February 1, 2017

Resepi Asam Rebus Ikan Ala Kuah Laksa

Assalammualaikum. Hai korang. Sihat? Kami cuti Hari Wilayah hari ni. Tak tahu nak kemana nak makan apa, makanya anak tekak mereka la nak makan makanan yang mak mentua pernah masak. Hehe.

Hari tu mak mentua masak ikan kembung. Cara masak tu macam asam rebus tapi ada daun kesum dan bunga kantan. Mak cakap, macam laksa tapi ikan tak blend. Mak nak hirup kuah katanya. Tapi Yt pun join hirup sekali. Sedapppp. Hahaha.

Makanya, semalam buatlah juga tapi guna ikan kerisi. Kurang kick! Kena ikan kembung jugak. Laksa mana ada orang guna ikan kerisi. Yer dak? Hahaha. Eh! Ke ada? Hoho. Meh nak share sikit bahan² dan caranya. Mudah saja.


Bahan tumbuk / kisar

Bahan untuk tumbuk atau kisar:
Cili masak
Cili merah
Cili hijau
Bawang merah
Belacan


Bahan rebus

Bahan-bahan lain:
Bunga kantan
Daun kesum
Asam keping
Serai


Cara masak asam rebus

Caranya mudah aje kawan²;
Masukkan aje semua bahan yang dah kisar dan segala dedaun serta bunga ke dalam air rebusan.
Didihkan sampai bunga kantan layu.
Kemudian, baru masuk ikan.
Perasakan dengan garam.
Siap!


Asam Rebus Ikan Kerisi ala Kuah Laksa

Gitu haaa nama resepi. Hahaha. Sedap weh hirup kuah dia. Macam rasa kuah laksa. Sebab bunga kantan dan daun kesum tu kan. Makan memang 'nasi banjir' gitu. Hehe.


Menu tengahari ringkas

Inilah juadah kami di hari cuti wilayah. Simple tapi.. Nasi bertambah-tambah. Luls. Yt ler tuu. Heeee. Kat tepi tu bubur dan bone broth untuk anak solehah Nur Aflah Dayyina. Dia tengah tak sihat kan.

Okay then, till we meet again.


No comments

Post a Comment

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day