Pages

Dec 20, 2017

Upgrade Oven

Kadang-kadang tu bertanya juga pada diri sendiri, "tak drastik sangat ke nak upgrade oven untuk bisnes yang barulah sebulan?" "tak terburu-buru ke untuk upgrade?" "yakin ke akan terus menceburkan diri dalam baking ni?"

Itu persoalan dalam diri sepanjang beberapa hari sebelum 12.12.17. Hihi. Apa ada dengan tarikh tu? Semestinya lah sales LAZADA serta yang seangkatan dengannya. So far LAZADA lah yang offer lowest price untuk barang-barang yang Yt pernah cari. 

Tapi, kemudian Yt tanya pada diri juga. "Seronok tak apa yang sedang dibuat?" "Berhasil tak?" "So far, ada yang suka tak?" "Puas tak bila dapat menyediakan sesuatu untuk pelanggan dari hasil tangan sendiri?" "Ada rasa nak mengalah?" "Ada rasa nak putus asa?"

Haaaaa. Jawapan keseluruhan yang Yt rasakan ialah: YE, AKU SERONOK DENGAN APA YANG AKU BUAT SEKARANG. Walau ia bukanlah sesuatu yang pernah aku fikirkan. Walau kadang-kadang terasa penatnya. Walau terpaksa bersengkang mata. Tapi, AKU PUAS.

Bila Yt buat 4 loyang, Yt sememangnya mengambil masa lama untuk oven tu untuk seloyang. Paling awal pukul 1 / 2 pagi. Pernah.. Yt tidur pukul 4 pagi hampir 5 pagi sebenarnya. Sebab ada masalah dekat si oven yang tiba-tiba beralih suhu ke macam mana tu. Huhu. Esok nak kerja pulak.

Sebab itu, Yt tekad. Nak jimatkan masa. Sebab Yt ni mula lambat. Nak spend masa dengan anak-anak juga sebelum diorang tidur. Kenalah seimbangkan masa ni. Normally Yt start 9.30 / 10.00 malam macam. Suami akan bawa diorang tidur. 

Eh panjang pula ceritanya. Hahaha. Yt upgrade dari Oven Khind 25 liter ke Oven Trio 120liter. Harga sebelum ni Yt tengok-tengok paling murah RM529. Tapi pada 12.12.2017, harganya turun kepada RM499. Dan, setelah apply voucher Yt dapat RM484. Alhamdulillah. Free delivery.

Terkejut masa baru sampai kat suami hahahaha
besar amatt
ngam ngam je buh kat almari ni
guna semula almari baju anak ni dulu
hehehehe
rezeki hujung minggu terjumpa kabinet comel ni
clearance warehouse katanya di homepro
proper kabinet tempatnya
InshaAllah, lepas ni boleh lebih produktif. Semoga semua customer Yt.Kitchen berpuas hati dengan Brownies yang Yt jual. InshaAllah akan tambah lagi pilihan desert / manisan untuk customer tersayang nanti. Doakan Yt jugak tau!

Jemputlah follow yt di instagram: www.instagram.com/yt.kitchen



Salam Sayang, DYatie ABakar.

1 comment

mommy.aisy.hana said...

Wahhh
Happy for you...
Yt x sempat grab pun. Bizi apa ntah terlepas date 1212.
Tunngu year end sale la pulak.

Selamat maju jaya yt kitchen
Bermula 4, semoga jadi 14, 40....

Blog design by Rainy Day