Pages

Jan 3, 2018

NAB Sekolah Sesi 2018


Alhamdulillah, hari ni hari pertama NAB bersekolah bagi sesi 2018. 6 tahun dah usia anak sulung Yt ni. Alhamdulillah syukur. Semoga terus dikurniakan kesihatan yang baik buat NAB.

Semalam, dia bangun pagi dah excited sangat nak sekolah. "tak sabarnya! tak sabarnya! tak sabar nak ke sekolah!" Gitu katanya. Lepas tu dia terkejut mak tak bagi baju sekolah. Haha. Kitorang bawa NAB pergi check gigi pagi-pagi. Hehe.

Tadi, ajak minum pagi pun tak nak. Excited sangatlah tu. Hihi. Oh ye, ni sekolah baru NAB. Student barulah dia hari ni. Tapi dia selamba aje. Sebab dia memang anak yang mudah mesra. InshaAllah tak ada masalah bertukar sekolah. Elok je dia. Senang hati mak. 


Sampai je sekolah tadi diorang buat cap tapak tangan tu. Untuk anak-anak 6 tahun kot. Atau untuk budak2 baru. Yt pun tak pasti. Bila nak masuk kelas, dia selamba je. Rileks je dia. 

Yang tak rileks si adik. Menangis meraung depan kelas nak masuk jugak. "nak lah! nak lah! dik nak lah!" Gitu katanya. Siap lah nanti kalau dah tiba masa sekolah, menangis tak nak masuk sekolah ma mak babap dia! Hahaha. 

Semoga yang baik-baik aje untuk NAB. Semoga dipermudahkan untuk semuanya. InshaAllah. 

Salam Sayang,
DYatie ABakar.

No comments

Blog design by Rainy Day