April 17, 2017

Susun Atur Bilik Anak

Susun Atur Bilik Anak | Assalammualaikum. Hai korang. Selamat  bekerja. Dah makan ke tu? ;)

Bila cerita pasal susun atur bilik anak ni, Yt rasa banyak kali dah Yt menyusun dan mengatur. Rasa macam tak cukup luas sokmo la rumah. Lagi-lagi bila anak-anak sepahkan mainan. Bertambah sempit pula rasa rumah sebab tak tahu nak pijak kat mana. Haha.


Sebelum ni, katil disebelah dinding di bahagian pintu tapi sejak diorang tidur sendiri baru perasan tak berapa nak kena aircond la yang tidur di bahagian dinding. Siapa dia? Anak solehah Nur Aflah Dayyina la.. Jadi, dia tak tenang. Bila peluh, rajinlah dia menggaru di bahagian kepala dan leher. Makanya, kita alih ke 'seberang'. Laci pakaian letak sebelah. Senang nak capai pakaian dan pampers atas tu. Hehe.

 

Suasana di hadapan katil. Haaa. Semua mainan dorang depan mata. Buka mata je nampak mainan. Haha. Bantal-bantal tu mak dah buang dah. Eh bukan buang, buh dalam kotak derma. Elok je lagi semuanya cuma sebab tak pakai. Semak. Huhu. Kiri tu kotak mainan. Tengah tempat masak. Kanan, rak untuk buku dan mainan jarang buka. Hoho.


Ini kemas sekejap je sebab memang tengah mengemas. Tinggal sekejap, anak solehah Nur Aflah Dayyina pasti menjadikan bilik ni seperti dalam filem TITANIC. Anak solehah Nur Arissa Batriesya pula pasti akan menangis-nangis sebab penat kemas, adik buat sepah. Haha.


Rak tu, rak ikea. Buku-buku yang dah kurang sihat Yt susun kat situ. Buku aktiviti kakak yang lain simpan di rak buku. Sebab apa? Sebab si adik tu laa. Haha. Ada buku dia, buku kakak juga yang dia nak musnahkan. Hihihi. Sabo je la kakak oiii~!

Yt ni nak mendeco tu tak reti. Ada niat, tapi entah. Haha. InshaAllah soon. Pelan-pelan. Mak ayah kena sama semangat sama rajin. Kalau tidak, memang tak lah. Itupun sebenarnya ada lagi rasa tak puas. Hati ni rasa nak ubah susun atur lagi tau tak? Adoiyaiiii. Haha.

1 comment

  1. ytie.....bestnyer.... bilik utk budak2 nie lom proses lagi....kumpul idea sat....tapi pakaian diorang letak kat mane?

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day