Pages

Sep 15, 2017

Makan Malam di Nuin Cafe, Bangi

Assalammualaikum. Salam sejahtera kawan-kawan.


Orang Perak yang menetap di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang nak menikmati sajian negeri Perak, awak bolehlah Nu-In Cafe di Bangi. Cafe ni menawarkan menu sajian negeri Perak yang mana antaranya Laksa Kuala, Nasi Lemak Perak dan Kway Teow Goreng Ipoh.

Minggu lepas, lepas hantar adik kami cari kedai untuk makan malam. Banyak juga yang masih tutup dan dah tutup awal. Agaknya ramai orang tak balik raya jadi masing-masing makan kat luar. Hehe. Pusing punya pusing kami jumpa Nu-In Cafe. 

Sebenarnya kami pernah singgah kedai ini suatu ketika dulu tapi tak jadi makan sebab menu tak banya lagi. Menu orang Perak juga tapi dekorasi lain. Lain sangat. Jadi, Yt tak pasti samada ia kedai yang sama atau sebaliknya. Tapi, tak apalah. Ni menu makan malam kami hari itu.

Laksa Kuala
Yt yang pada mulanya nak makan nasi berlauk bagai tapi bila nampak menu laksa, terus pilih laksa. Not bad. Kuah tak la cair. Cuma kurang asli bila laksa tu guna laksa yang biasa. Bukan macam laksa kat kuala tu. Hehe. Dan masih rindu laksa Piah. Hoho.

Nasi Goreng Nuin
Haaa ini dah tentu menu si kakak. Nak nasi katanya, jadi kita order nasi goreng. Sedap juga, tapi macam kuat belacan. Gatal bibir kite tau. Merenyaammmm sepanjang jalan. Haha.

Kuay Teow Goreng Ipoh
Ini menu pilihan orang Ipoh kite. Agaknya sebab ada nama Ipoh kot. Haha. Sedap jugak. Anak-anak pun suka join makan. 

Oreo Milkshake & Teh Tarik
Ada kisah tentang air. Haha. Arissa nak sangat Oreo Milkshake. Encik suami order teh tarik. Masa air sampai, si kakak yang memang memahami karier sampingan mak nya sebagai seorang blogger, ececececece. Haha. Dia tunggu Yt ambil gambar. Encik suami pun susun air ni dan Arissa tiba-tiba cakap, "air ayah tak payah lah. air teh je pun." Hahaha. Kemain tauuu dia. Hihihi.

So, overall makanan dekat sini Yt bagi 3.5 dari 5 bintang. Not bad. Boleh disenaraikan dalam senarai kedai makan yang boleh singgah di Bangi. Yt suka keadaan restoran dia. Menarik. Ada area untuk kita makan duduk di lantai. 3 meja kalau tak silap Yt. 

Jumpa lagi nanti!

Salam Sayang,
DYatie ABakar.

No comments

Blog design by Rainy Day