Pages

Jun 7, 2017

Berbuka Puasa di Restoran Jom Bali

Assalammualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan.


Kalau awak nak tukar angin atau tukar selera atau nak belanja orang tersayang berbuka puasa di luar, Yt galakkan awak pergi berbuka di Restoran Jom Bali. Sebab tawaran menu berbuka disini adalah menarik dan sangat berbaloi. RM45.90 dengan pilihan 3 lauk dan 2 air sirap seperti dalam menu diatas. Dan untuk pengetahuan awak, portion makanan adalah sangat banyak. Serius. Walau tertulis 2 pax, awak boleh makan 3 - 4 orang untuk satu set ini. 

Semalam, kami ke AEON BIG Wangsa Maju nak cari jubah untuk mak dan adik-adik Yt. Sudah tentu kami terus berbuka sekali dan pilihan kami ialah Restoran Jom Bali. Tertarik dengan menu tu la. Dan disitu, Jom Bali offer pembelian voucher RM50 akan dapat Nasi Goreng Ayam Mac & Cheese percuma. Berbaloi bagi kami sebab voucher tu cover RM45.90 bagi set menu diatas. Jadi, bolehlah pilih nasi goreng yang pedas sikit untuk kami suami isteri.

Nasi Goreng Ayam Mac & Cheese
Nasi goreng ni memang untuk anak-anak solehah kami la. Tapi Nur Aflah Dayyina tak makan banyak pun sebab makan nasi di rumah pengasuh jam 4 petang. Nur Arissa Batriesya makan memang berselera sungguh dan berjaya habiskan nasi tu. Ayam je yang tak berapa layan. Nur Aflah Dayyina kami belikan sahaja kentang McD supaya tidak mengganggu konsentrasi kami masa berbuka. tak begitu berjaya pun sebenarnya. hahaha. 

Nasi Goreng Kampung
So, nasi pilihan kami suami isteri ialah Nasi Goreng Kampung. Terkejut kami berdua bila tengok nasinya banyak. Macam Yt cakap kat atas tu tadi, boleh makan 3 - 4 orang. Tak sangka sebanyak itu nasinya. Hehe. Dan, kita kena minta pinggan kalau nak makan berasing. Kami tak mampu la nak romantik makan sepinggan dengan dua orang puteri hati tu. Hehe. Sedap tak? Sedap! Cuma suami tak berkenan sebab ikan bilis goreng sekali dengan isi perut dan kepala. Huu. Selain dari Nasi Goreng Kampung, awak boleh juga pilih Nasi Goreng 3 Rasa, Nasi Goreng Tomyam, atau Egg Fried Rice.

Salted Egg Chicken
Lauk utama pilihan kami ialah Salted Egg Chicken. yt yang pilih dengan kuasa teringin, hihi. Banyak juga. Berketul-ketul ayamnya. Rasa pun sedap. Yt suka sangat. Tak salah pilihan Yt. Hehe. Ayam pun crunchy. Pilihan lauk lain ialah; Ayam Milky Sauce, Ayam Goreng Berempah dan Ayam 3 Rasa

Daging Goreng Halia
Lauk kedua kami; Daging Goreng Halia pilihan suami. Ini pun sedap. Cuma kalau digandingkan dengan nasi putih panas lagi sedap. Sebab lauk ni agak masin sedikit jadi tak begitu sesuai makan dengan nasi goreng yang ikan bilisnya pun dah masin. Hehe. Selain daging goreng halia, awak boleh pilih samada nak Daging Goreng Lada Hitam, Ikan Goreng Berempah atau Ikan 3 Rasa

Kacang Panjang Goreng Belacan
Akhir sekali, sayur pilihan adalah Kacang Panjang Goreng Belacan. Sedap wooo. Haha. Woo tu disebabkan oleh belacan tu. Kacang rangup. Rasa cukup. Ada pedas. Sedap lah. Yt suka. Memang Yt ratah je. Hehe. Sayur pilihan yang lain ialah Kangkung Goreng Tomyam, Kangkung Goreng Belacan dan Kacang Panjang Tomyam.

Overall, makanan ni semua sedap. Portion besar. Siap kami bungkus balik buat makan sahur tadi. Hehe. Nur Arissa Batriesya pun macam puas hati sampai muntah. Huhu. Anakanda seorang tu memang masih lagi mudah muntah, pantang ada silap sikit. Sebenarnya dah pandai kawal cuma ada masa memang dia tak mampu kawal. Huhu. Makanya pengakhirannya semalam ialah Nur Arissa Batriesya muntah. Kesian dekat dia. Kesian dekat pekerja situ.

Salam Sayang,
DYatie ABakar.

No comments

Blog design by Rainy Day