Pages

Apr 1, 2017

Lazada Malaysia Big Baby Fair

Lazada Malaysia Big Baby Fair | Assalammualaikum. Pejam celik dah 1 April dah kita kan? Haaa korang jangan ikut sangat budaya April Fool bagai tu. Tak ada faedah pun. Baik korang join contest Lazada. Kot menang dapat voucher. Haaa gitu. Hehe.

Sebelum Yt cerita panjang, Yt nak uar-uarkan pada korang yang sekarang Lazada tengah mengadakan Lazada's Big Baby Fair yang mana korang boleh dapatkan barang-barang bayi dengan diskaun istimewa sehingga 85%!! Best ke tak best? Cer jawab sikit. Banyak tu 85%. Inilah masanya mak ayah nak berjimat. 

Ok, contest ni memerlukan Yt jawab beberapa soalan dari Lazada. Apa soalan dia?

What is your favourite brand of diapers for your baby?

Ehem! Sekarang Yt dan suami memilih lampin pakai buang jenama Tesco Love yang mana ia mempunyai daya serapan yang tinggi. Kami dah tak pandang yang lain dah sejak berkenalan dengan Tesco Love. Hehe.

What is your favourite choice of baby formula for your baby?

Dah tentu Dugro untuk anak solehah Nur Aflah Dayyina. Anak saya penggemar susu Dugro ni dan tak ada masalah penghadaman / pencernaan. Anak kenyang, saya pun riang. Anak sihat, saya senang. Alhamdulillah. 

Choose 1 product from Lazada Malaysia you'd like to get for your children?

Korang bayangkan apa? Atau apa produk yang korang nak beli dari Lazada ni? Hehe. Yt? Haaa. Yt ni berminat nak dapatkan stroller untuk Aflah. Stroller McLarren tu dah uzur sangat dah. Jadi, nak cari yang ringan dan jenis lipat payung bagi jimat ruang kereta. 

DBL Lightweight Reclinable Folding Umbrella Baby Stroller
Cantik kan warna merah ni? Hihihi. Yang berwarna merah serah je kat Yt, surely Yt suka sebab Yt suka warna merah. Hehehe. 

Folding Umbrella
Haaaa. Nampak tak lipatan stroller yang sebegini boleh jimat ruang. Mudah juga nak lipat. 5 seconds katanya. 

Reclinable Back Rest
Lagi menarik stroller ni boleh laras mengikut kesesuaian dan keselesaan anak kita. Best tak best? Best kannn. Murah pun murah kat Lazada ni. 

Ok lah. Nak sambung belek web Lazada lagi. So, korang jangan lupa tau! Sekali lagi Yt ingatkan; sekarang ada Lazada's Big Baby Fair yang bermula 27 Mac sehingga 2 April 2017. Lazada menawarkan diskaun istimewa sehingga 85% untuk anda. Jangan tunggu lagi. G terjah website Lazada sekarang!

Bye!

No comments

Blog design by Rainy Day