April 2, 2017

Western Murah dan Sedap di Soru Station

Soru Station, Bandar Sri Permaisuri | Assalammualaikum. Selamat hujung minggu kawan²! Buat apa tu? Hee. Yt tengah menunggu anak² bangun, nak pergi beli barang dapur untuk minggu ni. Memanfaatkan hujung minggu sangat diorang ni. Haha.

Semalam kitorang tak ada idea nak makan apa, teringat dengan Soru Station yang viral tempoh hari. Lokasinya tak jauh dari rumah kami. Sekitar Bandar Sri Permaisuri je kan. Hehe. Korang kalau nak pergi sini tanpa perlu pening nak cari parking, naik LRT pun boleh. Tak jauh pun.

Menu Western di Soru Station
Ada pelbagai pilihan menu kat Soru Station ni. Kitorang pilih Pasta Cream Mushroom, Chicken Chop Blackpepper, Chicken Grill Burger, Teh Ais dan Root Beer. Sepatutnya air tu float tapi encik suami request tak nak. Wuwu.

Pasta Creamy Mushroom
Chicken Chop
Chicken Grill Burger
Haaa close up! Murah ke?? Bagi Yt, murah sangat untuk Western Food dengan kuantiti dan rasanya yang sedap! Jumlah yang dibayar hanya RM22. Murah kan?

Betul ke sedap? Betul! Tak tipu. Encik suami cakap boleh try menu lain lagi lepas ni kalau tak tahu nak makan apa. Haha. Biasalah kadang² kita ni lapar tapi dah tak tahu nak masak apa nak makan apa. Dan Ada masa, tak terasa nak makan yang dimasak sendiri. Wuwu.

Kalau datang ke Bandar Sri Permaisuri, Soru Station is recommended by me untuk korang cuba. Soru Station bukan sebuah kedai. Soru Station adalah 'food truck'. Lokasi berhadapan dengan Maybank Bandar Sri Permaisuri.

Korang search kat FB tu nama Soru Station. Dorang aktif gak update kat FB tu. Senang la korang nak tahu apa² perkembangan terkini termasuk menu² baharu dorang. Hehe.

Sekian, review ikhlas dari Yt.

No comments

Post a Comment

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day