Pages

Jun 6, 2017

Masak Asam Pedas Mudah

Assalammualaikum dan dalam sejahtera kawan-kawan.


Masak Asam Pedas Mudah. Zaman sekarang ni, kalau boleh semuanya nak mudah. Nak masak pun kalau boleh yang mudah aje. Terutamanya bagi kalangan mak bekerja, balik rumah nak kena bersilat pula di dapur untuk sediakan juadah untuk makan malam. Bila bulan puasa ni pula sudah tentu masa lagi singkat sebab nak berbuka kan. Anak-anak pula setia menunggu di meja makan menanti azan. Tapi anak Yt belum lagi. Hehe. 

Asam Pedas Ikan Jenahak semalam merupakan menu utama berbuka kami semalam. Aduhai, masa menumis bau rempahnya harum semerbak. Suami pula tak sabar katanya nak makan. Amboi sangat. Nur Arissa Batriesya dah tentu tak berani nak ambil kuah, takut pedas katanya. Maklumlah, kuah asam pedas pun warna merah menyala. 

Bahan-Bahan Asam Pedas

Balik kerja semalam singgah kedai Aceh di bawah rumah pengasuh Nur Aflah Dayyina. Nasib baik ada bahan yang dicari; iaitu si bunga kantan, bendi, terung dan tomato. Kalau bahan tak mencukupi, Yt tak akan masak sebab Yt sejenis orang yang kalau masak kena ada bahan cukup dan tepat. Ala ala kita masak kek; kita mesti ikut resepi tu dengan tepat sebab takut nanti kek bantat ke, tak mengembang ke, tak cukup masak ke. Haaa gitu. Walaupun sebenarnya masak lauk, apa yang penting ia secukup rasa. 

Pes Asam Pedas Dilaila Food
Haaaa. Inilah dia pes yang memudahkan Yt semalam. Pes Asam Pedas Dilaila Food. Sungguh, mudah sangat. Sedap! Sedap sangat, secukup rasa. Yt cuma tambah garam je. Masam, pedas, manis semua dah ngam kata orang. Caranya begini;
  • Tumis pes asam pedas sebentar
  • Masukkan ikan dan gaul sekejap 
  • Masukkan air secukupnya
  • Masukkan bendi, terung, bunga kantan, daun kesum 
  • Bila dah mendidih masukkan tomato
  • Sesuaikan rasa
  • Siap, hidang!

Mudahkan? Dan sebenarnya step menumis tu boleh awak skip. Boleh terus masukkan pes dan air secukupnya. Cuma Yt rajin sikit semalam, suka dengar bunyi menumis tu dan cium bau harum tu kan. Heee. Nasib baik tak achum! achum! 

Awak nak masak asam pedas dengan mudah juga macam Yt? Haaa. First awak boleh tengok nombor telefon yang ada dekat peket pes atas tu. Kedua, awak boleh hubungi kawan Yt; Myzatul. Beliau merupakan salah seorang agen sah pes ini. 

FB page: Moms and Tots
HP: 0113-209 2623 / 019-336 4122

Salam Sayang,
DYatie ABakar.

1 comment

Encik X said...

Dah lama gak tak makan asam pedas nih.

rindu plak dalam bulan pose nih.

Blog design by Rainy Day