Pages

Nov 23, 2017

Yatie Jual Brownies!

Bismillahirrahmanirrahim. 

Awal bulan tempoh hari, Yt dengan penuh debar buat announcement di facebook Yatie Lee yang tempahan untuk brownies dibuka. Yt namakan projek niaga Yt kali ini dengan nama YtKitchen. 

Sungguh! Baking was never in my list. Ramai yang cakap orang Sarawak mesti terror bab baking sebab Sarawak popular dengan kek lapis kan. Kawan-kawan Yt mungkin. Tapi, bukan Yt. It's not my passion. Gitu katanya.

Walaubagaimanapun, kita adalah milik Dia. Segalanya. Termasuk hati. Yt masuk kelas online Fudgy Brownies dari DapurNanaFarhana. Tujuan asal sebab memang nak belajar, kemudian rancangnya nak buat brownies untuk anak-anak bila ada jamuan / majlis  / potluck Yt mahupun suami.

Tapi, tiba-tiba 1 November Yt umumkan tempahan dibuka. Haha. Bagaimana? Kenapa tiba-tiba? Entah. Tak tahu PUNCA sebenar yang mengubah hati tiba-tiba tukar kepada nak berniaga. Makanya Yt mulakan dengan berikan tester untuk suami bawa ke sekolah. Bermula lah... Alhamdulillah. 

Dikesempatan ini Yt nak ucapkan terima kasih pada cikgu Nana atas peluang belajar kelas online. Terima kasih atas segala tunjuk ajar, menjawab kepada setiap persoalan dari seorang yang naif, dan melayan jua karenah anak murid ini. Semoga Allah merahmati mu Cikgu.

Dan dengan ini, Yt umumkan; YT JUAL BROWNIES. Hehe. Yt duduk di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, KL. Self collect disini. Delivery hanya boleh dibuat pada hujung minggu (T&C). Postage 1 Malaysia.

Yt share sikit brownies Yt dah buat ye:








Yt juga buat deco topping mengikut kehendak customer. InshaAllah akan Yt usahakan. Sesuai untuk dijadikan salah satu item dulang hantaran, majlis harijadi, majlis anniversary, pot luck, gathering, reunion dan seangkatan dengannya. Hihi.




Awak boleh follow media sosial Yt:

Instagram: Yt.Kitchen

Nak hubungi Yt, terus klik link whatsapp kat bawah ye:


Self Collect: Bandar Sri Permaisuri, Cheras
Delivery: Weekend (T & C)
Postage: Isnin - Rabu

Salam Sayang,
DYatie ABakar.

No comments

Blog design by Rainy Day