February 3, 2017

Ulangtahun Kelahiran Ke-5 Nur Arissa Batriesya

Assalammualaikum. Salam Jumaat. Penghulu segala hari. Malam² je la rasanya Yt dapat nak 'simpan' cerita dekat sini. Untuk bacaan akan datang, inshaAllah. Hehe.

Throwback sikit, 25 Jan yang lalu. Genap 5 tahun anak solehah Nur Arissa Batriesya. Sobs sobs. Anak dah besar. Tahun ni sambutan untuk dia berbeza. Dia dah faham dah nak sambut birthday dengan kawan², peluang mak nak cuti² melayang oi. Hahahaha. So, kita happykan dia dengan sambutan di sekolah. Simple je.


Sambutan Hari Lahir Ke 5 Tahun

Bekalkan sebiji kek, brownies 48 ketul dan 24 goodies pack. Dah maklumkan kat cikgu dia seminggu sebelum. Awal pagi hantar ke sekolah terus serahkan kek dan goodies kat cikgu. Lupa nak ambil gambar dia seorang pagi tu, Yt request cikgu amik gambar dia seorang. Hahaha.


Sambutan Hari Lahir di PASTI

Haaa ni kawan sekelas dia; 5 Al Farabi. Ada 22 orang murid soleh serta solehah yang kacak dan cantik belaka. Nampak gaya anak solehah Yt tu? Hihihi. Kemain lentok dia ha amik gambar dengan kawan².


Choc Indulgence by Secret Recipe

At first, Yt acah nak buat sendiri. Hahahaha. Sekali haaa. Buat kat Secret Recipe. Aduhai.. Gula icing dengan krimwell tu bila la nak buat. Hihi.


Brownies

Haaa brownies ni adik Yt tlg buat. Dapat 48 ketul. 2 loyang. Tq Khai bagi resepi brownies ni. Sedap! Chewyyy.


Goodies Item Ikea

Haaa ini pula goodies item ikea yang menarik perhatian ramai tu. Hihi. Set pinggan, cawan, sudu dan garfu serta sebiji kek apollo. Kos 1 pack ni dalam RM2.70. Lagi selamat dan lega bagi goodies begini berbanding jajan. Moga bermanfaat la untuk anak².


Nur Arissa Batriesya, tiada lain mak doakan. Semoga Allah permudahkan segala urusan mu anak untuk kebahagiaan dan kejayaan dunia akhirat. Aamiin.


3 comments

  1. Salam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog nie. :)

    ReplyDelete
  2. selamat menyambut hari lahir Arissa. be a good girl, ok?
    abam kie folo sini ye? no 352. tq.

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day