Pages

Nov 24, 2017

Tahun Terakhir NAB di PASTI

Bila tengok kawan-kawan post hari ni hari terakhir anak pakai baju uniform sekolah, barulah sedar diri yang hari ni juga hari terakhir bergelar anak murid PASTI. Walaupun masih ke PASTI juga selepas ni; nursery.

Sedih juga rasanya nak tukarkan sekolah NAB sebab dia duduk di PASTI pada usia 2 tahun setengah hinggalah sekarang yang dah menghampiri 6 tahun usianya. Banyak kenangan yang NAB cipta disitu. Dari tak reti bercakap hinggalah dia sekarang dah boleh membaca. Dari sekadar anak nursery kemudian jadi anak murid.

Kenangan manis buat NAB di tahun akhir di PASTI, tahun ni NAB dapat tempat pertama dalam kelas. Alhamdulillah. Walaupun terbit soalan dari mulutnya, "mak, saya peliklah. saya dapat satu je periksa 100 tapi macam mana saya boleh dapat nombor satu?" Haha. Anak.. Anak..

 

Tahun ni juga NAB terlibat dalam pertandingan bola jaring wilayah walaupun dia sekadar berdiri tegak memerhatikan kawan berlari mengejar bola. Haha. Tahun ini juga NAB turut serta dalam kumpulan nasyid mewakili tadika. Hehe. Tahun ni merasa dua kali naik pentas. 

 

Yt memang agak memaksa dalam belajar terutama membaca. Sebab tak nak dia ketinggalan. Itu je. Kalau dapat tempat pertama dan naik pentas itu bonus. Semua kita tahu akan perasaan bagaimana bila dapat tempat teratas dan naik pentas pulak ambil hadiah.



Soalan Yt pada NAB, "seronok tak dapat nombor satu? suka tak? happy tak naik pentas dapat hadiah sebab kita berjaya?" Dan of course jawapannya seronok. Itu salah satu pendorong anak-anak untuk lebih berusaha dan berjaya. Bukan nak disogokkan dengan hadiah semata. Tapi, ia adalah sebagai simbol penghargaan buat anak-anak. Memotivasikan dorang. Sama macam kita orang dewasa, masing-masing ada 'push factor' untuk berusaha. 

 

Banyak kenangan NAB. Mak tulis disini semoga jika berkesempatan awak baca nanti. Awak ingat dimana tempat pertama awak menimba ilmu. Dengan cikgu mana awak belajar. Awak jangan lupa nama cikgu awak; Cikgu Ida. 

Semoga Cikgu Ida terus meneruskan perjuangan mendidik anak-anak kecil sehingga berjaya. Semoga dipermudahkan segala urusan Cikgu Ida dan dirahmati Allah SWT.


Sebak pulak mak ni haaa. Haha. NAB tahu dah dia akan bertukar tadika tahun depan. Tapi, mungkin dia belum faham lagi maksud perpisahan. Seronok aje dia. Haha. Semoga baik-baik sahaja nanti untuk semuanya. InshaAllah. 

Salam Sayang,
DYatie ABakar.

No comments

Blog design by Rainy Day