Friday, October 28, 2016

Mandian Herba Murah dan Stoking Pantang Super Selesa

Panjang haaa tajuk entri Yt kali ni. Hehe. Semangat tau nak share dengan korang benda baik benda bagus yang murah. Haaa. Semua kita nak macam tu kan? Barang murah tapi kualiti dan hasilnya superb. Betul tak? Kenyit mata sikit! ;)


Mandian Herba Murah dan Stoking Pantang Super Selesa

Bila sebut mandian herba dan stoking ni, sinonimnya dengan berpantang selepas bersalin kan. Sebenarnya, memang kedai yang jual kedua² item ni fokus adalah kepada ibu berpantang dan bayi. Baca sampai habis tau kalau nak tahu kedai mana. Hehe.

Since Yt bukanlah mak dalam pantang, jadi dua item ni bersesuaian la dengan Yt yang rancangnya dua tahun lagi pantang semula. Haha. Mandian herba ni sesuai untuk kita buat secara berkala untuk apa? Ok jap lagi Yatie cerita kat bawah.


Mandia Herba Murah Yang Best

Mudah je kalau nak mandi herba ni. *sambil petik jari* hahaha. Rebus je korang. Pastu jangan lak mandi air rebusan tu gitu je. Hehe. Dah tentu korang kena campurkan dengan air mandian biasa. Serius! Kalau dapat bath tub mesti bahagia. Hari tu pergi Melaka, hotel ada kolam je. Tak ada bath tub. Kalau tidak, mesti syok berendam. Adududu.

Apa yang best sangat mandi herba ni? Haaa. Ini pengalaman Yt lah ye. Masa pantang hari tu Yt guna mandian herba ni juga lepas sesi 3 hari dengan makcik urut. Yang paling terasa dengan jelas sekali ialah kita rasa SEGAR sangat. Dan kita rasa TENANG. Faham²lah sewaktu pantang dan balik kerja perasaannya bagaimana walau berbeza. Hehe.

Sesuai sangat mandi herba ni buat kita. Minta sedikit ruang dengan suami untuk kita mandi dengan tenang bersama mandian herba ni. Seharian bekerja, tak boleh nak rewards diri sendiri pergi spa bagai (yt la tu haha) jadi mandi herba ni adalah yang terbaik untuk LEGAkan diri dari 'stressful' bekerja. Murah pun murah. Jimat disitu! Hehe.


Mandian Herba Bedung Barut Baby

Mandian herba ni campuran Daun Capa/Sembung, Daun Meringan, Daun Serai Wangi, Daun Cemumar, Daun Pandan, Daun lamuni, Daun Senduduk dan lain-lain. Daun² herba ni semua dah digunakan dari dulu² lagi dan masing² ada khasiatnya tersendiri. Yt ingat lagi masa pantang Aflah, makcik urut tu bawa macam² jenis daun untuk mandian Yt. Hehe. Kesian dia jenuh cari daun² tu semua.


Cara Menggunakan Mandian Herba

Kalau korang tak tahu nak guna macam mana, kat bungkusan ni ada cara²nya. Jadi korang jangan susah hati sangat. Mudah sangat nak guna. Jimat pun jimat sebab satu uncang boleh untuk kegunaan 2-3 kali. Best kan?

Mandian herba ni berfungsi untuk mengembalikan kesegaran dengan mengurangkan sengal pada sendi dan saraf akibat daripada proses kelahiran. Ia juga sangat sesuai digunakan bagi melancarkan peredaran darah serta membuang angin dalam badan serta sebagai aromaterapi untuk menghilangkan stress. Mandian herba ni juga boleh digunakan sebagai persediaan mandian bagi individu yang mengalami demam panas. Lagu best! Ia boleh juga digunakan untuk rendaman kaki. Kenyit mata lagi sekali! ;) Hihi.


Mama Socks Super Selesa

Abaikan budak gendut tu. Haha. Stoking yang Yt pakai tu namanya Mama Socks. Masa pantang budak gendut tu Yt memang pakai Mama Socks ni. Best! Lepas tu ceria je sebab colorful. Hihi. Kalau yang ni warna purple ada strawberry. Socks yang Yt pakai masa pantang dulu dah macam kek lapis. Hihihi.


Stoking Pantang Super Selesa

Tengokk! Colorful kan. Elok pula berpantang di hari raya. Memang terbayang-bayang kek lapis nun kat Sarawak. Haha. Tapi, cerialah hari pantang ku. Tak ada lah stoking hitam, stoking kelabu.

Selain ceria, material mama socks ni best sangat! Lembut. Arissa suka sungguh pegang, usap² haha. Material lembut tapi sedap pakai. Eh macam mana nak cakap eh? Dia 'cover' sejuk kat kaki tu haa. Hehe.


www.bedungbarutbaby.my

Panjang sangat celoteh Yt hari ni kan. Hehe. Haaa. Gambar kat atas tu la website untuk korang beli mandian herba, mama socks, bedung, barut dan macam² lagi keperluan berpantang.

Website: www.bedungbarutbaby.com.my
Instagram: www.instagram.com/bedungbarutbaby


Diskaun 10% untuk 10 Pembaca Terawal

Berita baik! Untuk 10 orang pembaca blog  Yt, korang boleh dapatkan diskaun 10% dengan menggunakan kod "dyatie10". Tetapi! Hanya sah untuk pembelian di website sahaja. Instagram, facebook, whatsapp dan selainnya ada tidak tertakluk ye. Jadi, siapa cepat dia dapat. Ingat! Guna code "dyatie10". Rebut peluang ni tau korang. Item² kat  Bedung Barut Baby ni memang best. Yt memang pengguna sejak pantang anakanda Nur Aflah Dayyina.

p/s doodle comel dari  Sue Haida dan selamat hujung minggu! Selamat bershopping barang berpantang!

Salam sayang,
DYatie ABakar.


Read more>>>

Monday, October 3, 2016

Selamat Ulangtahun ke-30 En. Suami

3 Oktober 2016; Selamat Hari Lahir En. Mohd Fadhlil Rahman Mohd Ali. 

Doa kami semoga  En. Mohd Fadhlil Rahman Mohd Ali;
  • dikurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan,
  • dipanjangkan usia,
  • diluaskan semua pintu rezeki,
  • dipermudahkan urusan dunia akhirat,
  • bahagia dunia akhirat, dan
  • dirahmati Allah SWT.
Semoga segala apa yang diamanahkan, diimpikan, dihajatkan mendapat perkenan dan keredhaan Allah SWT. InshaAllah. Allahhummaamiin.

Abang, semoga terus dikurniakan kesabaran dan kekuatan dalam menjalankan tanggungjawab dalam membina sebuah rumahtangga sakinah, mawaddah, warahmah serta membawa isteri dan anak-anak bersama berada di jalan yang betul dalam perjalanan menuju syurga Allah SWT. 

Tahun ni, Yatie acah-acah buat kejutan sikit. Haha. Konon nak jadi isteri romantik. Lol. Tapi, kalau encik suami tak pernah bercerita berhajat nak membeli Yatie tak akan memandai-mandai. By the way, ni kali pertama Yatie belikan hadiah sebenarnya. Haha. Sebelum ni paling hebat, "jom makan". Tak ada kerja lain kan? Makan. Makan. Makan. Huhu.

Last minute terfikir, Yatie cari balik screenshot yang suami pernah share. Jadi, contact la penjual tersebut. Stok masih ada, Alhamdulillah. COD, Puchong. Pada masa yang sama contact satu surprise planner dengan harapan dia sudi nak ambil barang di Puchong. Willing to pay more kekdahnya. Malangnya, dia tak dapat nak collect hari tersebut. Yatie pula memang rasa benda tu patut bagi hari Khamis. Instinct kot. (Ok, nanti cerita lain). 

So, cancel dan minta penjual untuk direct pos. Ingatkan bolehlah nak request bagi comel sikit. Hahaha. Tapi, tak berdaya dan Yatie request untuk tulis satu nota. Penjual kata ok. Cuma tak boleh nak wrap. Redha. Dengan harapan benda sampai, tak nampak lah sebarang petanda apakah isi dalam kotak. Dan bila penjual whatsapp gambar barang;

ALAMAK! MACAM NI JE? HAHAHA.
Masa tu memang diri sendiri rasa kelakar. Tapi cool lagi. Dah bila petang, baru terfikir macam nanti segan pula lee. Eh, Yatie sendiri pun segan. Sebab barang ni pos kat sekolah dia. Haha. Terbayang orang akan cakap, eh eh macam ni je rupa hadiah. Hahaha. Bila tanya dengan penjual, mula dia kata belum pos. Jadi, Yatie minta tolong buka balik kertas pink tu. Tapi lepas tu dia update, sorry! Mil I salah bagi info. Dah pos. Hahaha. So, mak redha. Mak jawab kat penjual tu, it's ok. we call it as fate. KahKahKah. Mak acah-acah cool gitu. Lolz.

Esoknya barang dah sampai kat suami. Tengahari suami cakap hari ni beliau ambil naik kereta. Yatie buat-buat tanya la kenapa? Haha. Jawabnya; saje.. panas. Haha. 

SURPRISE UNTUK SUAMI
BIKE REPAIR STAND


Katanya, beliau tak sangka langsung dapat benda ni. Hehe. Dan dia dah tahu tu apa. Katanya, takkan la isteri saya nak bagi tempat pegang speaker. Hahaha. Sebab kotak yang uzur tu boleh diintai apakah isinya. Boleh jelas nampak besi. Hahaha. Adoiyai. Orang pejabat pun dok usik katanya. Dah la sekarang diorang dah tak boleh terima parcel. Tiba-tiba dapat parcel gabak. Kecoh la office. Ada pula bertulis 'happy birthday in advanced' makanya bertambahlah kecoh. Hoho. Tapi, biarkan. =P

NOTA PINTU
NOTA DARI SUAMI
Tak cukup di muka buku. Ada pula nota di muka pintu. Haha. Sabar je la. Apa pun, seronok bila beliau seronok dengan apa yang diterima. Apatah lagi kita rasa ianya tak seberapa. Hihihi. Bukan perkara wajib bagi kami, tapi sekali-sekala untuk suka-suka. Mempelbagaikan rencah rasa dalam hidup berumahtangga. Sedikit sebanyak mengumpul sebanyak mungkin saat-saat indah dalam kehidupan untuk dikenang pada masa akan datang.

Abang, sekali lagi. Selamat hari lahir yang ke-30. I love you too..

p/s: siapa-siapa yang terlalu terbaca post mak hari ini.. maafkan mak ye jiwang sikit.. haha..

Kebetulan pula hari ni cuti 1 Muharram jadi kami balik Ipoh. Suami ni sama tarikh lahir dengan ayahnya. Dan juga abang ipar beliau. Hoho. Asalnya perancangan adalah nak sambut birthday yang tarikhnya sama ni tapi bertukar kepada Sept + Oct Birth Date Celebration. (Btw, born ke birth eh? hahaha.) Ramai tau. Abang ipar Yt, suami, ayah, biras Yt, adik ipar Yt dua orang dan anak sedara seorang. Jumlah: 7 orang. Hihihi.

DURIAN CHEESE CAKE 
DAKU SEPERTI BIASA SEBALIK TABIR
4 YANG DIRAI. SEORANG KAT KOLEJ, SEORANG KERJA, SEORANG LAGI SEKSI.
Kalau perasan, anak-anak semua dalam keadaan seksi sebab diorang nak mandi kolam tesco. Haha. Itu yang jadi punca seorang lagi yang dirai tu nampak tangan je tu haa. Dah ready nak mandi masing-masing. Kena warning makan dulu sebelum mandi. Haha.

Sambutan in advance dari tarikh 3hb sebab kami pun nak balik pagi ni dan biras keje juga. Semoga semuanya dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan dunia akhirat dan dirahmati Allah SWT selalu hendaknya. Aamiin.
Read more>>>
"Ya Allah, peliharalah Nur Arissa Batriesya dan Nur Aflah Dayyina, dan sihatkanlah mereka. Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, jadikankah Nur Arissa Batriesya dan Nur Aflah Dayyina sihat dan sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis, dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Amin.

Iklaneka

Popular Posts

Copyright © Kalam D'Yatie Designed by azhafizah.com