Pages

Jul 11, 2017

Salam Aidilfitri 2017 | Team Raya Perak

Assalammualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan.


Selamat Hari Raya Yt ucapkan kepada semua yang mengenali Yt seisi keluarga. Dikesempatan ini Yt mohon kemaafan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki sekiranya ada salah dan silap dek keterlanjuran kata-kata serta perbuatan yang tidak Yt sedari. 
Awak² raya mana tahun ni? Yt beraya di Ipoh kali ini. Giliran sebelah suami. Tahun depan kita raya Sarawak lagi. InshaAllah. Hehe. Tetiba cerita tahun depan pulak. Hahaha.


Keluarga sebelah suami. Kurang satu family sebab biras Yt bertugas di pagi raya. Yt ada adik² ipar yang masih lagi bujang. 2 lelaki, 1 perempuan.

Kesian mak bapak Yt di Sarawak. Yt tak balik, adik Yt yang kerja di Bangi pun tak balik. Lemang pun mak kata beli sebatang je. Wuwu. Yt tak berkesempatan lagi nak video call. Sibuk sangat. Dah balik KL baru dapat video call dengan mak bapak. 

Kami cuti sehingga hari Jumaat. Balik KL pagi Jumaat tu juga sebab nak elak traffic jam. Hehe. Jam 10.30 pagi kami dah sampai KL. Raya macam biasa kami ke Batu Gajah, Teluk Intan dan Hutan Melintang. Keluarga sebelah suami kebanyakkannya duduk kat sana.

Sempat juga Yt jumpa rakan blogger Gojes Blogger Supermom and Baby; Anez, Aznor dan Pjah.

Sekali lagi, Yt mohon kemaafan atas segala salah silap dari hujung rambut ke hujung kaki. Yt manusia yang lemah, sering khilaf leka dan alpa.

Semoga kita bertemu di bulan Ramadhan tahun hadapan, inshaAllah.

Salam Sayang,
DYatie ABakar.

No comments

Blog design by Rainy Day