January 30, 2017

Resepi Ayam Masak Kurma

Assalammualaikum. Hai korang. Sihat? Buat apa cuti² ni? Kami dok bergolek kat rumah je ha.. Hehe..

Ayam Masak Kurma

Hari ni Yt masak AYAM MASAK KURMA. Pertama kali nak cuba masak. Dan tiba² hari ini dapur Yt complete rempah ratus; jintan manis, jintan putih, bunga lawang, kayu manis, lada hitam. Hahaha. Sebab apa? Sebab Yt rujuk resepi Ayam Masak Kurma dari Che Mat Gebu. Namun begitu, ada juga bahan yang tertinggal. Antaranya bunga cengkih dan daun kari. Hahaha.

Ok, meh nak share bahan Yt guna tadi;
Ayam semangkuk (potong kecik²)
2 - 3 sudu besar rempah kurma (Yt guna rempah Mak Siti)
2 biji kentang (potong empat)
1 biji lobak merah (potong baji)
1/2 kotak santan M&S
2 cubit lada hitam dah kisar
1 sudu besar kerisik
1 keping asam
1 cili merah
1 sudu planta
1 sudu gula melaka
Garam

Bahan tumis:
1/2 bawang besar (hiris nipis)
2 bawang putih (hiris nipis)
1 cubit jintan manis
1 cubit jintan putih
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga 

Bahan kisar:
1/2 biji bawang besar
3 biji bawang merah
2 bawang putih
1 inci halia muda
1 keping lengkuas

Caranya mudah je, macam masak kari kot. Hihihi.

1. Bahan yang kisar tadi, kita masukkan rempah kurma dan lada hitam. Kita gaul rata buat jadi pes. Letak tepi.
2. Tumis bahan² untuk ditumis tadi sampai la bawang layu, kemudian masuk pes tadi dan masak hingga pecah minyak. Api kecil dan gaul selalu ye kawan².
3. Kemudian, kita masukkan ayam, kentang dan lobak merah. Dah ayam kecut, kita masukkan air bagi sama paras. Kemudian biarkan sehingga ayam, kentang dan lobak empuk.
4. Dah empuk semuanya, kita masukkan santan, kerisik, asam keping dan cilierah. Gaul rata. Kemudian masukkan gula melaka, garam, dan perasa.
5. Siap makan dengan nasi panas! Auuummmmmm!! Hehe.

Gandingan Lauk Ayam Masak Kurma

Haaaaa. Kami gandingkan ayam masak kurma dengan sayur campur serta ulam timun. Syiokkk makan. 

Sedap tak? Hahaha. Malu pulak nak cakap sedap. Luls. Sebenarnya Yt jarang makan masak kurma, jadi Yt tak leh bayang pun rasa kurma Yt tu menjadi tak. Tapi kalau makan bertambah terutamanya encik suami dan si anak solehah sulung. Mak boleh perasan sedap la. Hahaha.

Nak resepi lengkap, korang tengok kat blog Che Mat Gebu tau -  Ayam Masak Kurma klik ke link ni. Heee. 

Yt ni tak pandai masak sangat. Sentiasa nak cuba belajar. Lain orang lain bakat, dan lain minat. Jadi, Yt ni pun nak cari bakat kemahiran sendiri. Kot la tanpa sedar sebenarnya ada bakat buat kek lapis cecantik kan. Hahaha. 

Ok, sekian. Happy Chinese New Year kawan² dan Happy Holiday too.

1 comment

  1. suka makan ayam masak kurma tapi x pandai masak..hihihi

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day