February 21, 2017

Percutian Riang Ria di First World Hotel

Assalammualaikum. Hai korang! Sihat? Moga semua yang singgah disini sihat sejahtera dan dirahmati Allah AWT. Bulan depan cuti sekolah kan? So, musim cuti sekolah yang akan datang ni, dah ada ke yang plan nak pergi mana-mana? Atau belum ada plan apa-apa lagi?

Haaa. Kalau tak ada idea nak pergi mana-mana lagi, apa kata korang usha Genting Highland. Mesti ada yang kata, apa je la yang ada kat Genting Highland tu. Haish! Macam-macam ada kat situ sekarang ni. Korang je yang lama dah tak naik. Hehe. Meh Yt kongsi sikit tentang Genting Highland kat korang yang masih belum nampak apa yang menarik di Genting Highland. First of all, apa yang korang wajib tahu ialah; Genting Highland terletak di negeri Pahang Darul Makmur. 

Genting Highland
Terdapat pelbagai tempat menarik kat Genting Highland ni tau. Antara tempat yang popular di kalangan pengunjung ialah Genting Highlands Strawberry Leisure Farm. Kat sini korang boleh petik strawberry segar direct dari ladang. Korang boleh makan ice cream strawberry handmade dan juga boleh minum teh strawberry sekali. Best tak best? ;)




Selain tu, buat korang yang terasa macam nak pergi Cameron Highland dan pada masa yang sama nak juga pergi Genting Highland. Haaaa... jangan risau sebab kat sini ada Mini Cameron Highlands Garden. Jadi, korang boleh la datang singgah sini untuk shopping sayur-sayuran yang segar macam di Cameron Highland nun. Bukan itu sahaja, sebelah Mini Cameron Highland ada Western Food & Steak Restaurant. Dengan cerita, makanan western kat situ sedap. Korang try tau! 




Ok lah. Asyik cerita pasal tempat menarik je kan, jom kita explore sikit tempat penginapan kat Genting Highland ni. Kalau korang nak booking and cari hotel kat Genting Highland ni, korang boleh try search kat Traveloka. Kat situ ada banyak list of hotels yang boleh korang usha mengikut budget dan keselesaan korang. Antara hotel yang best untuk menginap kalau korang ada kat Genting Highland ialah First World Hotel yang awesome. Hotel bertaraf 3 bintang ni antara hotel yang terbesar di dunia kerana memiliki sebanyak 7351 buah bilik. Besar kan? Hotel ni ade banyak type of bilik, dan yang paling famous ialah Y5 Triple room, Superior Deluxe room, dan World Club room. 

Superior Deluxe Room

World Club Room

Y5 Triple Room

Tapi yang paling bestnya pasal First World Hotel ni adalah, dia ada Indoor Theme Park! Theme park ni terletak di bawah First World Hotel dan dikenali sebagai First World Plaza. Korang boleh check in masuk hotel and terus bawa family main-main kat theme park kat sini. Macam-macam jenis permainan ada such as Reindeer Cruiser, Vision city, Fantasy World, Fun land and many more. Selain itu, bagi korang yang tak nak pergi indoor theme park pun tak de hal, dah nama pun plaza kan, of course la ada tempat nak shopping bagai.

Funtasy World

Reindeer Cruiser

Vision City

Bukan tu je tau! Korang boleh jalan-jalan sambil menikmati setiap suasana ruang yang menarik terdapat di First Wolrd Plaza ni. Plaza ini dibahagikan kepada beberapa sayap yang menggambarkan destinasi pelancongan yang terkenal seperti Paris, Venice, Times Square, Universal Walk, Swiss Alps, Champs-Élysées dan mereka sendiri Genting Walk. Siap ada perkhidmatan gondola bagai, so terasa la ala-ala seperti ada di Venice.



Orait, tak complete pulak rasanya kalau tak cerita tempat makan mana yang best dekat First World Hotel ni macam yang Yt cakap kat atas tadi, kat bawah hotel ni ada First World Plaza kan. So, kat sini ada satu tempat makan yang sedap dan best namanya The Food Factory, terletak di tingkat 3 dalam First World Plaza sendiri. Korang cakap je nak makan apa kat situ, macam-macam ada! Dia buat buffet style. So ade dua session; sama ada korang nak msuk waktu time breakfast dorang da start bukak daripada pukul 6.00am – 11.00am. Then after that, dorang da start for next session which is tea time, from 1.00pm to 5.00pm. 




Jadi, kesimpulannya ialah memang tak rugi kalau korang menginap di First World Hotel ni. Ianya sangat worth it, dan yang paling best semua orang akan pulang dengan memori yang seronok dan juga gembira! Tak gitu? Semoga entri ini dapat membantu meleraikan kesusutan dan kebuntuan korang memikirkan aktiviti di musim cuti sekolah akan datang.

No comments

Post a Comment

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day