Friday, March 24, 2017

Makan Malam di Medan Ikan Bakar, Muara Sg. Duyung, Melaka

Assalammualaikum. Hai korang. Salam Jumaat. Semoga sihat dan ceria selalu hendaknya. :)

Hujung bulan lepas, Yt seminar kat Melaka. Ala.. Yang Yt cerita Yt salah booking tarikh hotel tempat seminar tu. Huhu. Tak baca lagi? Klik je SINI. Hehe.

Kat Melaka ni selain asam pedas, Yt memang aim for seafood. Tak pernah lagi try restoran seafood yang lain sebab setakat ini, Medan Ikan Bakar Muara Sg Duyung ni tak pernah mengecewakan. Tak ingat dah berapa kali pergi. Ada 3 atau 4 kali kot. 

Untuk memenuhi selera anak teka 4 orang walaupun sebenarnya hanyalah 2 orang. Haha. Jadi, kuantiti yang kami order adalah 'comel' belaka. Luls.

Seekor Ikan Siakap Goreng

Kuah 3 Rasa
Minta kuah asing sebab mengenangkan anak-anak solehah dua orang tu kan.

500 gram Pepahat Masak Cili

1 ekor Sotong Goreng Tepung

5 ekor Udang Masak Asin
Haaaa. 'comel' kan order kami. Hhaha. Berjaya dihabiskan dengan penuh ketabahan. Serius kenyangnyaaaa! Maknanya lepas ni kena order lagi 'comel' dari ni. Hihi. Tak elok membazir. Tak nak geng syaitan. Hehe. Kalau bawa balik pun belum tentu nanti selera nak makan. Huuuu. 

Kos? RM101 termasuk sebungkus nasi lemak Arissa, 4 pinggan nasi dan segelas teh ais. Murah tak murah? Haaa bagi Yt murah. Seafood kan. Yt kalau rasa nak makan seafood memang make sure cash mencukupi. Tak ada la main redah kedai, terus ambil seketul ketam. Oh NO! Haha. Takut tak cukup duit. Haha.

So, korang kalau ke Melaka nak makan seafood; Medan Ikan Bakar Sg. Duyung is recommended!
Read more>>>

Thursday, March 23, 2017

Lazada Birthday Blogger Contest

Assalammualaikum, hai korang! Semoga semuanya sihat sejahtera dan ceria selalu. Hari ni Yt nak join contest dari Lazada bersempena dengan 5th Birthday Lazada Surprise! 

Korang pengunjung setia Lazada tak? Heee. Kami suami isteri pengunjung setia tau. Kalau poket tak berapa nak ada isi je kitorang pejamkan mata dari nak tengok Lazada. Kalau tengok pun, kami berangan dalam hati nak itu nak ini. Haha. 

What do you love about Lazada Malaysia? 

Ehem! Nak jawab apa ni hah? Nak jawab apa? Heeee. Apa yang Yt suka / sayang Lazada adalah kerana kebiasaannya harga yang ditawarkan di Lazada jauh LEBIH MURAH berbanding dengan harga di pasaran. Super sayang bila Lazada buat SPECIAL SALES seperti 5th Birthday ni. Harga yang ditawarkan berganda murah. Siapa tak suka barang murah? Boleh jimat beli barang lain pulak. Hehehe.

Top three Product picks from Lazada Malaysia (your three favorite products) 

Yeehaaa! Soalan begini yang paling best. Siapa tak suka kalau disuruh pilih 3 produk yang menjadi pilihan hati sekarang. Siapa tahu, dapat salah satu percuma. Ewaaah!

1. Authentic Fossil Large Zip Around Purse (Brown)



Memandangkan dompet Yt yang hilang belum ada pengganti. Makanya, dompet dari Fossil ini telah menawan hati. Bukanlah sebab jenamanya Fossil tetapi kualiti dompet ni yang buat diri jadi lebih tertarik. Produk kualiti tinggi tahan lama walau ganas cara pakainya (Yt le tu sejenis ganas haha). 

2. Philips Pressure Cooker Electric


Haaa. Sebagai seorang mak yang bekerjaya, masa amat singkat dan berharga untuk Yt. Balik kerja Yt sedaya upaya menyediakan makan malam untuk suami dan anak-anak walau penat macam mana sekalipun. Dengan pressure cooker Yt boleh jimat banyak masa memasak dan boleh layan serta homeschooling anak-anak.

3. STAMIDA Mechanical Treadmill Running Machine


Sebagai seorang mak kepada dua anak masing-masing berusia 5 dan 2 tahun, Yt memang tak berdaya nak bersenam di taman rekreasi. Kebiasaannya Yt akan 'bersenam' mengikut anak-anak berlari ke sana sini. Jika ada treadmill, Yt boleh berlari bersama anak-anak dalam rumah. Tak perlu risau anak kena culik dan sebagainya. Boleh juga berpeluh.

How do you think Lazada Malaysia can improve? 

Jujurnya Yt tak pernah mengalami masalah semasa membeli di Lazada. Yt dah beli 2 biji handphone, oven dan steamer tahun lepas. Itu barang-barang besar la kata orang. Heee. Bagi Yt, dari segi pages semasa searching sepatutnya diberi pilihan julat. Contoh yang sedia ada 1 hingga 5 dan mulai 6, pelanggan perlu klik satu persatu sehingga page ke 100 contohnya. Membuang banyak masa dan buat pelanggan jadi bosan.

Yt pernah terdengar masalah postage dari kawan-kawan. Untuk itu, Lazada perlu ambil tindakan terhadap perkara sebegini. Ada yang menunggu lebih seminggu. Jika rak improve, dikhuatiri pelanggan boleh lari. Tak gitu?

What is your birthday wish to Lazada Malaysia? 

Alright. Happy Birthday Lazada Malaysia!!! Semoga terus maju ke hadapan, menjadi pusat pembeli utama rakyat Malaysia yang sentiasa menawarkan harga murah-murah buat semua! Semoga produk yang ditawarkan lebih meluas seperti kereta, contohnya. Contoh ye contoh! Hehe. Semoga terus menjadi pusat membeli belah kami yang MACAM-MACAM ADA!

Ok then, till we meet again. Good luck everyone! Thanks Lazada! 
Read more>>>

Wednesday, March 22, 2017

Saya Jual Pekasam Daging dan Telur Sotong

Assalammualaikum. Hai kawan-kawan! Sihat ke tu? Didoakan semoga semuanya sihat sejahtera serta ceria selalu. Dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.

Tajuk tu dah straight to the point. Hehe. Hebahan dari Yt sendiri untuk semua yang bahawasanya Yt merupakan seorang penjual pekasam. Bila sebut pekasam, Yt jamin ramai kawan-kawan terus membayangkan pekasam ikan. Betul tak? Yt dulu pun macam tu. Tapi, sejak tahun 2014 semua tu berubah. Pada tahun tersebut Yt pertama kali makan pekasam daging dan terus jual pekasam daging. 

Kenapa? Sebab pekasam daging sedap lah weh. Hehe. Tak caya nanti Yt share testimoni para pelanggan kesayangan Yt. Tak lama lepas jual Pekasam Daging, supplier kembangkan produk-produk dia dan Pekasam Telur Sotong merupakan antara yang menjadi pilihan utama pelanggan. Jadi, hari ini Yt highlight dua jenis pekasam ini terlebih dahulu lah ye. Hehe.

Pekasam Daging Azrieyta

Pekasam Daging Azrieyta KL
Pekasam Daging Azrieyta dibuat dari bahagian 'daging batang pinang' yang selalu menjadi pilihan ramai. Sumber daging adalah daging tempatan (bukan import), dari orang tempatan yang diketahui cara sembelihan mengikut syarak. Jadi, korang tak perlu rasa was-was. InshaAllah. 

Sehingga hari ini (sejak tahun 2014), Yt tak pernah lagi dapat komen / complain yang pekasam daging Yt jual dagingnya liat. Alhamdulillah. Yt jual makanan yang Yt suka yang Yt yakin pasti ramai juga akan suka makan makanan yang Yt jual. Hehe. Tak caya? Cer try beli satu pek dulu. 

Setiap pek Pekasam Daging Azrieyta beratnya 200 gram, keluaran Bumiputera, produk Muslim dan juga merupakan produk homemade.

Pekasam Telur Sotong Azrieyta 

Pekasam Telur Sotong KL
Pekasam Telur Sotong Azrieyta adalah dari sotong yang kecil. Sebelum ini, pekasam ni adalah dari sotong yang baka besar. Rasanya sama-sama sedap tapi lagi sedap yang kecil ni. Bagi dirikuuu. Haha. Tapi ada je yang bagitahu dia suka lagi yang besar. Biasalah, selera masing-masing kan.

Setiap pek Pekasam Telur Sotong Azrieyta beratnya 200 gram, keluaran Bumiputera, produk Muslim dan juga merupakan produk homemade.

TESTIMONI PEKASAM DAGING

"takyah lauk lain dah.. terbaik lah.."

"nikmat betul"

"senang dimasak dan sedap uolls"

'aritu beli 3 pek tak cukup"

"nyaman x terkata"

TESTIMONI PEKASAM TELUR SOTONG

"marvellous sedap sungguh"

".. sedap .."

"berbaloi sangat.. telur sotong kemain banyak.. puas hati la"

"ye sedap. nanti boleh order lagi"

"yang tak selera jadi berselera"

REVIEW PEKASAM DARI KAWAN BLOGGER

Safura Online Diary

Julia Johari
Fifi Tiez
Ciknaa

Ehem!!! Amacam????! Hehehe. Nak cuba? Boleh dapatkan dari Yt tau. Pekasam boleh pos 1 Malaysia, inshaAllah. Roger je Yt. Jangan malu jangan segan. Yt bukan retis. Ehhh! Apa kena mengena tah. Hahaha. Hubungi Yt dekat mana-mana kalian rasa selesa;

FB Profile: Projek Niaga
Whatsapp: Projek Niaga Ent


Ok, till we meet again kawan-kawan! 
Read more>>>

Monday, March 13, 2017

Premier Suite, The Straits Hotel & Suites

Assalammualaikum. Hai korang. Sihat? Salam Isnin. Semoga semuanya sihat sejahtera dan dibawah rahmat Allah SWT. 

Yt nak review sikit The Straits Hotel & Suites, Melaka yang kami duduk tempoh hari. Sebenarnya, ini kali kedua kami duduk sini. Tapi yang dulu tu Yt tak review lagi. Haha. Mana tah gambar!

Pada asalnya Yt cuma booking Deluxe Room. Nak jimat kan duduk 2 malam. Huhu. Yt seminar kat hotel ni jadi nak mudah booking bilik kat sini juga la. Haaa. Jangan ingat bila Yt g kursus dan family ikut sekali tu PERCUMA tau. Rezeki percuma kalau Yt pergi seorang. Tapi biasanya seminar/kursus memang akan ada pasangan. Bilik dah tentu disediakan. 

Tetapi, masa nak check in nama Yt tak ada malam tu. Sobs! Kami sampai hotel dalam jam 8.30 malam macam tu. Bila check itenary rupanya Yt booking bulan Mac. Gila! Huuu. Dan bila tanya bilik yang available, bilik yang ada cuma Premier Suite. Memang telan ailio. Huhu. Tapi, itu je bilik yang ada bagi dua malam maka mak redha je la. Mak tak boleh claim oi!

Masa urusan tu, Yt cuma niatkan dalam hati untuk keselesaan maksima anak-anak dan juga suami yang jaga anak-anak. Hihi. Memang puas hati la sebab diorang duduk dalam bilik sepenuhnya. Keluar sarapan pagi, mandi pool sekejap dan makan malam. Hahaha. Ok, cuci mata jap ye tengok bilik besar macam rumah ni. Haha. 

 


Haaaa. Masuk bilik je, WOW! Besar haaa. Haha. Masuk je ruang 'dapur' kabinet dia lawa weh dan terus ruang tamu. Macam kebanyakan rumah sekarang. Ruang tamu sekali dapur gitu haaa. Apa tah orang panggil. Studio house ke apa tah. Hihihi. Encik suami pun terkejut ha isteri dia ambil bilik gitu. Realiti kesilapan booking tarikh. Huuuu. Tapi, anak-anak selesa amat. Memang buat macam rumah sendiri lah kata orang. Hoho. 

 


Masuk bilik pulak. Luas juga biliknya. Lebih kurang luas bilik yang Yt duduk sebelum ni. Lagi luas la ruang anak-anak nak bergerak sepanjang hari. Ecececey~ haha.



Almari dia best. Buat lagi best cermin dia besar ha. Puas hati tengok sendiri yang gemuk. Luls.


Premier Suite ada bath tub aka 'kolam kecik' kata anak solehah Nur Arissa Batriesya. Haha. 


Haaaa. Interprem muka anak-anak solehah sikit. Hehe.



Haaaa. View dari balcony depan dan bilik. Premier Suite ni menghadap bandar (City View). Luas sikit pemandangan orang kata kalau tarik langsir tu. Hoho. 

Overall memang puas hati dengan bilik dia. Cuma yang kurang best adalah breakfast kat situ. Dulu pun macam tu. Ingatkan dah improve la tapi rupanya tidak. Makanan dan minuman tak refill sedangkan orang ramai. Haaa gitu. Lepas tu meja pun lambat diorang nak kemas semula. Eh, diorang memang kena improve banyak la service breakfast tu. Huhu.

Swimming pool ada. Cuma kelemahannya tak ada swimming pool untuk budak-budak. Jadi, bertabahlah mak ayah bawa anak mandi kolam dewasa. Hehe. Kami selalu risau dengan anak solehah Nur Aflah Dayyina sebab dia sangat berani. Dia boleh selam kepala dia masuk air acah-acah dia tu pandai berenang tak mau masuk pelampung. Huuuu.

Okay then, till we meet again! Heee.
Read more>>>
"Ya Allah, peliharalah Nur Arissa Batriesya dan Nur Aflah Dayyina, dan sihatkanlah mereka. Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, jadikankah Nur Arissa Batriesya dan Nur Aflah Dayyina sihat dan sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis, dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Amin.

Iklaneka

Popular Posts

Copyright © Kalam D'Yatie Designed by azhafizah.com