Pages

Jan 1, 2018

Selamat Tahun Baru 2018

Dah masuk tahun baru dah kita; 2018.

Dunia kita semakin tua kan. Sekejap sahaja masa berlalu, dah masuk tahun baru. Dalam kalendar Islam pula Yt selalu fikirkan; 5 bulan je lagi dan hari raya aidilfitri semula. Yeay! Hehe. Sebab tahun ni inshaAllah Yt sekeluarga berhari raya di Sarawak pula.

Ahamdulillah, banyak perkara yang Yt wajib syukuri untuk segala nikmat yang Allah pinjamkan sepanjang tahun 2017 yang lalu. Pahit manis masam masin untuk semua perencah bagi melengkapkan kehidupan kita sebagai khalifah Allah. Membawa amanah yang telah diberikan. 

Bila dah beralih tahun, bermakna usia kita pun menginjak lagi ke angka seterusnya. Yt dah suami dah berusia 32 tahun. Hidup bersama anak-anak yang masing-masing usianya 6 tahun dan 3 tahun. 

Dan, sudah tentu salah azam adalah untuk injakkan level amalan ke tahap lebih tinggi untuk bekalan akhirat nanti. Yang mana disitulah kehidupan yang kekal abadi. Nak jadi mak ayah yang soleh solehah kepada anak-anak solehah. InshaAllah.

Banyak benda yang Yt hajati dan impikan masih belum tercapai. Salah satunya nak dapat berat ideal. Hahaha. Itulah yang paling mencabar.


Penutup 2017, kami makan char kue teow dan nasi lemak ayam je. No fireworks. Anak-anak tidur jam 10 dan Yt sendiri ambil peluang untuk hala tuju 2018 serta membaca apa yang patut. Hehe.

Ok,selamat tahun baru korang! Semoga segala yang korang impi dan hajati menjadi kenyataan. Semoga segalanya dipermudahkan. 

Salam Sayang,
DYatie ABakar.

No comments

Blog design by Rainy Day