Pages

Jun 5, 2017

Kelahiran Nur Arissa Batrieysa

Assalammualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan.


25 Januari 2012, jam 1.37 petang; puteri hati sulung Yt yang diberi nama Nur Arissa Batriesya Mohd Fadhlil Rahman dilahirkan di Hospital Lundu, Sarawak. Yt ditemani mak, mak saudara dan adik di hospital. Encik suami di Perak lagi. Hari ketiga barulah suami balik ke Sarawak. 
Alhamdulillah, Yt bersalin normal. Dikelilingi dengan mereka yang baik hati, melayan Yt dari awal sampailah esoknya dah boleh keluar keesokannya dengan baik. Syukur tak terhingga sebab Yt selalu baca pengalaman yang kurang baik diterima dari hospital kerajaan. 

Berat Nur Arissa Batrieysa masa lahir, 2.93kg. Ringan je tapi tembam budaknya berbanding anak sebelah katil Yt, berat 3.8kg tapi kurus kecil je dia. Kata orang, bayi lelaki lebih berat berbanding perempuan. Betullah kot kan. 

Yt ingat lagi malam pertama bersama Nur Arissa Batriesya, dugaannya ialah Yt tak tenang tidur. Ermm. Tak boleh tidur rasanya. Hehe. Asyik menangis nak dipeluk selalu. Sambil peluk Yt mesej mak bagitau keadaan si anak yang asyik menangis. Minta advice apa perlu buat. Huhu. 

Tengahari esoknya kami dah boleh keluar. Masa tu nurse dah nampak Nur Arissa Batriesya macam ada kuning. Segeralah kami bawa balik supaya boleh buat apa yang patut di rumah. Kalau di hospital, kita tak boleh buat alternatif lain. Kan?

Alhamdulillah. Semuanya dipermudahkan sepanjang membesarkan Nur Arissa Batrieysa. Tak pernah buat Yt tak tidur seperti malam pertama tu. Senang jaga. Diberi kesihatan yang baik. Syukur. Dugaan keluarga kami, bila usia Nur Arissa Batrieysa hampir 7 bulan kami berjauhan demi kebaikan semua. Kalau berkesempatan nanti, ingin juga nak berkongsi disini. 

Pada hari ini, Nur Arissa Batriesya dah berusia 5 tahun. Dah bersekolah di tadika PASTI. Sangat petah dan banyak cakapnya. Dah ada adik dah pun. Hehe. Sangat berlembut dengan si adik walau ada hari dan waktu tak mampu menahan sabar dengan karenah si adik. Merasa juga si adik kena 'cuit'. 

p/s Mengimbau di group whatsapp sebentar tadi, terus tergerak hati nak menulis disini. Masih segar segalanya dalam ingatan Yt. Masih dipinjamkan ingatan yang kuat. Alhamdulillah.

Salam Sayang,
DYatie ABakar. 

No comments

Blog design by Rainy Day