February 2, 2017

[Review Filem] XXX: The Return Of Xander Cage

Assalammualaikum. Hai semua. Yt update lagi ni! Hihi. Hari ni Yt dan suami cuti sebab petang; 3.30pm appointment budak² ni masing² 5 tahun dan 1 1/2 tahun di KKIA. Ambil la peluang 'dating' beberapa jam.

Hari ni kami tengok filem XXX: The Return if Xander Cage. Yt kalau boleh nak tengok Resident Evil tapi tayangan 11 malam je kat TGV Sunway Velocity tu. Suami Yt yang tahu tentang cerita ni. Yt. Zero. Nasib baik best. Boleh layan. Haha.


Vin Diesel

Filem ni dibintangi oleh hero dan heroin cerita omputih, cina dan hindustan; Vin Diesel (Xander), Donnie Yen (Xiang) dan Deepika Padukone. Hero utama dah tentu la Vin Diesel.

Satu kotak yang mempunyai kuasa (Pandora's Box) telah dirampas dari kerajaan oleh satu kumpulan yang sangat hebat. Atas sebab itu, pihak kerajaan mencari Xander yang dipercayai boleh bersaing dengan kumpulan tersebut. Xander akhirnya memilih untuk berjuang untuk negara, membantu kerajaan mendapatkan semula Pandora's Box.

Kisahnya ada satu team yang dinamakan Triple X yang telah dilatih dengan jayanya secara berasingan. Xander merupakan salah seorang darinya. Xander bersama team yang dia pilih sendiri menjejaki kumpulan tersebut di Filipin. Dan rupanya ahli kumpulan itu juga adalah dari team Triple X namun punya matlamat yang berbeza dengan Xander.


Donnie Yen

Bila dah berjaya dapatkan Pandora Box, rupanya Xander dipergunakan. Dia ditembak. Tapi hero mana boleh mati wei.  Semua geng Triple X hidup walau kena serangan bertubi-tubi oleh tentera kerajaan. Akhirnya diorang pecahkan Pandora Box tu supaya tak ada siapa yang boleh berkuasa dengan Pandora Box.

Mesti korang tertanya-tanya apa hebatnya Pandora Box. Kan? Hehe. Pandora Box ni macam satu kotak hitam yang boleh mengakses sekuriti dan mengawal satelit. Boleh jadikan satelit tu sebagai senjata peperangan dengan menjatuhkannya. Sebab tu la nak sangat Pandora Box tu.


Deepika Padukone

Apa yang boleh Yt boleh katakan filem ini menunjukkan betapa kuatnya sebuah perjuangan dalam satu kumpulan, semangat setiakawan dan pengorbanan untuk negara. Namun, ia turut diselitkan dengan mesej bahawa kita tetap turut berhati-hati walau dengan seseorang yang dipercayai oleh seluruh rakyat (cerita ni la). Pengorbanan yang boleh memakan diri. Mengakui patriotik tapi sebenarnya semata-mata kepentingan diri.

Sekian, review dari seorang mak. Haha. Tak rugi korang kalau nak pergi tengok.


Lepas ni tak tau la bila pulak nak dating. Appointment anak solehah Nur Aflah Dayyina bulan 5 nanti. Jadi, 3 bulan lagi la kot. Haha. Alhamdulillah, syukur nikmat. Moga Allah sentiasa memberi rahmat.


1 comment

  1. sweet sgt nih..hehe.eh tak komen pun pasal cite tu..hoho.

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day