Pages

Sep 17, 2016

Rindu?

4.28am; bangun jam 1.37am tadi. Tak terasa nak tidur semula. Entah. Rindu barangkali. Rumah kembali sunyi. Mak bapak dah balik Sarawak jam 3.25pm semalam. Tadi sebelum tidur kakak nangis. Rindu katanya. Sobs.

Rezeki masing-masing kan? Ada yang duduk dekat dengan mak bapak. Ada yang duduk jauh. Ada yang duduk negeri lain. Ada yang duduk negara lain. Tak kira dekat mahupun jauh, apa yang paling penting adalah jangan pernah putus mendoakan kesejahteraan mak bapak dunia akhirat.

Aku selalu terkenang dan mengenang. Sambil mengingatkan sesama sendiri terutama adik beradik. Guna peluang sehabis baik untuk jaga mak bapak sementara masih diizinkanNya. Amat bertuah jika kita boleh balik jumpa mak bapak seminggu sekali. Kalau tidak daya bermalam, cukup sekadar datang jenguk sekejap.

Mak bapak aku jauh. Dan sedikit pun aku tak kisah kalau suami nak balik 'kampung' dia selalu selagi ada masa dan poket mengizinkan. Aku sedar hakikat yang aku hanya mampu jumpa mak bapak aku sekurang-kurangnya setahun sekali. Lagipun, mak ayah suami adalah mak ayah aku juga. Tok dan Mak Tok anak-anak juga. Kenapa perlu aku nak berkira.

Senang cerita, aku rasa semuaaaa yang boleh drive je pergi nak balik jumpa mak ayah adalah sangat bertuah. Termasuk suami aku. Anytime rasa nak balik, start enjin dan gerak balik. Jadi, jangan sia-siakan kelebihan tu.

Kitorang kebiasaan akan balik Ipoh bila ada cuti deret atau akan ambil cuti at least sehari. Unless dah lama sangat rasa tak balik, kitorang balik Jumaat dan kembali ke sarang hari Ahad. Tak puas sebenarnya. Huhu.

Eh panjang pula cerita sebelum Subuh ni. Siang karang mengantuk satu apa pun tak termampu nak buat gamaknya. Hahaha.

Aku bukanlah anak yang terbaik. Tapi, aku sentiasa berusaha dan sehabis daya memberikan yang terbaik buat mak bapak aku dari kejauhan. Aku harap adik-adik aku juga akan berbuat benda yang sama sepertimana mak bapak telah memberikan yang terbaik buat kami. (Eh sambung pulak haha).


Semoga Encik Awang Bakar dan Puan Kamsiah dikurniakan kesihatan yang baik, diluaskan pintu rezeki, panjang umur dan dipermudahkan urusan dunia akhirat. Allahhummaamin.

Sep 6, 2016

Penyewa Rumah Pertama

Pertama? Aah pertama la. Sebab yang sebelum ni duduk adalah sepupu suami juga. Saudara mara kata orang. Hehe.

Alhamdulillah. Kadang² tu rasa tak percaya kami dapat penyewa dalam tempoh yang agak cepat. Mungkin sebab lokasi rumah yang ramai anggap jauh ke dalam. Entah. Bagi kitorang ok je. Tapi nanti orang cakap, 'ye la rumah ko. ko beli. mesti la ko x kata yang x best.' Contohhh. Hehe.

Ahad minggu lalu Yatie post kt Mudah. Esoknya dah ada orang yang bertanya. Dan ada yang nak tengok ahad minggu lepas. Jadi, semua yang bertanya kami minta tunggu sehingga ahad. Lebih dari 10 orang kot bertanya.

Ada seorang tu memang katanya nak sangat sebab memang tengah mencari. Tapi to be fair, kami tetap nak dia que juga. Kasihan dekat yang lain kan. First come first gitu. Adil dan saksama. Ewah.

Ahad lepas, orang tu datang dan berurusan dengan ayah. Dah selesai berurusan setuju sewa dengan bayaran 1 + 1 + Utilities. Sabtu ni InshaAllah nak jumpa dan sign agreement. Syukur dipermudahkan. Lega dah selesai. Dan harapan kami moga tak ada masalah pembayaran dan semoganya. InshaAllah.


Blog design by Rainy Day