Pages

Jun 7, 2017

Berbuka Puasa di Restoran Jom Bali

Assalammualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan.


Kalau awak nak tukar angin atau tukar selera atau nak belanja orang tersayang berbuka puasa di luar, Yt galakkan awak pergi berbuka di Restoran Jom Bali. Sebab tawaran menu berbuka disini adalah menarik dan sangat berbaloi. RM45.90 dengan pilihan 3 lauk dan 2 air sirap seperti dalam menu diatas. Dan untuk pengetahuan awak, portion makanan adalah sangat banyak. Serius. Walau tertulis 2 pax, awak boleh makan 3 - 4 orang untuk satu set ini. 

Jun 6, 2017

Masak Asam Pedas Mudah

Assalammualaikum dan dalam sejahtera kawan-kawan.


Masak Asam Pedas Mudah. Zaman sekarang ni, kalau boleh semuanya nak mudah. Nak masak pun kalau boleh yang mudah aje. Terutamanya bagi kalangan mak bekerja, balik rumah nak kena bersilat pula di dapur untuk sediakan juadah untuk makan malam. Bila bulan puasa ni pula sudah tentu masa lagi singkat sebab nak berbuka kan. Anak-anak pula setia menunggu di meja makan menanti azan. Tapi anak Yt belum lagi. Hehe. 

Jun 5, 2017

Kelahiran Nur Arissa Batrieysa

Assalammualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan.


25 Januari 2012, jam 1.37 petang; puteri hati sulung Yt yang diberi nama Nur Arissa Batriesya Mohd Fadhlil Rahman dilahirkan di Hospital Lundu, Sarawak. Yt ditemani mak, mak saudara dan adik di hospital. Encik suami di Perak lagi. Hari ketiga barulah suami balik ke Sarawak. 

Pekasam Telur Sotong

Assalammualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan.


Terkejut ada pekasam telur sotong? Hehe. Semalam cerita pekasam daging, hari ni Yt nak cerita pekasam telur sotong pula. Untuk pengetahuan awak, pekasam daging dan telur sotong merupakan Pekasam Azrieyta bestseller yang Yt jual.

Pekasam Daging

Assalammualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan.


Awak pernah makan pekasam daging? Atau tak pernah dengar daging ada di buat pekasam? Hehe. Takpe, Yt pun dulu sama. Tak pernah tahu ada pekasam lain selain ikan. Pekasam ikan pun jarang makan sebab Yt tak tahu pekasam mana yang boleh diyakini. ;)

Blog design by Rainy Day