April 5, 2017

Brownies Kedut Sedap di Kuching

Brownies Kedut Sedap di Kuching | Assalammualaikum. Hai korang! Sihat? Moga semuanya sihat sejahtera dan ceria selalu hendaknya.

Ni Yt nak share dengan orang-orang Sarawak nun khususnya yang tinggal di sekitar Kuching kat mana nak dapatkan BROWNIES KEDUT yang SEDAP. Haaaa. Yt dah lama dah teringin nak rasa brownies kedut dari seorang seller dari Kuching nun. Sakit hati bila selalu sangat tengok beliau post di facebook dan baca feedback customer beliau. Haha. Dan akhirnya Yt dapat juga makan Jumaat lepas. Fuhhh, sekeluarga tak sabar nak cuba brownies kedut bila dah sampai rumah. Haha. 

Brownies Kedut Sedap di Kuching
Tudiaaaaa. Brownies Kedut With Mix Of Topping dari Sarawak terbangnya. Naik belon kau brownies kita. Haha. Nikmatnya lah hai makan... Tak tahu nak cakap macam mana rasanya tapi brownies ni memang memenuhi citarasa Yt orang Sarawak ni. Haha. Tengah-tengah malam makan buat rasa nak mencari air gas strawberry. Luls. 

Close Up Brownies
Haaa close up untuk korang. Nampak tak tekstur dia. Makin lama makin sedap tau brownies ni. Hahahaha. Yt kan makan jimat-jimat. Sebab bukan senang nak dapat. Wuwuwu..









Haaaa. Tergoda ke tidak? Hihihi. Yt yang dok upload gambar ni teringat-ingat okay! Nasib baik tak terliur. Hohoho. Ada pelbagai pilihan untuk korang nak topping apa. Nak plain pun boleh haaa. 

 

So, tak perlu panjang sangatlah kot Yt nak cerita kan. Hehe. Sebelah Yt tu la penjual Brownies Kedut sedap di Kuching nun. Area yang beliau cover; Simunjan - Kuching - Sematan. Korang boleh add FB beliau. Semuanya beliau akan update di FB.



Beliau ni juga sebenarnya BFF Yt. Dan Yt jamin korang pasti berpuas hati dengan air tangan beliau. Kitorang memang suka sangat segala kek yang beliau masak. Bila hari raya tu yang seronok sebab kek lapis belia cantik-cantik. Halus-halus lapisnya. Kalau harap Yt? Biarlah tebal lapis tu. Haha. Masuk perut kang dah tak ada lapis. Hahahaha.

Jumpa lagi kawan-kawan! XOXO!

1 comment

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day