Pages

Aug 3, 2017

Premier Suites; The Straits Hotel & Suites, Melaka

Assalammualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan. 


Pemandangan dari balkoni bilik di waktu malam. Ini cerita Februari lepas. Yt ada kursus di The Straits Hotel & Suites, Melaka. Seperti kebiasaan, suami dan anak-anak akan ikut Yt sekali. Jarang Yt pergi kursus/seminar/retreat tanpa kesayangan ni semua kecuali memang tak dapat nak ikut atas sebab-sebab yang tak boleh diusahakan. Kisahnya Yt tak pilih bilik ni pun. Rezeki anak-anak Yt tersilap pilih tarikh. Tiada pilihan lain selain bilik ini. Hehe. 


 

Masuk je bilik kami suami isteri terkejut juga. Macam rumah haa. Hihi. Anak-anak yang seronok sebab luas tempat diorang nak bermain, berkejaran. Kalau bilik hotel biasa tu terhad keluasannya.




Bilik tidurnya pun luas. Bilik tidur ni sebesar bilik yang kami pernah duduk disitu juga sebelum ni. Jenis bilik mungkin Deluxe. Tak share pun singgah cuti tu tempoh hari. Entah mana gambarnya, Yt pun tak tahu. Hehehe.



Bilik mandi agak besar jugak. Ada bath tub. Anak-anaklah yang seronok. At least ayahnya pun dapat juga buat aktiviti anak-anak berenang kononnya dalam bath tub sementara mak kursus. Haha.



Ada kolam renang di tingkat atas, 9 atau 19 Yt  tak sure. Kolam ni dinamakan infinity pool which is tak la berapa nak infinity kitorang rasa. Haha. Cuma nampak pemandangan Melaka. Apa yang tak best nya ialah; tak ada kolam budak-budak. Bila begitu, anak-anak kecil terpaksa la tumpang mandi bersama di kolam dewasa. Kalau anak sejenis melasak rasanya parents mungkin surrender bawa anak naik atas semula. Air dalam kan. Bukan senang nak kawal.

Satu lagi kekurangan hotel bagi pengalaman stay 2 kali disini ialah; pengurusan minum pagi. Orang ramai sangat, pekerja tak ramai. Meja memang tak dikemas dan pinggan mangkuk dah digunakan dibiarkan begitu sahaja. Tempat duduk pula tak mencukupi. Makanan pun tak berapa nak cukup, tunggu refill tu lambat. Huhu. Harap diorang boleh improve atau memang dah improve sekarang, Yt kurang pasti.

Overall, 3/5 sebab tak ada kolam kanak-kanak dan keadaan restoran masa breakfast. Yang lain semuanya ok. Recommended kalau nak duduk tengah bandar melaka tapi tak berapa tengah la. Hehe. Tapi still boleh jalan kaki ke Dataran Pahlawan tu.

Oklah, sekian perkongsian malam ini. Jumpa lagi nanti..

Salam Sayang,
DYatie ABakar.

2 comments

mamapp said...

Mewahnya nampak bilik dia

Lisa Nurulain said...

cantiknya tempat tu

Blog design by Rainy Day