnya entri yang baru berapa je di tahun ini, malam ni nak makan apa lah agaknya eh? Hahaha.

Ok lah, jumpa lagi nanti InshaAllah.

Salam Sayang,
DYatie ABakar.

No comments

Blog design by Rainy Day