April 17, 2017

Susun Atur Bilik Anak

Susun Atur Bilik Anak | Assalammualaikum. Hai korang. Selamat  bekerja. Dah makan ke tu? ;)

Bila cerita pasal susun atur bilik anak ni, Yt rasa banyak kali dah Yt menyusun dan mengatur. Rasa macam tak cukup luas sokmo la rumah. Lagi-lagi bila anak-anak sepahkan mainan. Bertambah sempit pula rasa rumah sebab tak tahu nak pijak kat mana. Haha.


Sebelum ni, katil disebelah dinding di bahagian pintu tapi sejak diorang tidur sendiri baru perasan tak berapa nak kena aircond la yang tidur di bahagian dinding. Siapa dia? Anak solehah Nur Aflah Dayyina la.. Jadi, dia tak tenang. Bila peluh, rajinlah dia menggaru di bahagian kepala dan leher. Makanya, kita alih ke 'seberang'. Laci pakaian letak sebelah. Senang nak capai pakaian dan pampers atas tu. Hehe.

 

Suasana di hadapan katil. Haaa. Semua mainan dorang depan mata. Buka mata je nampak mainan. Haha. Bantal-bantal tu mak dah buang dah. Eh bukan buang, buh dalam kotak derma. Elok je lagi semuanya cuma sebab tak pakai. Semak. Huhu. Kiri tu kotak mainan. Tengah tempat masak. Kanan, rak untuk buku dan mainan jarang buka. Hoho.


Ini kemas sekejap je sebab memang tengah mengemas. Tinggal sekejap, anak solehah Nur Aflah Dayyina pasti menjadikan bilik ni seperti dalam filem TITANIC. Anak solehah Nur Arissa Batriesya pula pasti akan menangis-nangis sebab penat kemas, adik buat sepah. Haha.


Rak tu, rak ikea. Buku-buku yang dah kurang sihat Yt susun kat situ. Buku aktiviti kakak yang lain simpan di rak buku. Sebab apa? Sebab si adik tu laa. Haha. Ada buku dia, buku kakak juga yang dia nak musnahkan. Hihihi. Sabo je la kakak oiii~!

Yt ni nak mendeco tu tak reti. Ada niat, tapi entah. Haha. InshaAllah soon. Pelan-pelan. Mak ayah kena sama semangat sama rajin. Kalau tidak, memang tak lah. Itupun sebenarnya ada lagi rasa tak puas. Hati ni rasa nak ubah susun atur lagi tau tak? Adoiyaiiii. Haha.

April 5, 2017

Brownies Kedut Sedap di Kuching

Brownies Kedut Sedap di Kuching | Assalammualaikum. Hai korang! Sihat? Moga semuanya sihat sejahtera dan ceria selalu hendaknya.

Ni Yt nak share dengan orang-orang Sarawak nun khususnya yang tinggal di sekitar Kuching kat mana nak dapatkan BROWNIES KEDUT yang SEDAP. Haaaa. Yt dah lama dah teringin nak rasa brownies kedut dari seorang seller dari Kuching nun. Sakit hati bila selalu sangat tengok beliau post di facebook dan baca feedback customer beliau. Haha. Dan akhirnya Yt dapat juga makan Jumaat lepas. Fuhhh, sekeluarga tak sabar nak cuba brownies kedut bila dah sampai rumah. Haha. 

Brownies Kedut Sedap di Kuching
Tudiaaaaa. Brownies Kedut With Mix Of Topping dari Sarawak terbangnya. Naik belon kau brownies kita. Haha. Nikmatnya lah hai makan... Tak tahu nak cakap macam mana rasanya tapi brownies ni memang memenuhi citarasa Yt orang Sarawak ni. Haha. Tengah-tengah malam makan buat rasa nak mencari air gas strawberry. Luls. 

Close Up Brownies
Haaa close up untuk korang. Nampak tak tekstur dia. Makin lama makin sedap tau brownies ni. Hahahaha. Yt kan makan jimat-jimat. Sebab bukan senang nak dapat. Wuwuwu..









Haaaa. Tergoda ke tidak? Hihihi. Yt yang dok upload gambar ni teringat-ingat okay! Nasib baik tak terliur. Hohoho. Ada pelbagai pilihan untuk korang nak topping apa. Nak plain pun boleh haaa. 

 

So, tak perlu panjang sangatlah kot Yt nak cerita kan. Hehe. Sebelah Yt tu la penjual Brownies Kedut sedap di Kuching nun. Area yang beliau cover; Simunjan - Kuching - Sematan. Korang boleh add FB beliau. Semuanya beliau akan update di FB.



Beliau ni juga sebenarnya BFF Yt. Dan Yt jamin korang pasti berpuas hati dengan air tangan beliau. Kitorang memang suka sangat segala kek yang beliau masak. Bila hari raya tu yang seronok sebab kek lapis belia cantik-cantik. Halus-halus lapisnya. Kalau harap Yt? Biarlah tebal lapis tu. Haha. Masuk perut kang dah tak ada lapis. Hahahaha.

Jumpa lagi kawan-kawan! XOXO!

April 4, 2017

Tips Bila Kehilangan Dompet

Tips Bila Kehilangan Dompet | Assalammualaikum. Hai korang. Hebat kan tajuk tips Yt hari ni. Haha. Ok hari ni Yt nak kongsi pengalaman pahit kehilangan dompet kesayangan. Dah la dompet dari encik suami tu. Tak sampai setahun pun lagi. Sobs! 

Alkisahnya balik dari Melaka, kami singgah di AEON Maluri. Konon nak mencari baju encik suami untuk esoknya nak kenduri. Yt dah beli barang di MPH dah. Lepas tu jalan² la sambil window shopping. Masa nak singgah beli roti, Yt cari dompet tak jumpa. Berlari² ke atas cuba trace kat tempat yang kami ada singgah dan lalu. Sambil doa semoga yang jumpa baik hati bagi balik dompet. 

Dah ronda² tak jumpa juga. Yt terus ke kaunter customer service untuk lapor kehilangan. Huu. Menggigil juga lah Yt. Rasa nak nangis pun ada. Haha. Dalam tu ada tunai lebih kurang RM200 begitu. Itu Yt boleh halalkan lagi kalau yang jumpa ambil tunai tapi serah kad² yang ada dalam tu. Sebab memikirkan nak buat balik semua tu. Fuhhhh.

So, perkara pertama yang perlu korang buat bila kehilangan dompet yang pastinya dipenuhi dengan segala kad bank ialah; CALL BANK DAN BLOCK YOUR CARD. Once dah block, korang akan rasa 90% lega. Jangan berlengah tahu! Jangan bagi orang yang tidak berperikemanusiaan itu boleh menggunakan kad korang. Zaman sekarang kan paywave. Haaaa. 

 

Kedua; BUAT LAPORAN POLIS. Atas sebab kejadian malam, Yt buat laporan polis keesokan harinya. Dengan harapan akan dapat panggilan dari AEON atau insan baik hati untuk mengembalikan kad-kad Yt yang paling utama. Huuu. Dalam laporan polis, pastikan korang menyenaraikan apa sahaja yang dirasakan penting dalam laporan tersebut. Yt report IC, MyKid anak-anak, lesen memandu, kad insurans anak-anak dan kad bank. Kad shopping pun boleh kalau korang nak senaraikan juga. Yt? Malas.. Hehe.

  

Ketiga: BUAT KAD PENGENALAN GANTIAN. Haaa. Kalau tak ada laporan polis, korang tak boleh tau buat kad pengenalan baru. Laporan ni kiranya bukti yang awak rakyat Malaysia. Nak dapatkan kad gantian buat kali pertama, Yt kena bayar RM100. Huhu. Kalau hilang kali ke 2; denda RM300 dan ke 3; denda RM1000. Huuu. Moga terhindar la dari sebarang kehilangan lagi. Aamiin. Kad siap dalam 10 - 14 hari waktu bekerja. Tapi kalau buat kat UTC atau Putrajaya, 2 jam siap. 



Keempat: BUAT MYKIDS ANAK. Dah alang-alang di JPN, mohonlah kad baru untuk anak-anak pulak. Pemohonan gantian MyKids adalah percuma. Cuma kita perlu tunggu tempoh dalam satu hingga dua bulan untuk MyKid siap. Tak sempat lagi nak ambil MyKids budak-budak ni. Hehe.

Kelima: BUAT LESEN MEMANDU. Ok, bila dah dapat kad pengenalan sementara korang boleh proceed pergi buat lesen memandu pulak. Bayaran yang dikenakan RM20 sahaja. Kalau dekat JPJ Bandar Sri Permaisuri ni cepat urusannya.

Kelima: BUAT KAD-KAD BANK. Haaaaaaa. Kad bank hanya boleh dibuat setelah korang dapat IC. Lama jugak lah Yt menunggu nak buat kad bank. Dah rasa macam zaman dulu Yt dibuatnya. Kalau nak keluar duit, transfer kat encik suami dan beliau tolong keluarkan duit. Haha. 

SELESAI! 

Last but not least, CARI DOMPET GANTIAN. Hahahaha. Wehhh! Bukan senang nak cari dompet idaman mengikut kemampuan. Yang diidamkan tu macam mahal sangat harganya. Tak best la bak kata orang, dompet mahal duit yilek. Haha. Actually Yt tak memilih pun. Bila Yt kata nak beli yang harga RM40, encik suami tak layan. Huhu. Katanya, beli barang 'alah membeli menang memakai'.


Setiap minggu Yt mencari, tapi tak jumpa. Sampailah minggu lepas, Yt ke IOI City Mall. Jumpa dan berkenan dompet ni. Diskaun 50% pulak. Heeee. Pucuk dicita kata orang. Warna pulak begitu. Memang suka sangat lah. 



Semoga tak berulang lagi lah kisah kehilangan begini. Semoga dompet ini bertahan macam dompet sebelum ni yang dah lebih 5 tahun berkhidmat. Sama-sama jua kita beringat kalau kita terjumpa dompet orang tercicir, kita serahkan pada tempat sepatutnya. Fikirkanlah kesian kat orang yang tercicir tu. Dokumen tu yang penting. Duit tu nak ambil, rasanya mangsa macam Yt redha je. Tapi bila part dokumen tu la yang 'sakit'. Sebab bukan senang nak uruskan. Huhu.

Ok lah. Till we meet again~! Hehe.

April 2, 2017

Western Murah dan Sedap di Soru Station

Soru Station, Bandar Sri Permaisuri | Assalammualaikum. Selamat hujung minggu kawan²! Buat apa tu? Hee. Yt tengah menunggu anak² bangun, nak pergi beli barang dapur untuk minggu ni. Memanfaatkan hujung minggu sangat diorang ni. Haha.

Semalam kitorang tak ada idea nak makan apa, teringat dengan Soru Station yang viral tempoh hari. Lokasinya tak jauh dari rumah kami. Sekitar Bandar Sri Permaisuri je kan. Hehe. Korang kalau nak pergi sini tanpa perlu pening nak cari parking, naik LRT pun boleh. Tak jauh pun.

Menu Western di Soru Station
Ada pelbagai pilihan menu kat Soru Station ni. Kitorang pilih Pasta Cream Mushroom, Chicken Chop Blackpepper, Chicken Grill Burger, Teh Ais dan Root Beer. Sepatutnya air tu float tapi encik suami request tak nak. Wuwu.

Pasta Creamy Mushroom
Chicken Chop
Chicken Grill Burger
Haaa close up! Murah ke?? Bagi Yt, murah sangat untuk Western Food dengan kuantiti dan rasanya yang sedap! Jumlah yang dibayar hanya RM22. Murah kan?

Betul ke sedap? Betul! Tak tipu. Encik suami cakap boleh try menu lain lagi lepas ni kalau tak tahu nak makan apa. Haha. Biasalah kadang² kita ni lapar tapi dah tak tahu nak masak apa nak makan apa. Dan Ada masa, tak terasa nak makan yang dimasak sendiri. Wuwu.

Kalau datang ke Bandar Sri Permaisuri, Soru Station is recommended by me untuk korang cuba. Soru Station bukan sebuah kedai. Soru Station adalah 'food truck'. Lokasi berhadapan dengan Maybank Bandar Sri Permaisuri.

Korang search kat FB tu nama Soru Station. Dorang aktif gak update kat FB tu. Senang la korang nak tahu apa² perkembangan terkini termasuk menu² baharu dorang. Hehe.

Sekian, review ikhlas dari Yt.

April 1, 2017

Pekasam Telur Sotong


Pekasam Telur Sotong | Assalammualaikum. Salam hujung minggu kawan². Semoga cuti hujung minggu dipenuhi dengan aktiviti² yang manis serta membahagiakan.

Pernah makan pekasam telur sotong tak? Kalau belum, Yt cadangkan korang cuba la sekurang-kurangnya sekali. Nak tengok, cukuplah sekali atau berkali-kali nak lagi. Gituuuu. Heee.

Pekasam Telur Sotong
Pekasam Telur Sotong sekarang menjadi pilihan ramai selain dari Pekasam Daging. Macam mana Yt tahu? Sebab Yt jual kedua-dua jenis pekasam ini. Hehe. Hot item atau best seller kata orang. Yt akan sebolehnya pastikan pekasam² ini ada dalam stok Yt untuk customer yang nak self collect. Selain dari itu, pre order.

Pekasam Telur Sotong - Menu Bulan Puasa
Cerita Ramadhan tahun lepas. Ada yang belum puasa lagi dah order. Takut tak sempat katanya. Tapi, tindakannya tepat sekali. Sebab di bulan puasa order menderu. Pekasam telur sotong merupakan antara menu popular di bulan puasa. (Siapa nak jadi agen kawasan boleh roger² Yt eh. Eh eh. Iklan pulak haha.)







Cukup tak testimoni yang Yt share ni? Hehe. Kalau rasa tak mencukupi, jom follow ig @pekasamkl atau fb page @pekasam daging dan telur sotong. Himpunan testimoni customer ada disitu. Banyak feedback positif Yt terima, Alhamdulillah.

So, ada yang nak mencuba? Korang jangan malu jangan segan nak whatsapp / dm ig / pm fb Yt. Setiap pertanyaan inshaAllah Yt akan reply secepat mungkin dalam tempoh 24 jam. 

Ok then, till we meet again. Love ya!

Lazada Malaysia Big Baby Fair

Lazada Malaysia Big Baby Fair | Assalammualaikum. Pejam celik dah 1 April dah kita kan? Haaa korang jangan ikut sangat budaya April Fool bagai tu. Tak ada faedah pun. Baik korang join contest Lazada. Kot menang dapat voucher. Haaa gitu. Hehe.

Sebelum Yt cerita panjang, Yt nak uar-uarkan pada korang yang sekarang Lazada tengah mengadakan Lazada's Big Baby Fair yang mana korang boleh dapatkan barang-barang bayi dengan diskaun istimewa sehingga 85%!! Best ke tak best? Cer jawab sikit. Banyak tu 85%. Inilah masanya mak ayah nak berjimat. 

Ok, contest ni memerlukan Yt jawab beberapa soalan dari Lazada. Apa soalan dia?

What is your favourite brand of diapers for your baby?

Ehem! Sekarang Yt dan suami memilih lampin pakai buang jenama Tesco Love yang mana ia mempunyai daya serapan yang tinggi. Kami dah tak pandang yang lain dah sejak berkenalan dengan Tesco Love. Hehe.

What is your favourite choice of baby formula for your baby?

Dah tentu Dugro untuk anak solehah Nur Aflah Dayyina. Anak saya penggemar susu Dugro ni dan tak ada masalah penghadaman / pencernaan. Anak kenyang, saya pun riang. Anak sihat, saya senang. Alhamdulillah. 

Choose 1 product from Lazada Malaysia you'd like to get for your children?

Korang bayangkan apa? Atau apa produk yang korang nak beli dari Lazada ni? Hehe. Yt? Haaa. Yt ni berminat nak dapatkan stroller untuk Aflah. Stroller McLarren tu dah uzur sangat dah. Jadi, nak cari yang ringan dan jenis lipat payung bagi jimat ruang kereta. 

DBL Lightweight Reclinable Folding Umbrella Baby Stroller
Cantik kan warna merah ni? Hihihi. Yang berwarna merah serah je kat Yt, surely Yt suka sebab Yt suka warna merah. Hehehe. 

Folding Umbrella
Haaaa. Nampak tak lipatan stroller yang sebegini boleh jimat ruang. Mudah juga nak lipat. 5 seconds katanya. 

Reclinable Back Rest
Lagi menarik stroller ni boleh laras mengikut kesesuaian dan keselesaan anak kita. Best tak best? Best kannn. Murah pun murah kat Lazada ni. 

Ok lah. Nak sambung belek web Lazada lagi. So, korang jangan lupa tau! Sekali lagi Yt ingatkan; sekarang ada Lazada's Big Baby Fair yang bermula 27 Mac sehingga 2 April 2017. Lazada menawarkan diskaun istimewa sehingga 85% untuk anda. Jangan tunggu lagi. G terjah website Lazada sekarang!

Bye!

Blog design by Rainy Day