Pages

Oct 11, 2017

Makan Tengahari di Cowbow Style, Port Dickson

Assalammualaikum. Salam sejahtera kawan-kawan.


Bulan lepas, kami bawa anak-anak berkelah di Port Dickson. Sambil-sambil Yt lepaskan rindu pada pantai, laut dan deruan ombak. Anak nelayan, begitulah dia. Hehe. Kami tak bawa bekalan pun. Nama je berkelah. Haha. Last minute, lepas Subuh Yt suarakan nak tengok laut dan encik suami kata ok. Wow sangat, dengan pantas cik isteri mengemas. Hehe. 





Mandi dari jam 9.30 pagi sampailah pukul 1 petang.  Pedih kulit si emak bawa anak-anak mandi laut. Haha. Of course, Yt tak ada pakai sun block bagai semua tu. Tak pernah lagi Yt membeli itu setakat ini. Haha. Sabo je la ye. Kami sewa Khemah. RM30 ke RM40. Lupa pulak. Lepas mandi, kami terus ke Nasi Kukus Ayam Panggang Port Dickson - Cowboy Style.




Kedai ni dah berpindah tau. Sebelum ni lokasi dia dekat sangat dengan Pantai Teluk Kemang, tapi sekarang jauh sikit. Lebih luas dan lebih selesa serta lebih ramai orang boleh datang. Berbanding dengan lokasi tempoh hari, agak sempit. Tahniah diucapkan. Cewahhhh. Haha. 






Menu dia of course la nasi kukus ayam panggang. Ada pilihan juga macam sosej panggang, telur dadar dan sayur. Sebelum ni kami pergi ada sayur bendi tapi kali ni takde. Huhu. Encik suami belikan sayur campur. Burrpp! Alhamdulillah. Hihi. Sedap. Cowboy Style ni antara tempat yang korang wajib singgah cuba kalau ke Port Dickson.


Haa. Air pula kami ambil air tembikai 1 jug. Hehe. Baru puas hati. Mengembang terus perut. Haha. Gurau jeeeee. Sebelum minum pun dah sedia kembung. Luls.

So, akhir kata. Masukkanlah kedai ni dalam list JJCM Port Dickson awak semua ye. Hehe.

Salam Sayang,
DYatie ABakar.

No comments

Blog design by Rainy Day