Pages

Jul 3, 2017

Young Living Distributor Cheras

Assalammualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan.


Selamat hari raya awak! Maaf zahir dan batin dari Yt sekeluarga. Yt berhari raya di Ipoh, Perak tahun ini. Giliran sebelah encik suami. Tahun hadapan giliran raya di Sarawak pula. InshaAllah. Hihi. Baru sahaja Syawal yang ke-9, Yt dah cerita nak raya tahun depan pula ye. Amboi sangat dia. Heee. 
Yt nak bagitau ni yang Yt jual produk Young Living Essential Oils atau singkatannya YLEO. Apa dia tu? Young Living sudah tentu nama syarikat. Essential Oils (EO) pula ialah minyak yang diekstrak dari daun, bunga, tumbuhan dan juga kulit sesetengah buah. EO digunakan untuk kesihatan serta kecantikan

Bagaimana Yt bermula?

Ok, meh nak share sikit dengan awak semua. Yt sebenarnya bermula dengan penggunaan DIY EO Blend dari Element Organic dan Welness Mama; Calming Blend, Focus Blend, Cough Blend dan Night-Night Balm. Masa tu, Yt dah jatuh cinta disebabkan keberkesannya pada anak-anak dan telah simpan hasrat untuk beli Dew Drop Diffuser dan EO. Sehinggalah pada suatu hari seorang kawan menawarkan belian promosi jadi dapat murah. YT automatik ahli bila buat penambahan EO yang Yt perlukan. 


Haaa inilah dia set yang Yt beli. Pembelian diffuser dapat percuma Lemon dan Lavender. Promosi DDD Percuma EO Lemon dan Lavender ada lagi tau! Dan Yt tambah Joy dan Thieves. Sejak itu, Yt memang guna sepenuhnya DDD dan EO dan hari demi hari jatuh cinta. Sehinggalah sekarang EO Yt berbaris beratur menunggu giliran untuk digunakan. Hihi.

Sebelum Yt berkongsi lebih banyak lagi, Yt nak share basic EO je dekat awak terutamanya yang ada anak kecil. EO Lemon. EO Lemon ni simpanlah di rumah sebab ia pelbagai guna untuk anak demam, batuk, selsema dan juga udara. EO ni boleh diffuse dan disapu/diurut pada badan. Baru-baru ini, anak saudara Yt demam. Yt bagi diluted EO Lemon pada kakak ipar untuk disapu. Alhamdulillah, suhunya menurun dengan cepat. Dan kakak ipar Yt terus terpikat. Hehe. 

Itu Yt baru ceritakan sedikit tentang pengalaman dengan EO Lemon. Nanti Yt akan cerita lagi dan lagi kebaikan / kesan penggunaan EO untuk kesihatan terutamanya. Jadi, jangan lupa untuk terus singgah blog Yt tau. Awak juga boleh ikuti Yt di Instagram: YLEOYatie

Nak tahu tentang Essential Oils. Nak dapatkan Essential Oils. Nak DIY Blend Essential Oils. Feel free to contact Yt. InshaAllah akan bantu bersama dengan group support. Group support ni penting tau supaya awak tak keseorangan dan ada yang guide dalam penggunaan EO secara optimum. Bayangkan kalau awak beli di Lazada je, siapa yang boleh guide awak dengan cara yang betul? 

Ok awak. Jumpa lagi di perkongsian akan datang ye.

Salam Sayang,
DYatie ABakar. 

1 comment

Mohd Fadhlil said...

sangat disyorkan, segar jer bila pakai YL ni haahahah
lain dari lain respond untuk badan kita, apa2 pun kena cuba baru leh tahu.

Blog design by Rainy Day