Pages

Jan 13, 2017

Nak Beli Kereta Baru

Assalammualaikum. Hai korang! Sihat? Moga semua sihat sejahtera selalu. InshaAllah. Aamiin.

Ermmm. Sejak tahun lepas, ada pelbagai jenis model kereta yang keluar kan? Proton pun keluar dua model; Persona dan Saga. Perodua. Honda. Toyota. Sebagai manusia biasa, Yt sendiri tak terlepas dari digoda dengan kehendak dunia. Gituuuu. Hihihi.

Honda CRV
Harga bermula dari RM142,900.

Honda Civic
Harga bermula dari RM113,800.


Toyota Innova
Harga bermula dari RM109,000.

Honda HRV
Harga bermula RM102,200. 

Honda City
 Harga bermula RM76,100.

Haaaa. Kan dah keluar list top 5 kereta yang Yt dok 'riki riki' tahun lepas. Hahaha. Tengok, kemudian fikir juta lemon. Tapi bukanlah tengok siap pergi showroom dia. Huuu. Tak lepaskan peluang kalau ada 'show' kat mall, kami singgah tengok. Tak mampu beli, tumpang duduk kejap merasa pun boleh. Kahkahkah. Ok, gelak buruk. Hihi.

Siapa yang tak ada kehendak? Semua ada kannn. Tapi, masing-masing lain la dia punya kehendak. Sebenarnya, City tu bukanlah dalam list tapi masa tengok-tengok dan kira budget Yt rasa macam City tu pun ok. Jimat. Murah. 

!!!!!TETAPI!!!!!

Lagi jimat sekarang. Tak perlu nak bayar hutang kereta. Tak ada hutang kereta dah. Kenapa nak bazir bayar paling minima RM800 sedangkan kereta yang ada masih elok guna. RM800 tu boleh buat makan macam-macam. Boleh g cuti-cuti. Boleh simpan. Gituuuuuuu. Bayang kalau bayar bulanan RM1,500? Wuuwuuuwuuu. Sayangnya duit.

Apa pun, ia belum menjadi keperluan. Anak pun baru dua orang kan. Muat lagi tiga orang. Kalau tiba-tiba empat orang, bolehlah pertimbang MPV. Heee.

List atas tu, list angan-angan. Kehendak. Nafsu. Tak mustahil jadi kenyataan. Rezeki tu dari Allah SWT. Kot hujung tahun ni tiba-tiba rasa terlebih duit Yt boleh beli. Haha. Btw, tahun 2017 kan. Tahun berjimat. Tahun cari duit lebih. Tahun mencabar. Huhu. Biarlah ada yang berkata-kata 'nama ja officer tapi pakai kereta lama'. Wekkk! Macam la pakai duit dia. Huh! 

Ok ok. Panjang dah merepek. Ni la dia bila diberi sedikit 'me time'. Nak share cerita pun, cerita kehendak. Haha. Adik Yt pesan jangan kenang anak-anak sangat sebab anak solehah Nur Aflah Dayyina malam tadi meragam pukul 3 pagi baru lena tidur. Sobs! Jadi, mak merepek je la sikit. 

Jumpa lagi nanti! 

Semoga rezeki kita semua luas. Dipermudahkan urusan dunia akhirat.

Blog design by Rainy Day