Pages

May 31, 2017

Resepi Mudah: Telur Goreng Masak Sos

Resepi Telur Goreng Masak Sos | Assalammualaikum korang! Salam Ramadhan yang ke 5. Menu sahur apa tadi? Yt dah mula tak tahu nak masak apa untuk sahur. Huhu. Yelah, nak masak hebat-hebat untuk bersahur rasanya tidak lah. Selera pun tak berapa nak ada awal pagi tu. Biasanya menu sahur tu yang simple aje. So, pagi ni Yt masak lauk yang paling mudah iaitu Telur Goreng Masak Sos. 

Ala.. Janganlah kecam akak. Seriously, bagi ramai orang menu ni tak perlu nak rujuk resepi tapi pasti ada segelintir yang google dulu sebelum nak masak. Yt tau laaaa... sebab Yt salah seorang nya. Hehe.

Bahan Tumis
Apa yang diperlukan ialah;
  • 1 biji bawang merah
  • 1/2 bawang holand
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 batang cili padi
  • 3 sudu sos cili
  • 2 biji telur
  • Air secukupnya
  • Garam sesuai rasa


Telur Mata Kerbau Garing
Caranya mudah:
  1. Telur ayam digoreng garing mata kerbau
  2. Tumis bawang dan cili hingga layu
  3. Masukkan sos dan air, gaul rata
  4. Bubuh garam dan sesuaikan rasa
  5. Dah mendidih masukkan telur goreng
  6. Siap!!!

Telur Goreng Masak Sos
Haaaa. Berselera juga kami suami isteri sahur pagi tadi. Hehe. So, esok nak sahur apa? Eh! Sebelum tu petang ni nak berbuka dengan menu apa? Hoho.

Semoga sharing Yt ni boleh membantu korang. ;)

Salam Sayang,
DYatie. 

2 comments

CikNaa said...

fav ni yatie oii..dulu kecik-kecik makan bertambah!

Husna Rahman said...

simple tapi berselera kot makan ni

Blog design by Rainy Day