March 24, 2017

Makan Malam di Medan Ikan Bakar, Muara Sg. Duyung, Melaka

Assalammualaikum. Hai korang. Salam Jumaat. Semoga sihat dan ceria selalu hendaknya. :)

Hujung bulan lepas, Yt seminar kat Melaka. Ala.. Yang Yt cerita Yt salah booking tarikh hotel tempat seminar tu. Huhu. Tak baca lagi? Klik je SINI. Hehe.

Kat Melaka ni selain asam pedas, Yt memang aim for seafood. Tak pernah lagi try restoran seafood yang lain sebab setakat ini, Medan Ikan Bakar Muara Sg Duyung ni tak pernah mengecewakan. Tak ingat dah berapa kali pergi. Ada 3 atau 4 kali kot. 

Untuk memenuhi selera anak teka 4 orang walaupun sebenarnya hanyalah 2 orang. Haha. Jadi, kuantiti yang kami order adalah 'comel' belaka. Luls.

Seekor Ikan Siakap Goreng

Kuah 3 Rasa
Minta kuah asing sebab mengenangkan anak-anak solehah dua orang tu kan.

500 gram Pepahat Masak Cili

1 ekor Sotong Goreng Tepung

5 ekor Udang Masak Asin
Haaaa. 'comel' kan order kami. Hhaha. Berjaya dihabiskan dengan penuh ketabahan. Serius kenyangnyaaaa! Maknanya lepas ni kena order lagi 'comel' dari ni. Hihi. Tak elok membazir. Tak nak geng syaitan. Hehe. Kalau bawa balik pun belum tentu nanti selera nak makan. Huuuu. 

Kos? RM101 termasuk sebungkus nasi lemak Arissa, 4 pinggan nasi dan segelas teh ais. Murah tak murah? Haaa bagi Yt murah. Seafood kan. Yt kalau rasa nak makan seafood memang make sure cash mencukupi. Tak ada la main redah kedai, terus ambil seketul ketam. Oh NO! Haha. Takut tak cukup duit. Haha.

So, korang kalau ke Melaka nak makan seafood; Medan Ikan Bakar Sg. Duyung is recommended!

No comments

Post a Comment

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day