March 23, 2017

Lazada Birthday Blogger Contest

Assalammualaikum, hai korang! Semoga semuanya sihat sejahtera dan ceria selalu. Hari ni Yt nak join contest dari Lazada bersempena dengan 5th Birthday Lazada Surprise! 

Korang pengunjung setia Lazada tak? Heee. Kami suami isteri pengunjung setia tau. Kalau poket tak berapa nak ada isi je kitorang pejamkan mata dari nak tengok Lazada. Kalau tengok pun, kami berangan dalam hati nak itu nak ini. Haha.


What do you love about Lazada Malaysia? 

Ehem! Nak jawab apa ni hah? Nak jawab apa? Heeee. Apa yang Yt suka / sayang Lazada adalah kerana kebiasaannya harga yang ditawarkan di Lazada jauh LEBIH MURAH berbanding dengan harga di pasaran. Super sayang bila Lazada buat SPECIAL SALES seperti 5th Birthday ni. Harga yang ditawarkan berganda murah. Siapa tak suka barang murah? Boleh jimat beli barang lain pulak. Hehehe.

Top three Product picks from Lazada Malaysia (your three favorite products) 

Yeehaaa! Soalan begini yang paling best. Siapa tak suka kalau disuruh pilih 3 produk yang menjadi pilihan hati sekarang. Siapa tahu, dapat salah satu percuma. Ewaaah!

1. Authentic Fossil Large Zip Around Purse (Brown)



Memandangkan dompet Yt yang hilang belum ada pengganti. Makanya, dompet dari Fossil ini telah menawan hati. Bukanlah sebab jenamanya Fossil tetapi kualiti dompet ni yang buat diri jadi lebih tertarik. Produk kualiti tinggi tahan lama walau ganas cara pakainya (Yt le tu sejenis ganas haha). 

2. Philips Pressure Cooker Electric


Haaa. Sebagai seorang mak yang bekerjaya, masa amat singkat dan berharga untuk Yt. Balik kerja Yt sedaya upaya menyediakan makan malam untuk suami dan anak-anak walau penat macam mana sekalipun. Dengan pressure cooker Yt boleh jimat banyak masa memasak dan boleh layan serta homeschooling anak-anak.

3. STAMIDA Mechanical Treadmill Running Machine


Sebagai seorang mak kepada dua anak masing-masing berusia 5 dan 2 tahun, Yt memang tak berdaya nak bersenam di taman rekreasi. Kebiasaannya Yt akan 'bersenam' mengikut anak-anak berlari ke sana sini. Jika ada treadmill, Yt boleh berlari bersama anak-anak dalam rumah. Tak perlu risau anak kena culik dan sebagainya. Boleh juga berpeluh.

How do you think Lazada Malaysia can improve? 

Jujurnya Yt tak pernah mengalami masalah semasa membeli di Lazada. Yt dah beli 2 biji handphone, oven dan steamer tahun lepas. Itu barang-barang besar la kata orang. Heee. Bagi Yt, dari segi pages semasa searching sepatutnya diberi pilihan julat. Contoh yang sedia ada 1 hingga 5 dan mulai 6, pelanggan perlu klik satu persatu sehingga page ke 100 contohnya. Membuang banyak masa dan buat pelanggan jadi bosan.

Yt pernah terdengar masalah postage dari kawan-kawan. Untuk itu, Lazada perlu ambil tindakan terhadap perkara sebegini. Ada yang menunggu lebih seminggu. Jika rak improve, dikhuatiri pelanggan boleh lari. Tak gitu?

What is your birthday wish to Lazada Malaysia? 

Alright. Happy Birthday Lazada Malaysia!!! Semoga terus maju ke hadapan, menjadi pusat pembeli utama rakyat Malaysia yang sentiasa menawarkan harga murah-murah buat semua! Semoga produk yang ditawarkan lebih meluas seperti kereta, contohnya. Contoh ye contoh! Hehe. Semoga terus menjadi pusat membeli belah kami yang MACAM-MACAM ADA!

Ok then, till we meet again. Good luck everyone! Thanks Lazada! 

No comments

Post a Comment

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day