Pages

Dec 15, 2017

Bayaran Kemasukan Tadika Empat Angka

Sekarang, dalam fasa mak ayah yang ada sebaya anak Yt tengah nak membayar pendaftaran taska. Yt selalu terkenang-kenang dengan Tadika KEMAS. Murah aje. Menjadi jugak. Haha. Yt lah anak keluaran Tadika KEMAS tu. Heee. 

Bayaran masuk tadika sama dengan masuk universiti nilainya. Tahun ni yuran anak Yt RM1,594.00. Fuhhh. Yt ingat lagi masa Yt masuk UUM tahun 2006 dulu, baru RM600. Colleague Yt cakap pulak, yuran dia baru-baru ni pun baru je RM1,200.00. Nampak tak lagi mahal bayaran tadika? Hihihi. Bulanan pula RM460.00. Haaaaaa. 

Bayaran termasuk dengan pakaian seragam harian dan juga sukan serta beg sekolah. Arissa tukar tadika jadi memang dia semua baru lah untuk dia. Kalau maintain tadika, pakaian dah boleh tak beli dah. Pakaian-pakaian sekolah lama dia Yt dah beri kepada yang memerlukan. Simpan pun nanti mereput jugak kan. Baik diberikan, boleh kurangkan beban orang lain sikit-sikit. 

Tahun ni nampaknya kena sekolah dari hari pertama lah. Sebab dia budak baru. Dulu dia hari pertama tak datang takpe, otai PASTI kononnya. Dah duduk situ dari umur 2 tahun setengah kan. Haha. Dan kena train betul-betul dah lah no more ponteng ikut ma mak pergi outstation (ayah baca tak ni? haha).

Anything for the kids. Sama macam mak bapak dulu terhadap kita. Dan kini giliran kita merasai apa yang diorang telah lalui. Surely, mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak adalah sehingga ke akhir hayat mak dan bapak walaupun masing-masing dah berkeluarga. Setuju tak korang?

By the way, inilah life yang perlu dijalani. Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah berikan. Segala nikmat yang Allah pinjamkan. Tidaklah minta kaya raya. Memohon dicukupkan untuk semuanya. Syukur selalu. 

Hari Pertama Kakak PASTI 4 Tahun
Uniform Tak Ada Lagi
Hari Kedua PASTI 4 Tahun
Dah ada baju!
Bubuh balik gambar hari pertama dia masuk sekolah dulu-dulu. Sekolah secara rasmi pada usia 4 tahun di PASTI Ar-Raudhah.

Salam Sayang, DYatie ABakar.

No comments

Blog design by Rainy Day