Pages

Aug 29, 2017

Resepi Cempedak Goreng Mudah

Assalammualaikum. Salam sejahtera kawan-kawan.


Yt ada masalah masak kategori cucur dan cekodok bagai ni termasuk pisang goreng. Hihi. Jadi, bila semalam suami cakap nak makan cempedak goreng. Yt yakin tak yakin je. Siap cipta alasan supaya tak payah goreng. Haha. Tapi, demi suami tercinta ku usahakan jua. Cia cia cia. 

Solusinya seperti biasa, kita google sahaja. Terima kasih kepada para blogger yang rajin berkongsi resepi pada semua. Inilah salah satu 'bekalan' untuk blogger nak di bawa ke sana kelak. Berkongsi sesuatu yang memberi manfaat pada semua orang. Resepi juga satu ilmu. 

Resepi Cempedak Goreng

Bahan-Bahan:
2 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu besar tepung jagung
Sebiji telur
Secubit garam
Secubit serbuk kunyit
Air secukupnya

Cara:
Mix semua bahan sekaligus dan make sure batter tak begitu cair tak begitu pekat. Cukup bancuhan dapat melekat pada cempedak. 
Pastikan minyak dah betul panas baru masukkan cempedak ye. Kalau tidak nanti serap minyak pulak. 
Seterusnya, dah siap kita makan lah! Hehe.

Senang tak senang? Senang kan? Suami cakap, "awak, sedap je awak nyer cempedak goreng. kata tak pandai." Kembang kuncup hidung kita wak. Hihihi.

Yt kalau makan cempedak goreng memang akan makan bijinya sekali. Sedapnya alahai. Macam tu jua kalau makan nangka, biji diasingkan supaya nanti biji tu boleh rebus. Aduh duh duh, sedapnya. Korang makan tak? 

Sekarang dah tak ada alasan kata tak tahu masak. Memasak pula memang kena try error. Sebelum seorang chef dapat title chef, Yt yakin chef dah practice banyak. Practice makes perfect. Tak gitu?

Salam Sayang, 
DYatie ABakar.

1 comment

mamapp said...

Favourite food mama ni alahaii

Blog design by Rainy Day