Pages

Aug 21, 2017

Dirara Signature Suprise Planner Ipoh

Assalammualaikum. Salam sejahtera kawan-kawan.



Wahai orang Ipoh sekalian, sekiranya sedang mencari Surprise Planner silalah dapatkan perkhidmatan Dirara Signature yang bertempat di Tasek, Ipoh. Senang nak berurusan, minta pendapat dan boleh terima pendapat kita juga. Hehe. Gambar dekat atas ni dah macam hantaran kan? Hehe.

Mei lepas, hari lahir mak mentua. Encik suami cakap teringin nak buat surprise ada bunga ada belon untuk maknya. Jadi Cik Isteri ni la mainkan peranan mencari surprise planner Ipoh. Teringat dekat kawan adik ipar, terus tak fikir lain dah. Senang deal dengan orang yang dah kenal kan walau tak pernah bersua muka bertegur sapa. Hihihi.

Makanya Yt jadi orang tengahlah Yt sampaikan Cik Dira ni anggap Yt yang memberi. Pada mulanya nak ikut kebiasaan orang lain coklat atau kek. Tapi, difikirkan semula bersama ada baiknya bagi sesuatu yang nampak selepas ni. Menariknya Dirara Signature ni pun ada jual macam-macam. Antaranya kain pasang dalam gambar di atas tu la. Cantik kan hiasan. Cik Dira boleh buat service gubah hantaran juga lepas ni.


Balloon Happy Birthday, Mothers Day & I Love You.


Kad Ucapan last minute, Cik Dira tolong buatkan. 
Terima kasih banyak Cik Dira. Hehe.


Dan Imaan Wet Tissue Bouquette dari Dirara Signature
(for free, Alhamdulillah)

Ok tak ok? Ok sangat kan. Cuma sayang tak ada video, kalau tak lagi banyak untuk dikenang. Gambar mak terima surprise ni Yt tak letak. Sebab tak rajin nak edit tutup mana yang patut. Hihi. Kos? Amat berpatutan.

Senang je kalau korang nak contact, cuma klik link ig di bawah:


Bukan sekadar Suprise Planner tapi juga jual pelbagai lagi barang di kedainya seperti tudung / shawl, imaan wet tissu, wonder cheese, susu kambing dan banyak lagi. Terjah IG beliau untuk tahu lebih lanjut ya.

Salam Sayang,
DYatie ABakar.

Blog design by Rainy Day