January 31, 2017

Pantang Ke?


Assalammualaikum. Hai korang. Ada yang kerja tak hari ni? Yt kerja. Hehe. Tak tahu kenapa kali ni tak ada perasaan sangat nak ambil cuti sambung². Dan tak tahu juga kenapa rajin pula nak berkongsi kat sini. Moga² istiqamah lah hendaknya. Hihi.

Ermm. Yt tak ingat bila Yt betul² pakai stoking kaki. Lambat nak sedar. Huhu. Rasanya dalam 4/5 tahun kebelakangan ni. Sarung tangan pula 3/4 tahun kebelakangan. Akil baligh pada usia 15 tahun. Wuwuwu. Ampunkan aku Ya Allah. 

Nak start pakai stoking ni tahu tak apa yang selalu racun dalam otak. Pandangan orang. Tak leh blah kan? Konon nanti orang kata Yt ni alim la warak la. Ceh! Syaitan memang suka la hasut. Kadang² boleh terfikir segan. Haih! Walhal tu semua aurat yang wajib tutup. Pandangan Allah tu yang kita damba. Pastu belum lagi acah² muda belia sedangkan ajal tak kita tua ka muda. 

Cuma sejak lebih 1 tahun lepas kot Yt pilih nak guna stoking lelaki. Yt lebih selesa sebab tebal. Kalau boleh bila keluar pergi mana² memang pakaian ready solat. Baju xxl (mak gemuk dah), seluar loose / skirt, tudung dah paras sepatutnya dan stoking tebal. Kalau pakai stoking Yt sendiri nampak lagi jari kaki disebalik kain tu. Yt yang terasa was was. Huuu. Sebab tu Yt selesa lagi pakai stoking lelaki dan juga satu lagi stoking khusus untuk wanita; stoking soka. 

Husband bff Yt dua kali tegur bila dua kali bertemu. Pantang ke? Haha. Kata isterinya sebab dia rasa pelik sebab Yt pakai stoking tebal. Yang mana selalunya wanita pakai masa dalam pantang. Hihihi.

Stoking Kaki

Memang nampak tak cantik. Tapi disitu keyakinan Yt untuk rasa betul cover aurat. Lagipun, Yt selalu pakai kasut bertutup. Jadi inshaAllah tak la jelas sangat di pandangan orang sampai timbul rasa pelik macam husband bff Yt tu. Hahahaha.

Banyak lagi yang perlu diperbaiki. Slowly but surely. Semoga Allah terima dan Yt istiqamah. Sekadar berkongsi rasa. Mungkin ada yang berperasaan sama macam Yt dan tak tahu nak cari stoking apa, boleh pakai stoking lelaki juga. Hehe. 

Saya doakan semoga semua yang ada singgah blog saya ini juga sepenuhnya tutup aurat mengikut tuntutanNya. Kewajipan kita. Aamiin.

1 comment

  1. Allah..bila Yati cerita ni, kita pun recall balik kisah stokin ni. Bila ingat balik, mcm ada satu perasaan sayu dlm hati.. Teringat sblm pakai stokin dulu, ada sekali husband pernah tanya masa otw husband hantar ke pejabat. Simple je soalan dia. Mana aurat perempuan sebenarnya? Confident je masa tu jawab, kecuali muka dan tapak tangan lah. Tak terfikir pun mase tu pasal kaki yang tak bersarung tu, pakai sandal je masa tu..

    Masa pregnant anak kedua baru datang seru. Somehow, sy gunakan peluang tu untuk cuba istiqamah. Bermula dari pantang, saya biasakan pakai stokin, dan mula pakai handsock. Even dah habis pantang pun, saya masih paksa diri berstokin. Bila masuk kerja, ramai juga yang tegur kenapa berstokin? Pantang lagi ke? Kebetulan office memang sejuk teramat aircond nya, saya iye kan je. Lama2 takde dah yang bertanya dan sy makin selesa berstokin & handsock. Ada satu masa, stokin saya tak match, dah dalam kereta baru perasan. Adoiilaa. Masa tu pinjam stokin husband yang ada dalam kereta. Sejak tu sampai sekarang, sy dgn husband kongsi stokin. sebab sy rasa stokin lelaki lebih selesa, tinggi dan tebal. So sekarang kalau shopping men's socks, kena beli extra..hihi..

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day