March 13, 2017

Premier Suite, The Straits Hotel & Suites

Assalammualaikum. Hai korang. Sihat? Salam Isnin. Semoga semuanya sihat sejahtera dan dibawah rahmat Allah SWT. 

Yt nak review sikit The Straits Hotel & Suites, Melaka yang kami duduk tempoh hari. Sebenarnya, ini kali kedua kami duduk sini. Tapi yang dulu tu Yt tak review lagi. Haha. Mana tah gambar!

Pada asalnya Yt cuma booking Deluxe Room. Nak jimat kan duduk 2 malam. Huhu. Yt seminar kat hotel ni jadi nak mudah booking bilik kat sini juga la. Haaa. Jangan ingat bila Yt g kursus dan family ikut sekali tu PERCUMA tau. Rezeki percuma kalau Yt pergi seorang. Tapi biasanya seminar/kursus memang akan ada pasangan. Bilik dah tentu disediakan. 

Tetapi, masa nak check in nama Yt tak ada malam tu. Sobs! Kami sampai hotel dalam jam 8.30 malam macam tu. Bila check itenary rupanya Yt booking bulan Mac. Gila! Huuu. Dan bila tanya bilik yang available, bilik yang ada cuma Premier Suite. Memang telan ailio. Huhu. Tapi, itu je bilik yang ada bagi dua malam maka mak redha je la. Mak tak boleh claim oi!

Masa urusan tu, Yt cuma niatkan dalam hati untuk keselesaan maksima anak-anak dan juga suami yang jaga anak-anak. Hihi. Memang puas hati la sebab diorang duduk dalam bilik sepenuhnya. Keluar sarapan pagi, mandi pool sekejap dan makan malam. Hahaha. Ok, cuci mata jap ye tengok bilik besar macam rumah ni. Haha. 

 


Haaaa. Masuk bilik je, WOW! Besar haaa. Haha. Masuk je ruang 'dapur' kabinet dia lawa weh dan terus ruang tamu. Macam kebanyakan rumah sekarang. Ruang tamu sekali dapur gitu haaa. Apa tah orang panggil. Studio house ke apa tah. Hihihi. Encik suami pun terkejut ha isteri dia ambil bilik gitu. Realiti kesilapan booking tarikh. Huuuu. Tapi, anak-anak selesa amat. Memang buat macam rumah sendiri lah kata orang. Hoho. 

 


Masuk bilik pulak. Luas juga biliknya. Lebih kurang luas bilik yang Yt duduk sebelum ni. Lagi luas la ruang anak-anak nak bergerak sepanjang hari. Ecececey~ haha.



Almari dia best. Buat lagi best cermin dia besar ha. Puas hati tengok sendiri yang gemuk. Luls.


Premier Suite ada bath tub aka 'kolam kecik' kata anak solehah Nur Arissa Batriesya. Haha. 


Haaaa. Interprem muka anak-anak solehah sikit. Hehe.



Haaaa. View dari balcony depan dan bilik. Premier Suite ni menghadap bandar (City View). Luas sikit pemandangan orang kata kalau tarik langsir tu. Hoho. 

Overall memang puas hati dengan bilik dia. Cuma yang kurang best adalah breakfast kat situ. Dulu pun macam tu. Ingatkan dah improve la tapi rupanya tidak. Makanan dan minuman tak refill sedangkan orang ramai. Haaa gitu. Lepas tu meja pun lambat diorang nak kemas semula. Eh, diorang memang kena improve banyak la service breakfast tu. Huhu.

Swimming pool ada. Cuma kelemahannya tak ada swimming pool untuk budak-budak. Jadi, bertabahlah mak ayah bawa anak mandi kolam dewasa. Hehe. Kami selalu risau dengan anak solehah Nur Aflah Dayyina sebab dia sangat berani. Dia boleh selam kepala dia masuk air acah-acah dia tu pandai berenang tak mau masuk pelampung. Huuuu.

Okay then, till we meet again! Heee.

No comments

Post a Comment

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day