Pages

Jan 2, 2018

Menu Baru Owlery Cafe


Korang pernah ke Owlery Cafe yang dekat Taman Dagang Aveneu tu? Tak pernah lagi? Haaa. Kalau tak pernah bolehlah bawa keluarga makan-makan dekat sana. Sedap, inshaAllah. Tak tipu. Sebab tu Yt berani kata Owlery Cafe ni recommended restaurant. Heee.

Yt pun dah agak lama tak makan dekat situ. Baru-baru ni kami singgahlah makan dan teruja pula bila tengok buku menu Owlery Cafe dah berwajah baru. Buka-buka je si burung owl tu tanya khabar. Tapi, jangan expecting buku menu ni ada bunyi macam lagu raya tu tau. Haha. Korang kena baca sendiri lah. 


Anak-anak Yt memang sukalah sangat ke sini sebab ada Kids Zone tu kan. Walaupun sebenarnya dorang ada set dapur yang sama. Hihi. Tapi, biasalah mainan orang ni lain macam terujanya. Jumpa pula kawan-kawan baru. Kalau NAB memang cepat mesra. Kalau NAD cepat bergaduh. Hahaha.


By the way, bukan buku menu je baru rupanya. Haaa. Ada banyak menu baru. Teruja tau si peminat setia ni. Haha. Antaranya, sekarang dah ada kids menu. Anak-anak makan Chicken Ball Alfredo. Elok sedang sangat untuk makan berdua. Ui sedappp. Haha. Nasib baik sikit, kalau tak Yt suap masuk mulut banyak gak. Haha.


Selain tu, menu dekat Owlery Cafe ni juga dah ada yang provide sekali dengan side dishes. Contohnya, encik suami makan Fish & Chip ni beliau pilih side dish; Buttered Rice dan Potato Salad. Ya ampun dah kenapa sedap semuanya. Haha. Nasi tu sedap tau. Boleh setaraf dengan Kenny Rogers dan The Fish Manhattan punya nasi. Trust me!


Last but not least, my favorite; Aglio Olio dengan remarks - kurang pedas. Hahaha. Sedappp! Cuma hopefully dapat kembali kepada penggunaan spaghetti yang asal dulu. Yang jenis halus tu. Lagi nikmat. Yang ni sedap jugak, tapi Yt prefer yang dulu. Hehe. Itu hal spaghetti nya je. Tapi rasanya tetap sama sedap! 

Eh ok lah! Terliur pulak ha. Tah bila lagi nak pergi. 2018 kan tahun nak kurus. So esok kena buat telur rebus ke macam mana ni. Hihi. Oh ye, just untuk info korang la. Owlery Cafe ni pun dah masuk JJCM tau. Haaaaa. 

Ok then, till we meet again!

Salam Sayang,
DYatie ABakar.

No comments

Blog design by Rainy Day