Pages

May 31, 2017

Resepi Mudah: Telur Goreng Masak Sos

Resepi Telur Goreng Masak Sos | Assalammualaikum korang! Salam Ramadhan yang ke 5. Menu sahur apa tadi? Yt dah mula tak tahu nak masak apa untuk sahur. Huhu. Yelah, nak masak hebat-hebat untuk bersahur rasanya tidak lah. Selera pun tak berapa nak ada awal pagi tu. Biasanya menu sahur tu yang simple aje. So, pagi ni Yt masak lauk yang paling mudah iaitu Telur Goreng Masak Sos. 

Ala.. Janganlah kecam akak. Seriously, bagi ramai orang menu ni tak perlu nak rujuk resepi tapi pasti ada segelintir yang google dulu sebelum nak masak. Yt tau laaaa... sebab Yt salah seorang nya. Hehe.

Bahan Tumis
Apa yang diperlukan ialah;
  • 1 biji bawang merah
  • 1/2 bawang holand
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 batang cili padi
  • 3 sudu sos cili
  • 2 biji telur
  • Air secukupnya
  • Garam sesuai rasa


Telur Mata Kerbau Garing
Caranya mudah:
  1. Telur ayam digoreng garing mata kerbau
  2. Tumis bawang dan cili hingga layu
  3. Masukkan sos dan air, gaul rata
  4. Bubuh garam dan sesuaikan rasa
  5. Dah mendidih masukkan telur goreng
  6. Siap!!!

Telur Goreng Masak Sos
Haaaa. Berselera juga kami suami isteri sahur pagi tadi. Hehe. So, esok nak sahur apa? Eh! Sebelum tu petang ni nak berbuka dengan menu apa? Hoho.

Semoga sharing Yt ni boleh membantu korang. ;)

Salam Sayang,
DYatie. 

May 29, 2017

Malaysia Young Living Distributor

Malaysia Young Living Distributor; Cheras | Pernah dengar Young Living (YL)? Atau mungkin pernah dengar Essential Oil (EO)? Ermm. Apa dia YL dan apa dia, InshaAllah Yt akan berkongsi dengan korang dari semasa.

Apa yang Yt nak umumkan hari ini ialah Yt sekarang merupakan salah seorang YL Distributor dengan hashtag nama #YLEOYatie. Gitteww. Hehe. Tak percaya sebenarnya Yt boleh seawal ini tapi asbabnya seorang kawan ajak beli diffuser secara berjemaah tempoh hari. Jadi, dapatlah murah. Jujur Yt cakap sebelum ni Yt guna YL Blend sahaja dari Element Organic dan Welness Mama.

Nak dijadikan cerita atau mungkin asbab, Yt sampaikan kepada colleague tentang sembang santai Yt dengan kawan masa ambil diffuser. Iaitu penggunaan Roll On Breath Again YL yang sesuai untuk orang ada masalah batuk, semput, penat dan sewaktu dengannya. Feedback nya Allahhuakbar, segalanya atas kehendak Dia. Breath Again YL cukup melegakan beliau. Alhamdulillah. 

Penggunaan Breath Again seterusnya dapat melegakan makcik ex colleague Yt di CeTMA dulu dan juga anak kecil colleague Yt yang berusia 5 bulan. Allahhuakbar. Allah sahaja tahu bila pengguna bagi feedback yang sangat baik. Lain perasaannya dapat feedback kesihatan dan makanan yang sedap. Dan atas sebab itu, Yt berazam nak bantu orang ramai seramainya dengan produk yang Yt jual. Semoga Allah perkenan.

Young Living Malaysia Distributor - #YLEOYatie
So, lepas ni awak2 boleh dapatkan produk Young Living dari saya. Dan InshaAllah jua Yt akan buat 'blend' bagi membolehkan semua boleh mendapat manfaat dari EO YL. Jangan ada walau secebis rasa malu untuk hubungi Yt jika nak tahu tentang YL. Yt akan cuba bantu sedaya upaya dan serve the best untuk yang membeli dari Yt. Akan guide sebaik mungkin supaya apa yang awak2 beli digunakan secara optimum.

Jumpa lagi nanti! Update je tiba2 ada benda baru ye! Hehe. Actually ada banyak benda nak kongsi dengan awak2 semua. Cerita cuti ke Cameron Highland pun tak sempat lagi ni.

Salam sayang,
Yatie.

May 22, 2017

Menu Simple dan Sedap di Bulan Puasa

Assalammualaikum. Hai korang! Selamat hujung minggu kawan². Pejam celik kurang seminggu lagi kita akan bertemu dengan bulan Ramadhan semula. InshaAllah.

Ramai yang dah buat plan list menu sahur dan berbuka. Awak dah buat? Yt tak lagi. Agak kurang bab merancang ni. Hihihi. Sekadar ada dalam kepala oh menu ni wajib menu tu kena ada menu ni best ni. Gitteww. Heee.

Tapi, sejak tahun 2014. Kami ada satu menu yang wajib. Iaitu; Pekasam Daging dan Pekasam Telur Sotong Azrieyta.


Pekasam Daging
Pekasam Telur Sotong

Telan ailio sendiri tengok gambar. Haha. Korang tak teliur? Tak teringin? Hee. Ye, Yt memang jual pekasam² ni. Sejak tahun 2014 yang pada asalnya Yt cuma membeli untuk diri sendiri.


Cara Masak Pekasam Daging
Cara Masak Pekasam Telur Sotong

Haa. Caranya mudah je awak. Itulah yang buat kita senang terutamanya untuk bersahur. Bak kata orang, tutup mata pun boleh masak. Dalam mamai² tu, tetap menjadilah pekasam awak. Hehe.

So, awak jangan malu² contact Yt kalau nak pekasam daging & telur sotong. Awak² boleh self collect di Bandar Sri Permaisuri, Cheras dan Yt boleh pos ke seluruh Malaysia, InshaAllah.


Blog design by Rainy Day