Thursday, February 23, 2017

Face Oil Yang Tak Minyakkan Muka Langsung rupanya, WUJUD! Kenalkan ESA GOLDEN JOJOBA FACE OIL

Assalammualaikum. Hai kawan-kawan! Sihat ke tu? Heee. Yt doakan semoga semuanya di bawah lindungan dan rahmat Allah selalu. Hari ni Yt nak berkongsi dengan korang satu produk PurebySafiyyahOsman iaitu Face Oil yang tidak minyakkan muka langsung! 



HENTIKAN MITOS : 

GUNA FACE OIL MUKA AKAN NAIK JERAWAT. 

NO BABE! U WON’T GET MORE PIMPLES IF YOU USE OILS! 

 Founder Purebysafiyyahosman, SafiyyahOsman.


Haaa.. Gitu pesanan dari Safiyyah buat kita semua. Tapi ingat ye, Face Oil PbySO tau. Bukan 'minyak muka' akibat dari seharian memasak di dapur. Hehe. Ok fine, lawak hambar. Luls. By the way, tajuk tu dah terang benderang nak kenalkan kat korang dengan ESA GOLDEN JOJOBA FACE OIL.

Sebelum itu, Yt nak cerita sikit KENAPA FOUNDER PbySO MENGGUNAKAN GOLDEN JOJOBA OIL? Sedangkan kebanyakan produk sekarang semua guna Argan Oil. 

Sebabnya ialah Golden Jojoba Oil ni bagus untuk kulit sensitif kering atau berjerawat. Minyak ni juga merupakan minyak paling dekat dengan minyak yang terhasil dari kulit muka manusia.

Selain itu, Golden Jojoba Oil ni ada 10000000 kegunaan dan kebaikan. Korang boleh guna pada kuku dan rambut. Korang boleh juga buat ia jadi base sebelum makeup. Lagi meletups! Nanti Yt share testimoni customer yang guna face oil Purebysafiyyahosman jadi base sebelum apply foundation. DAN BERAPA RAMAI DAH CUSTOMER YANG SANGAT BERPUAS HATI GUNA ESA GOLDEN JOJOBA FACE OIL Purebysafiyyahosman ni. Alhamdulillah.

Dan yang paling best ialah tekstur ESA GOLDEN JOJOBA FACE OIL yang sangat sangat ringan & mudah serap. Memang tak terasa minyak dia. Besttttttttttttt! Yt bukan sekadar tulis ni tau. Yt memang pengguna Face Oil ni. Memang best!


Fakta ESA Golden Jojoba Face Oil yang korang wajib tahu! ;)

1.  ESA GOLDEN JOJOBA FACE OIL tidak berminyak bila dipakai pada muka/wajah. Caranya mudah sahaja; hanya titis 1 titis di tapak tangan, warmkan dan ratakan ke seluruh wajah. Pakai setiap pagi dan malam sebelum tidur.

2.  ESA GOLDEN JOJOBA FACE OIL sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit jenis berjerawat aktif bernanah. Macam Yt cakap kat atas tadi, minyak ini adalah minyak yang paling dekat dengan minyak yang dihasilkan oleh sebum kita. So bila pakai, muka tidak akan rasa berminyak dan paling best, minyak-minyak jahat yang keluar berlebihan pun dah tak ada! Sebab Golden Jojoba oil ni memang power bab control pengeluaran minyak di muka kita.
3.  ESA GOLDEN JOJOBA FACE OIL boleh dijadikan sebagai alas sebelum menggunakan foundation. Jadi, sesiapa yang jenis muka berminyak bila pakai make up sekejap pun dah hilang. Atau sesiapa yang jenis kulit kering bila pakai makeup nampak mengelupas or bercampuk-campuk; dicadangkan agar korang guna la Face Oil ni sebelum pakai foundation. Dijamin terbaik - Makeup kekal lama dan muka tidak akan berminyak dan tak akan nampak langsung la kulit kering mengelupas area dahi or hidung kalau jenis kulit kering.
4.  ESA GOLDEN JOJOBA FACE OIL boleh pudarkan parut jerawat lama dan jerawat baru. Syaratnya ialah konsisten tiap hari 1 titis waktu pagi, 1 titis waktu malam. Kalau parut jerawat lama boleh hilang, apatah lagi parut yang baru. Solusinya ialah pakai dan guna secara konsisten.
5.  ESA GOLDEN JOJOBA FACE OIL akan meningkatkan daya ketahanan kulit wajah kita. Kulit tidak mudah luka dan tak mudah sensitif. Untuk muka kering diusia 40an kalau konsisten guna, jeragat baru tak akan naik di wajah. (jom beli dekat mak kita!)
6.  ESA GOLDEN JOJOBA FACE OIL boleh mengurangkan garis dan kedutan kecil pada kulit orang yang kering, normal atau berjeragat. Face Oil ini akan sentiasa lembabkan kulit kita dengan minyak yang baik. So kulit akan sentiasa lembut, lembab dan nampak glowing.
7.  ESA GOLDEN JOJOBA FACE OIL juga boleh membantu korang jika ada eczema atau psoriasis di muka. Pakai setiap hari. InshaAllah eczema atau psoriasis korang akan hilang secara perlahan dan kawasan tersebut akan sentiasa lembab dan ada minyak baik.
8.  ESA GOLDEN JOJOBA FACE OIL menghalang pertumbuhan jeragat baru dan mengelakkan wajah dari mudah tumbuh jerawat bernanah. Sebab Face Oil ni akan bagi minyak baik sahaja ada di wajah kita. Minyak jahat semua dia kick. Dan PH kulit kita akan ada dalam keadaan yang normal.


Macam mana? Best ke tak best? Best uols. Yt tak nafi sebab Yt sendiri pengguna Face Oil PbySO ni. Yt memang jenis kulit agak berminyak, rajin jerawat nak datang bertandang. Alhamdulillah guna face oil ni tak pula kulit bertambah berminyak. Dan jerawat pun macam segan nak tumpang duduk di wajah. Haha. Kalau ada pun, cepat perginya. Gittuuu. 

Yt kongsikan testimoni-testimoni hebat penggunaan ESA GOLDEN JOJOBA FACE OIL untuk korang tengok ye. Bukan cakap kosong semata orang kata. 


TAK BUAT MUKA BERMINYAK / KAWAL LEBIHAN MINYAK

ESA Golden Jojoba Face Oil Tak Buat Muka Berminyak

ESA Golden Jojoba Face Oil Mengawal Lebihan Minyak Muka Kita


KULIT KERING PULIH SEPERTI SEBELUMNYA

ESA Golden Jojoba Face Oil Pulihkan Kulit Kering


KULIT LEMBAB / SEKATA / JATUH CINTA

ESA Golden Jojoba Face Oil Melembabkan Kulit


PARUT LAMA HILANG / PARUT PUDAR

ESA Golden Jojoba Face Oil Hilangkan Parut Lama

ESA Golden Jojoba Face Oil Pudarkan Parut


RUAM / ALLERGY HILANG & ECZEMA SEMAKIN BAIK

ESA Golden Jojoba Face Oil Hilangkan Ruam / Allergy serta Eczema Semakin Baik

EHEMMM! 


Banyakkan testimoni penggunana ESA Golden Jojoba Face Oil ni. Korang tak rasa ke korang kena cuba? Hehe. Tak perlu takut nak mencuba sebab PurebySafiyyahOsman tidak menggunakan bahan kimia langsung. Bahan-bahannya terdiri dari bahan organik. Ni Yt belanja lagi testimoni pengguna produk PurebySafiyyahOsman tau.






Amacam??! Nak kulit cantik dan sihat dengan produk yang diyakini? PbySO adalah homemade based, semulajadi, tiada bahan kimia, bebas pewarna,pewangi tiruan dan pengawet. 

Nak cuba boleh dapatkan di;


atau


atau

Handphone: +60194163319 

atau

Website: www.purebysafiyyahosman.com 

atau

boleh dapatkan di dari stokist dan agent 
yang ada di malaysia dan singapura. 

Nak tengok testimoni Yt sendiri, klik SINI.
Read more>>>

Tuesday, February 21, 2017

Percutian Riang Ria di First World Hotel

Assalammualaikum. Hai korang! Sihat? Moga semua yang singgah disini sihat sejahtera dan dirahmati Allah AWT. Bulan depan cuti sekolah kan? So, musim cuti sekolah yang akan datang ni, dah ada ke yang plan nak pergi mana-mana? Atau belum ada plan apa-apa lagi?

Haaa. Kalau tak ada idea nak pergi mana-mana lagi, apa kata korang usha Genting Highland. Mesti ada yang kata, apa je la yang ada kat Genting Highland tu. Haish! Macam-macam ada kat situ sekarang ni. Korang je yang lama dah tak naik. Hehe. Meh Yt kongsi sikit tentang Genting Highland kat korang yang masih belum nampak apa yang menarik di Genting Highland. First of all, apa yang korang wajib tahu ialah; Genting Highland terletak di negeri Pahang Darul Makmur. 

Genting Highland
Terdapat pelbagai tempat menarik kat Genting Highland ni tau. Antara tempat yang popular di kalangan pengunjung ialah Genting Highlands Strawberry Leisure Farm. Kat sini korang boleh petik strawberry segar direct dari ladang. Korang boleh makan ice cream strawberry handmade dan juga boleh minum teh strawberry sekali. Best tak best? ;)




Selain tu, buat korang yang terasa macam nak pergi Cameron Highland dan pada masa yang sama nak juga pergi Genting Highland. Haaaa... jangan risau sebab kat sini ada Mini Cameron Highlands Garden. Jadi, korang boleh la datang singgah sini untuk shopping sayur-sayuran yang segar macam di Cameron Highland nun. Bukan itu sahaja, sebelah Mini Cameron Highland ada Western Food & Steak Restaurant. Dengan cerita, makanan western kat situ sedap. Korang try tau! 




Ok lah. Asyik cerita pasal tempat menarik je kan, jom kita explore sikit tempat penginapan kat Genting Highland ni. Kalau korang nak booking and cari hotel kat Genting Highland ni, korang boleh try search kat Traveloka. Kat situ ada banyak list of hotels yang boleh korang usha mengikut budget dan keselesaan korang. Antara hotel yang best untuk menginap kalau korang ada kat Genting Highland ialah First World Hotel yang awesome. Hotel bertaraf 3 bintang ni antara hotel yang terbesar di dunia kerana memiliki sebanyak 7351 buah bilik. Besar kan? Hotel ni ade banyak type of bilik, dan yang paling famous ialah Y5 Triple room, Superior Deluxe room, dan World Club room. 

Superior Deluxe Room

World Club Room

Y5 Triple Room

Tapi yang paling bestnya pasal First World Hotel ni adalah, dia ada Indoor Theme Park! Theme park ni terletak di bawah First World Hotel dan dikenali sebagai First World Plaza. Korang boleh check in masuk hotel and terus bawa family main-main kat theme park kat sini. Macam-macam jenis permainan ada such as Reindeer Cruiser, Vision city, Fantasy World, Fun land and many more. Selain itu, bagi korang yang tak nak pergi indoor theme park pun tak de hal, dah nama pun plaza kan, of course la ada tempat nak shopping bagai.

Funtasy World

Reindeer Cruiser

Vision City

Bukan tu je tau! Korang boleh jalan-jalan sambil menikmati setiap suasana ruang yang menarik terdapat di First Wolrd Plaza ni. Plaza ini dibahagikan kepada beberapa sayap yang menggambarkan destinasi pelancongan yang terkenal seperti Paris, Venice, Times Square, Universal Walk, Swiss Alps, Champs-Élysées dan mereka sendiri Genting Walk. Siap ada perkhidmatan gondola bagai, so terasa la ala-ala seperti ada di Venice.



Orait, tak complete pulak rasanya kalau tak cerita tempat makan mana yang best dekat First World Hotel ni macam yang Yt cakap kat atas tadi, kat bawah hotel ni ada First World Plaza kan. So, kat sini ada satu tempat makan yang sedap dan best namanya The Food Factory, terletak di tingkat 3 dalam First World Plaza sendiri. Korang cakap je nak makan apa kat situ, macam-macam ada! Dia buat buffet style. So ade dua session; sama ada korang nak msuk waktu time breakfast dorang da start bukak daripada pukul 6.00am – 11.00am. Then after that, dorang da start for next session which is tea time, from 1.00pm to 5.00pm. 




Jadi, kesimpulannya ialah memang tak rugi kalau korang menginap di First World Hotel ni. Ianya sangat worth it, dan yang paling best semua orang akan pulang dengan memori yang seronok dan juga gembira! Tak gitu? Semoga entri ini dapat membantu meleraikan kesusutan dan kebuntuan korang memikirkan aktiviti di musim cuti sekolah akan datang.

Read more>>>

Friday, February 3, 2017

Ulangtahun Kelahiran Ke-5 Nur Arissa Batriesya

Assalammualaikum. Salam Jumaat. Penghulu segala hari. Malam² je la rasanya Yt dapat nak 'simpan' cerita dekat sini. Untuk bacaan akan datang, inshaAllah. Hehe.

Throwback sikit, 25 Jan yang lalu. Genap 5 tahun anak solehah Nur Arissa Batriesya. Sobs sobs. Anak dah besar. Tahun ni sambutan untuk dia berbeza. Dia dah faham dah nak sambut birthday dengan kawan², peluang mak nak cuti² melayang oi. Hahahaha. So, kita happykan dia dengan sambutan di sekolah. Simple je.


Sambutan Hari Lahir Ke 5 Tahun

Bekalkan sebiji kek, brownies 48 ketul dan 24 goodies pack. Dah maklumkan kat cikgu dia seminggu sebelum. Awal pagi hantar ke sekolah terus serahkan kek dan goodies kat cikgu. Lupa nak ambil gambar dia seorang pagi tu, Yt request cikgu amik gambar dia seorang. Hahaha.


Sambutan Hari Lahir di PASTI

Haaa ni kawan sekelas dia; 5 Al Farabi. Ada 22 orang murid soleh serta solehah yang kacak dan cantik belaka. Nampak gaya anak solehah Yt tu? Hihihi. Kemain lentok dia ha amik gambar dengan kawan².


Choc Indulgence by Secret Recipe

At first, Yt acah nak buat sendiri. Hahahaha. Sekali haaa. Buat kat Secret Recipe. Aduhai.. Gula icing dengan krimwell tu bila la nak buat. Hihi.


Brownies

Haaa brownies ni adik Yt tlg buat. Dapat 48 ketul. 2 loyang. Tq Khai bagi resepi brownies ni. Sedap! Chewyyy.


Goodies Item Ikea

Haaa ini pula goodies item ikea yang menarik perhatian ramai tu. Hihi. Set pinggan, cawan, sudu dan garfu serta sebiji kek apollo. Kos 1 pack ni dalam RM2.70. Lagi selamat dan lega bagi goodies begini berbanding jajan. Moga bermanfaat la untuk anak².


Nur Arissa Batriesya, tiada lain mak doakan. Semoga Allah permudahkan segala urusan mu anak untuk kebahagiaan dan kejayaan dunia akhirat. Aamiin.


Read more>>>

Thursday, February 2, 2017

[Review Filem] XXX: The Return Of Xander Cage

Assalammualaikum. Hai semua. Yt update lagi ni! Hihi. Hari ni Yt dan suami cuti sebab petang; 3.30pm appointment budak² ni masing² 5 tahun dan 1 1/2 tahun di KKIA. Ambil la peluang 'dating' beberapa jam.

Hari ni kami tengok filem XXX: The Return if Xander Cage. Yt kalau boleh nak tengok Resident Evil tapi tayangan 11 malam je kat TGV Sunway Velocity tu. Suami Yt yang tahu tentang cerita ni. Yt. Zero. Nasib baik best. Boleh layan. Haha.


Vin Diesel

Filem ni dibintangi oleh hero dan heroin cerita omputih, cina dan hindustan; Vin Diesel (Xander), Donnie Yen (Xiang) dan Deepika Padukone. Hero utama dah tentu la Vin Diesel.

Satu kotak yang mempunyai kuasa (Pandora's Box) telah dirampas dari kerajaan oleh satu kumpulan yang sangat hebat. Atas sebab itu, pihak kerajaan mencari Xander yang dipercayai boleh bersaing dengan kumpulan tersebut. Xander akhirnya memilih untuk berjuang untuk negara, membantu kerajaan mendapatkan semula Pandora's Box.

Kisahnya ada satu team yang dinamakan Triple X yang telah dilatih dengan jayanya secara berasingan. Xander merupakan salah seorang darinya. Xander bersama team yang dia pilih sendiri menjejaki kumpulan tersebut di Filipin. Dan rupanya ahli kumpulan itu juga adalah dari team Triple X namun punya matlamat yang berbeza dengan Xander.


Donnie Yen

Bila dah berjaya dapatkan Pandora Box, rupanya Xander dipergunakan. Dia ditembak. Tapi hero mana boleh mati wei.  Semua geng Triple X hidup walau kena serangan bertubi-tubi oleh tentera kerajaan. Akhirnya diorang pecahkan Pandora Box tu supaya tak ada siapa yang boleh berkuasa dengan Pandora Box.

Mesti korang tertanya-tanya apa hebatnya Pandora Box. Kan? Hehe. Pandora Box ni macam satu kotak hitam yang boleh mengakses sekuriti dan mengawal satelit. Boleh jadikan satelit tu sebagai senjata peperangan dengan menjatuhkannya. Sebab tu la nak sangat Pandora Box tu.


Deepika Padukone

Apa yang boleh Yt boleh katakan filem ini menunjukkan betapa kuatnya sebuah perjuangan dalam satu kumpulan, semangat setiakawan dan pengorbanan untuk negara. Namun, ia turut diselitkan dengan mesej bahawa kita tetap turut berhati-hati walau dengan seseorang yang dipercayai oleh seluruh rakyat (cerita ni la). Pengorbanan yang boleh memakan diri. Mengakui patriotik tapi sebenarnya semata-mata kepentingan diri.

Sekian, review dari seorang mak. Haha. Tak rugi korang kalau nak pergi tengok.


Lepas ni tak tau la bila pulak nak dating. Appointment anak solehah Nur Aflah Dayyina bulan 5 nanti. Jadi, 3 bulan lagi la kot. Haha. Alhamdulillah, syukur nikmat. Moga Allah sentiasa memberi rahmat.


Read more>>>

Wednesday, February 1, 2017

Resepi Asam Rebus Ikan Ala Kuah Laksa

Assalammualaikum. Hai korang. Sihat? Kami cuti Hari Wilayah hari ni. Tak tahu nak kemana nak makan apa, makanya anak tekak mereka la nak makan makanan yang mak mentua pernah masak. Hehe.

Hari tu mak mentua masak ikan kembung. Cara masak tu macam asam rebus tapi ada daun kesum dan bunga kantan. Mak cakap, macam laksa tapi ikan tak blend. Mak nak hirup kuah katanya. Tapi Yt pun join hirup sekali. Sedapppp. Hahaha.

Makanya, semalam buatlah juga tapi guna ikan kerisi. Kurang kick! Kena ikan kembung jugak. Laksa mana ada orang guna ikan kerisi. Yer dak? Hahaha. Eh! Ke ada? Hoho. Meh nak share sikit bahan² dan caranya. Mudah saja.


Bahan tumbuk / kisar

Bahan untuk tumbuk atau kisar:
Cili masak
Cili merah
Cili hijau
Bawang merah
Belacan


Bahan rebus

Bahan-bahan lain:
Bunga kantan
Daun kesum
Asam keping
Serai


Cara masak asam rebus

Caranya mudah aje kawan²;
Masukkan aje semua bahan yang dah kisar dan segala dedaun serta bunga ke dalam air rebusan.
Didihkan sampai bunga kantan layu.
Kemudian, baru masuk ikan.
Perasakan dengan garam.
Siap!


Asam Rebus Ikan Kerisi ala Kuah Laksa

Gitu haaa nama resepi. Hahaha. Sedap weh hirup kuah dia. Macam rasa kuah laksa. Sebab bunga kantan dan daun kesum tu kan. Makan memang 'nasi banjir' gitu. Hehe.


Menu tengahari ringkas

Inilah juadah kami di hari cuti wilayah. Simple tapi.. Nasi bertambah-tambah. Luls. Yt ler tuu. Heeee. Kat tepi tu bubur dan bone broth untuk anak solehah Nur Aflah Dayyina. Dia tengah tak sihat kan.

Okay then, till we meet again.


Read more>>>
"Ya Allah, peliharalah Nur Arissa Batriesya dan Nur Aflah Dayyina, dan sihatkanlah mereka. Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, jadikankah Nur Arissa Batriesya dan Nur Aflah Dayyina sihat dan sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis, dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Amin.

Iklaneka

Popular Posts

Copyright © Kalam D'Yatie Designed by azhafizah.com