January 9, 2017

Cuti² di Port Dickson (3 hari 2 malam)

Assalammualaikum. Hai korang. Pembuka cerita di tahun 2017 ialah - percutian singkat di Port Dickson. Hehe. Semoga ia satu permulaan yang baik untuk lebih banyak lagi cuti² tahun ni. Hahaha.

Cuti² ke Port Dickson
Kali ini cuti² kami ditemani oleh adik Yt. Hehe. Dia kan tolong jaga mek Aflah tu. Jadi, inshaAllah dia akan terus stay sini cari kerja disini. Semoga murah rezeki adik. Aamiin.

Hari pertama:

Kami gerak dari rumah jam 9 pagi pada 1 Jan. Sebenarnya, perancangan asal tu pada 2 Jan tapi last minute terasa nak pergi awal sehari. Puas sikit. Kononnya.. Haha.

3D Alive Art Gallery
Galeri Seni 3D
Sampai² je kami terus sarapan pagi di Sukand's Food Junction. Sarapan pagi nasi ayam, mi kari bagai uols. Haha. Yt selit² tumpang makan sana sini. Then kitorang terus ke 3D Alive Art Gallery. Harga tiket adalah RM25 untuk seorang dewasa dan RM20 untuk seorang kanak-kanak. Percuma buat kanak-kanak yang ketinggian di bawah 90cm.

3D Alive Art Gallery Port Dickson
Pada mulanya, anak solehah Nur Arissa Batriesya tak nak singgah. Pengalaman sebelum ni di I-City Shah Alam, berlaku pembaziran sebab semuanya dia takut. Kali ni dah besar, boleh pujuk. Dan bila dah masuk, dia dah boleh faham what should she do and how she should pose. Walaupun still ada adegan berlari sambil nangis bila dia tengok something yang menakutkan dia. Lols.

Grand Beach Resort, PD
Kitorang terus ke Grand Beach Resort. Tak pergi lunch pun sebab masing² kenyang lagi. Settle check in, rehat jap lelap mata. Yt pilih Grand Beach Resort sebab resort ni ada private beach selain dari kolam renang. Bawa budak², mandi manda ni yang aktiviti yang utama. Dalam pukul 5 macam tu baru kitorang ke pantai dan mandi kolam. Anak² la yang paling seronok. Yt pun tumpang peluang release stress dengan swimming. Ceyyy. Macam la terror swim. Haha.

Medan Ikan Bakar MPPD
Malam tu kitorang makan seafood di Medan Ikan Bakar MPPD; Samudra Ikan Bakar. Menu Ikan Siakap Stim & 3 Rasa (seekor ikan dua masakan), Udang Butter Nestum, Sotong Goreng Tepung, dan Sayur Kailan Ikan Masin. Besau² ikan, udang dan.sotongnya. Makanan sedappp! Recommended. Kos keseluruhan termasuk air sirap dan air kosong masing² 1 jug ialah RM144.

Siap boleh tapau bawa balik lauk makan tak habis. Hihihi. Breakfast esoknya Yt dengan adik ratah sotong dan udang tu. Kenyangggg. Hoho.

Hari kedua:

Lepas breakfast, kami ingat nak bawa anak² mandi kolam lagi. Tapi, hujan pulak. Ding dong ding dong. Geng cuti² tiap tahun kitorang masing² dah gerak dari Shah Alam dan Ampang. Jadi, walaupun hujan dah reda kami decide packing dan gerak ke lokasi seterusnya. Cewaahhh.

Muzium Tentera Darat
Kitorang jumpa disini. Muzium Tentera Darat. Hihi. Kalau tanya pada Yt yang tak minat sejarah ni, jalan semata la. Kalau jenis yang minat memang rajin la membaca. Bawa anak dah faham untuk jalan² sambil belajar mesti seronok. Anak solehah Nur Arissa Batriesya memang soalan banyak la. Anak solehah Nur Aflah Dayyina pula banyak larinya. Nasib mak tak kurus je. Ahaha. Masuk sini, percuma.

Nasi Kukus Ayam Panggang - Cowboy Place
Lepas tu kitorang lunch Nasi Kukus Ayam Panggang - Cowboy Place. Kedainya macam warung je. Bau ayam panggang menusuk. Ada juga pilihan sayur goreng; kacang botol, sayur campur dan telur dadar. Untuk kami 7 dewasa dan 5 kanak²; ayam panggang seekor, 10 nasi, 2 telur dadar, 1 sayur, 2 jug air tembikai, 5 sosej, 1 air mineral. Total cost, RM70.

Sedap jugak! Singgah laa kalau pergi PD. Ni terbayang dah ha. Terasa rasa kat anak tekak. Huuu. Tapi nak pergi semata makan tu jauh bebeno. Heee.

RPP - Putri Beach Resort
Settle makan terus pergi ke Rumah Persekutuan Premier - Putri Beach Resort. Ini atas nama encik suami. Kami sampai jam 2, kena tunggu lebih kurang setengah jam juga sebab apartment tak ready lagi. Luas sangat tau apartment ni. Memang seronok kalau bawa family besar stay sini. Apartment 3 bilik.

Kolam pun luas. Ada untuk kanak². Ada untuk dewasa. Ada mini playground juga. Anak² memang suka la. Laut pun dekat juga. Keluar je pagar cuma ia open to public juga. Tapi, kalau nak buat aktiviti laut such banana boat ke, jet ski. Better g pantai teluk kemang. Happening kat situ. Hee.

Pantai RPP Putri Beach Resort
Petang, of course aktiviti bawa anak² mandi kolam dan pantai. Bila lagi nak bagi anak² merasa mandi air laut. Anak² sorang kata masin sorang kata manis. Hahaha. Yt pun rindu berendam dengan air laut tau. Yt belajar berenang kat laut tau. Dulu hantar bapa gi laut, Yt tak balik terus. Terjun dulu dalam air laut. Haha. Haishhh.

Shell Out My Chilli Crab by Safiah
Haaaaa. Makan malam kami special dari My Chilli Crab by Safiah Aziz. Dia bawa siap masak semua dari rumah hari tu. Menu Chilli Crab, Udang Masak Kunyit dan Sotong Kicap. Sedaappp weh! Chilli Crab terutamanya. Dah banyak kali makan Chilli Crab ni, tak pernah sekalipun rasanya memgecewakan. Sama je rasa dari mula² makan dulu. Hoho.

Lepas makan, kami lepak² je.

PD Ostrich Show Farm
Hari ketiga:

Lepas breakfast nasi lemak dan roti canai, kami mak² mengemas. Ayah² bawa anak² mandi kolam. Dan terus check out singgah PD Ostrich Farm. RM15 seorang. Kanak-kanak RM10. Rumput kena beli lain. RM3. Dorang bagi makan kambing, ostrich dan kuda. Hihihi.

Anak solehah Nur Arissa Batriesya pula nak naik kuda. Berani pula dia kali ni. Hoho. RM5 sekali ride tak sampai 5 minit pun. Bolehlah buat merasa tunggang kuda. Selalu nampak kuda je lalu kat DBKL tu. Hehe.

Ostrich Farm ni ok la kalau nak bagi makan ostrich tu. Sebab kalau pergi zoo kita nampak dari jauh je. Kalau nak tengok lagi banyak haiwan better pergi zoo. Tapi, dah alang-alang ke PD kata orang singgahlah tempat² menarik yang ada di PD. Tak gitu? Kitorang pun beli gambar sebab beli 3 jadi RM50. Ngam sangat kami 3 family haa.

PD Famous Cendol Coconut Shake Power
Sebelum berpisah, wajib makan tengahari dulu. Tu haa nama tempatnya panjang. PD FAMOUS CENDOL COCONUT SHAKE POWER namanya. Kat sini beli bayar. Tak boleh nak review cost pulak. Hoho. Ada asan pedas, nasi goreng semua tu, cendol, cucur udang, kuih muih dsb.

Not bad semuanya. Bolehlah singgah. Tempatnya pun luas untuk kita beramai² makan. Harga pun rasanya tak lah mahal. Ok. Biasa².

Lepas tu, semua kembali ke sarang masing-masing. Dan mula la me-reka² nak kemana pula lagi nanti. Hahahahaha.

Piah, He, Ima, dan Faiz; thank you for the great holiday trip. As always! Next, please! Hehehe.

1 comment

  1. meriahnya bercuti yt..btw, gambar 1st tu cantikla yt mekap.. naik seri :)

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day