Pages

Oct 4, 2017

Resepi Nasi Goreng Tomyam Udang

Assalammualaikum. Salam sejahtera kawan-kawan.


Yt ni bukanlah pandai masak sangat. Jujurnya, kurang minat tapi tetap ada perasaan nak masak yang sedap-sedap. Hihi. Cuma kebiasaannya Yt masak yang ringkas-ringkas sahaja. Huhu. Kalau nak meriah sikit adalah masak di hujung minggu. Hehe. Hari ni Yt nak share resepi Nasi Goreng Tomyam Udang yang sesuai sangat dijadikan menu makan malam. 


Bahan-bahan:
Nasi
Bawang Merah
Bawang Putih
Bawang Holand 
Cili Masak
Pes Tomyam
Udang
Kacang Panjang
Kobis
Tomato

Caranya;
Tumis bawang merah, bawang putih, bawang holand dan cili masak hingga harum dan layu.

Masukkan pes tomyam dan tumis sebentar

Masukkan udang dan gaul rata.

Masukkan sayur-sayuran dan gaul sebati.

Akhir sekali, masukkan nasi dan gaul rata bersama telur yang telah digoreng hancur dan tomato.

Oh ye, sebelum menumis bawang Yt dah siap2 goreng telur. Dan sayur-sayuran, korang bolehlah tambah carrot. Kalau untuk menu orang tua (Yt masak untuk anak-anak sekali), bolehlah letakkan serai. Lagi mengancam, inshaAllah. Hehehe. 

Mudah je kan. Macam masak nasi goreng biasa juga sebenarnya. Cuma, nasi goreng tomyam dimasukkan pes tomyam je. Hehe. 

Salam Sayang, 
DYatie ABakar.

No comments

Blog design by Rainy Day