March 24, 2017

Makan Malam di Medan Ikan Bakar, Muara Sg. Duyung, Melaka

Assalammualaikum. Hai korang. Salam Jumaat. Semoga sihat dan ceria selalu hendaknya. :)

Hujung bulan lepas, Yt seminar kat Melaka. Ala.. Yang Yt cerita Yt salah booking tarikh hotel tempat seminar tu. Huhu. Tak baca lagi? Klik je SINI. Hehe.

Kat Melaka ni selain asam pedas, Yt memang aim for seafood. Tak pernah lagi try restoran seafood yang lain sebab setakat ini, Medan Ikan Bakar Muara Sg Duyung ni tak pernah mengecewakan. Tak ingat dah berapa kali pergi. Ada 3 atau 4 kali kot. 

March 23, 2017

Lazada Birthday Blogger Contest

Assalammualaikum, hai korang! Semoga semuanya sihat sejahtera dan ceria selalu. Hari ni Yt nak join contest dari Lazada bersempena dengan 5th Birthday Lazada Surprise! 

Korang pengunjung setia Lazada tak? Heee. Kami suami isteri pengunjung setia tau. Kalau poket tak berapa nak ada isi je kitorang pejamkan mata dari nak tengok Lazada. Kalau tengok pun, kami berangan dalam hati nak itu nak ini. Haha.

March 22, 2017

Saya Jual Pekasam Daging dan Telur Sotong

Assalammualaikum. Hai kawan-kawan! Sihat ke tu? Didoakan semoga semuanya sihat sejahtera serta ceria selalu. Dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.

Tajuk tu dah straight to the point. Hehe. Hebahan dari Yt sendiri untuk semua yang bahawasanya Yt merupakan seorang penjual pekasam. Bila sebut pekasam, Yt jamin ramai kawan-kawan terus membayangkan pekasam ikan. Betul tak? Yt dulu pun macam tu. Tapi, sejak tahun 2014 semua tu berubah. Pada tahun tersebut Yt pertama kali makan pekasam daging dan terus jual pekasam daging.

March 13, 2017

Premier Suite, The Straits Hotel & Suites

Assalammualaikum. Hai korang. Sihat? Salam Isnin. Semoga semuanya sihat sejahtera dan dibawah rahmat Allah SWT. 

Yt nak review sikit The Straits Hotel & Suites, Melaka yang kami duduk tempoh hari. Sebenarnya, ini kali kedua kami duduk sini. Tapi yang dulu tu Yt tak review lagi. Haha. Mana tah gambar!

Pada asalnya Yt cuma booking Deluxe Room. Nak jimat kan duduk 2 malam. Huhu. Yt seminar kat hotel ni jadi nak mudah booking bilik kat sini juga la. Haaa. Jangan ingat bila Yt g kursus dan family ikut sekali tu PERCUMA tau. Rezeki percuma kalau Yt pergi seorang. Tapi biasanya seminar/kursus memang akan ada pasangan. Bilik dah tentu disediakan. 

Blog design by Rainy Day