Pages

Jul 31, 2017

The Manhattan Fish Greatest Hit 2017

Assalammualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan.


The Manhattan Fish Greatest Hits 2017 | Yt memang suka makan. Tapi, berhajat nak kurus. Haha. Dalam niat nak diet, Yt google promosi makanan bulan Julai 2017. Wow! Jumpa la offer Manhattan Fish ni.
Kami terus ke Sunway Velocity lepas kerja. Dekat je dengan rumah. Lagi dekat dengan office Yt. Hehe. So, kami makan apa malam tu? Haaa ini dia set yang kami pilih untuk 2 orang. 

THE LA LA BAMBA (2 pax)




Alamak! Terliur pula tengok gambar ni hahaha. Apa yang ada dalam set ni ialah;
Calamari Mussle Chicken
The Ocean Oomph
Sharing Garlic Herb Mussles
Super Fruit Crumble
Salmon Belly
Garlic Herb Rice
Clam Soup
Squid Crowns

Sedap tak sedap? Haaa. Tak pernah mengecewakan. Lepas tu walau 2 pax, boleh makan 4 pax tau. Big portion. Tersandar suami isteri nak menghabiskan. Harapkan anak2 solehah berdua itu, kami yang tolong habiskan makanan diorang pulak. Haha.

Oh ye! Set ni tak ada air tau. Makanya kami order air sejuk dan juga teh peach. Jimattt. Hehehe.


Ini menu kids anak solehah Nur Arissa Batriesya yang nak bila tengok menu kids. Craby Fish Burger nama diberi. Tapi beliau bebel yang sampai tak sama seperti dalam gambar. Haha. Nasiblah kakak. Nama craby, isinya fillet ikan dori. Yang ini set dengan air.

Sempat lagi kalau korang cuba premium seafood di The Manhattan Fish Market dengan harga jimat. Tapi, maaflah Yt tak perasan pula bila last date Greatest Hits ni. Cari kat web pun tak jumpa. Huhu.


Pilihan set yang ada dalam promosi Greatest Hits 2017. Individual, 2 pax dan 4 pax. Sedap! Dan berbaloi sangat. 2 pax boleh makan 3 - 4 orang. 

Salam Sayang,
DYatie ABakar.

1 comment

Mimi Azirah said...

Sedapnya...meleleh air liur tgk...nasib tak preggy...huhuhu

Blog design by Rainy Day