Friday, January 29, 2016

Selamat Hari Lahir NAB | 4 Tahun

Selamat Hari Lahir ke-4 Tahun NAB | 25012016; genap 4 tahun usia Nur Arissa Batriesya. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah kerana masih meminjamkan nikmat yang paling besar ini pada kami. Amanah yang Allah untuk dibesarkan dan diberi dengan didikan yang sempurna sebagai bekalan dunia akhirat. InshaAllah. Allahhummaamiin.

Perancangan sejak setahun yang lalu, kami ke Langkawi bersempena hari lahir NAB. Tiket beli pada 26 Jan 2015. Kebetulan ada promosi tiket AirAsia. Sepantas kilat mak booking tiket bogel. Apa itu tiket bogel? Nanti Yatie kongsikan, ok! ;)

Selamat Hari Lahir Nur Arissa Batriesya
NAB semakin bijak dalam berkata-kata. Kadang-kadang, geram je dengar dia cakap dan menjawab. Part menjawab tu yang lagi geram. Hihi. Adakalanya kita tak sangka pun itu yang akan keluar dari mulut dia. Rajin sangat bercerita. Rajin juga drama. Hoho. 

Dah sekolah. Santai. Yatie tak begitu memaksa pun cuma still kena pantau juga. Tak nak la dia pergi sekolah sia-sia. Dan takkan nak bergantung ada cikgu semata. Kan? Seronok je dengar dia sebut apa yang dia belajar bila balik sekolah. Lepas tu feeling anak dah besar. Haha. Mak mak sangat oit!

Kesihatan, Alhamdulillah NAB sihat. Demam, batuk, selsema kadang-kadang itu biasa. Bina antibodi. Yang mana boleh Yatie buat natural treatment, Yatie usahakan. Gituu. 

Semoga Nur Arissa Batriesya membesar dengan baik dan sihat sejahtera selalu. Semoga Nur Arissa Batriesya sentiasa dalam lindungan Allah SWT walau di mana sahaja dia berada. Semoga Nur Arissa Batriesya terhindar dari wabak penyakit yang berbahaya. Semoga Nur Arissa membesar menjadi anak solehah yang membahagiakan mak ayah dunia akhirat. Semoga Nur Arissa Batriesya menjadi umat Muhammad yang berbakti pada agama, negara dan bangsa. Allahummaamiin.

Semoga juga Allah memperkenankan segala dia yang baik-baik buat Nur Arissa Batriesya. 

Read more>>>

Monday, January 25, 2016

Advance Birthday Present NAB dari Ayah

Advance Birthday Present NAB dari Ayah | Semalam, suami balik dari One Baby World dok bebel wife dia order dengan ailio semata. Haha. Tapi, dua tiga kali juga dia jawab soalan Arissa. "Ayah beli barang untuk Arissa la". Hati ku gundah sebab tak ada masuk dalam list pun barang Arissa. Kang ada yang melalak kalau barang tak ada.

Bila suami panggil Arissa, terdetik dalam hati. Ohh. Mungkin sebab esok birthday anak, sebab tu ayahnya tiba-tiba pula pandai beli hadiah bagai. Tahu tak apa yang dalam imaginasi Yatie? Haa. Set playdoh yang si Arissa dok nak nak nak bila jumpa. Tak pernah tunaikan sebab Arissa bukan reti lagi nak main playdoh sepenuhnya. Huhu. 

Nak tahu ayahnya beli apa?
TAARRRRAAAAA!

Boleh agak tak apa tu?


Haaaa. Comel kan? Itulah dia si comel Safety Harness untuk Arissa dari ayahnya. Mak tak tahu nak nangis ke nak gelak. Hihi. Kata ayahnya, takut dengan keadaan sekarang. Salah satu ikhtiar / usaha kita untuk melindungi anak tercinta.

Pejam celik, tepat jam 1.37 petang nanti Arissa dah empat tahun. Besar dah dia. Dah jadi kakak. Dah sekolah. Dan selalu juga kena marah. Ehhh! Hehe. 

Read more>>>

Wednesday, January 20, 2016

Perkembangan NAD | 5 - 6 Bulan

Perkembangan NAD 5 - 6 Bulan | Bila belek entri lama, eh tak ada pula perkembangan anakanda kopipes ayah ni masa 5 bulan. Huhu. Tapi tak apa. Ini blog mak punya. Moh la kita cerita sikit. Haha.

Perkembangan NAD 5 Bulan
Itu wajah budak selepas kena cucuk 5 bulan tempoh hari. Nangis tak? Nangis sebab kena tahan kuat tak bagi gerak. Haha. Alhamdulillah, elok sihat walafiat tak demam lepas cucuk. Perkembangan rasminya;

Berat : 6.95kg
Panjang: 64cm

Masa ni dia dah pandai meniarap dengan jayanya. Walaupun kadang-kadang dia macam tak larat nak angkat montot. Haha. Siapa suruh bam bam.

Perkembangan NAD 6 Bulan
Haaa. Ini dia semalam. Lepas cucuk juga. Nangis lebih sikit kali ni. Agaknya dah rasa sakit kot. Dah mengerti kata orang. Haha. Dia dah mula menjulur sikit. Perlahan. Belum lulus kata orang. Cara dia nak pergi ambil sesuatu ialah dengan berguling. Terkejut tiba-tiba ada kat tepi. Haha.

Berat: 7.3kg
Panjang: 65cm

Baru mula makan dalam minggu ni. Tak nak makan puri. Tapi bila makan bubur campur lobak merah dan ikan bilis; eh! Elok pula dia makan ha. Tapi 2 3 hari ni keras pula tahi. Dah bawa pergi jumpa doc swasta dan semalam pun tanya nurse, katanya dalam proses sesuaikan diri dengan nak makan makanan pejal.

Apa pun, semoga Nur Aflah Dayyina sihat selalu..

Read more>>>

Tuesday, January 19, 2016

NAB Tadika PASTI 4 Tahun

NAB Tadika PASTI 4 Tahun | Assalammualaikum. Hai. Dah tengah bulan baru nak menyelit sikit cerita Arissa masuk sekolah. Keterujaan seorang mak ni memang tak dinafikan, sungguh tinggi. Anak sulung oi masuk sekolah. Hihihi.

04012016; hari pertama Nur Arissa Batriesya bergelar anak murid. Sedikit kelegaan pada Yatie ialah Arissa sekolah di tempat yang sama dia duduk sebelum ini. Jadi, dia dah biasa dengan sekolah. Bezanya cuma dia bukan lagi budak taska. Hehe.

Tadika PASTI 4 Tahun | Baju Sukan
Kenapa pakai baju sukan? Sebab masa daftar tempoh hari baju seragam saiz S kehabisan stok. Saiz M besar gila. Tudung pun mak beli di Shamensi. Meragam sedikit sebab tak sempat pergi makan kedai. Haha. Lepas tu pula mungkin dipengaruhi oleh persekitaran. Ramai anak-anak comel yang datang bersama tangisan, jadi dia join sekali. Haha.

Tadika PASTI 4 Tahun | Baju Seragam
Haaa. Balik dari sekolah Arissa keluarkan baju seragam dia. Katanya, cikgu suruh pakai esok. Boleh tahan juga besar baju seragam dia. Nak alter? Biar la. Boleh lipat dan golong lagi. Lama la sikit pakai. Kononnya. Hehe. Tudung tu comel. Tudung indon kami kata. Tapi tali dia atas sangat. Hehehe.

Hari kedua dia 'eksyen' sikit. Sampai je masa turun dari motosikal dia tengok budak-budak nangis, dia cakap "eh. Siapa nangis tu?" Ecece. Kemainnnn. Bila kita cakap kawan dia, dia kata bukan. Hahaha. Sabar je la. Overall, dah dua minggu sekolah dia ok. Ok sangat. Alhamdulillah.

1st week sekolah dia hafal doa selepas makan dan minum. Sebelum tidur pun dia baca doa tu. Haha. Tapi, balik sekolah memang tak ada tengok buku dah. Dah tengok buku kat sekolah katanya. Huhu. Apa-apa je lah kakak. Hihi.

Read more>>>

Thursday, January 14, 2016

6 Bulan Penyusuan Eksklusif (EP Mom)

6 Bulan Penyusuan Eksklusif | Assalammualaikum. Hai korang. Pejam celik buah hati Yatie yang kedua dah enam bulan usianya. Alhamdulillah Aflah membesar dengan sihat sempurna. Alhamdulillah diizinkan menyusukan Aflah secara eksklusif dengan cara yang eksklusif. Hehe.

Tak sampai 6 bulan tapi lebih kurang 3 bulan menyusukan Aflah dengan cara yang eksklusif, bagi Yatie ia bukan satu hal yang sangat mudah. EP Mom memerlukan kekuatan, ketahanan dan keazaman yang tinggi. Lebih tinggi dari biasa. Usaha yang berlipat ganda. 

Sepanjang 6 bulan ni banyak perkara juga yang menggugat hati dan menguji kesabaran. Down bila penghasilan susu kurang. Sudahlah susu kurang, tumpah pula selepas mengepam. Menitis juga air mata ni. Sudahlah sedih anak tak mahu DF. Huhu. Tapi, jelas perbezaan semasa Aflah ada DF dengan fully pumping. 

Bila tak DF makanya tak ada natural stimulating. Jadi, apa yang Yatie buat? Kerap pumping. 2 / 3 jam sekali. Lagi perit rasanya bila Aflah menghampiri usia 6 bulan. Jumlah oz sekali penyusuan meningkat. Susu Yatie pula semakin berkurang. Kesibukan tempat kerja juga menghalang untuk mengepam dengan kerap.

Beberapa kali juga melecet. Allahhuakbar. Demi anak Yatie gagahkan diri seperti Hulk Hogan. Surrender, Yatie usahakan tandem nursing sehingga yang melecet pulih. Usahakan juga dan set dalam minda - sikit masa sahaja lagi hendak menghampiri usia 6 bulan.

Sekarang, Aflah dah tak bf sepenuhnya. Yatie masih lagi sedaya upaya pam susu. Bila tak cukup, barulah dibancuhkan susu tepung. Setakat ini Aflah serasi dengan Anmum. Alhamdulillah. Jadi, genap usia Aflah 6 bulan susu tepung dah masuk list perbelanjaan. Hahaha.

Cabaran nak full bf ada pelbagai. Arissa yang dulu berjauhan pun, dah 3 bulan berjauh dan hanya berjumpa hujung minggu still df. Aflah yang baru 2 3 hari kena tinggal, dah bye bye terus. Gggrrrr. Rasa nak kunyah-kunyah. Hihi.

Apa yang buat Yatie boleh juga dalam tempoh 6 bulan ni ialah;

  • Keep on pumping dan power pumping
  • Keep on saying yes! you can do it 
  • Consume supplement (Yatie ambil Shaklee dan Habbasyi Oil)
  • Sokongan padu dari pasangan tanpa henti

"6 bulan je pun. Bukan 2 tahun." Ya. Rezeki seseorang itu kan berbeza jumlah, bentuk dan keadaannya. Inilah yang Yatie lakukan sepanjang perjuangan 6 bulan. Still, I am proud of myself. Haha. Sebab kalau ikut down, dah lama dah Yatie bagi susu tepung kat Aflah. 

6 Months Old
Read more>>>

Saturday, January 2, 2016

Yuran Tadika 4 Tahun PASTI di Kuala Lumpur

Yuran Tadika 4 Tahun PASTI di Kuala Lumpur|Assalammualaikum. Hai korang. Dah daftar si comel cilik bijak pandai masuk sekolah? Hehe. Sebak pula rasanya bila akhirnya Nur Arissa Batriesya secara rasminya 'skulah'. Dah besar dah dia. Huu.

Semalam, kami daftarkan dia. Tempat yang sama cuma upgrade dari taska ke tadika. Pada mulanya memang tak nak tapi setelah bincang sikit dengan cikgu taska, makanya kami buat keputusan untuk masuk tadika. 

Yuran kemasukan adalah termasuk pakaian sukan dan uniform serta lain-lain. Cuma uniform ada satu. Jadi Yatie add on 1 lagi. Budak-budak weh. Huhu. Tapi, baju tak ada lagi sebab saiz M adalah begitu besar. S tak ada stok. Makanya esok Arissa akan pakai baju sukan. Hihi.


Keseluruhan bayaran ialah RM740 yang mana RM100 telah bayar masa daftar nama sebelum ini. Fuhhh! Masa ni terus teringat tadika KEMAS. Haha. Yatie kalau ada KEMAS kat sini, Yatie memang hantara KEMAS je. Redha je. Semoga Arissa dapat menuntut ilmu sebaiknya.

Macam mana agaknya dia nanti. Sebab dia tak duduk dalam bilik lagi dah. Dia kena belajar. Wiwiwi. Excited pula mak nya. Haha. Nama dia pun dia tak pandai sebut betul. Nama belit lidah nak sebut kekdahnya. Bahaha. Nama adik ok je dia sebut. Huu.

Anak seorang hampir 1k. 2 orang? 3 orang? Errrkkkk!

Read more>>>

Friday, January 1, 2016

Selamat Tahun Baru 2016

Selamat Tahun Baru 2016 | Assalammualaikum. Hai korang! Apa azam baru tahun ni? Hehe. Semoga setiap apa yang dirancang mendapat perkenan oleh Nya dan segalanya dipermudahkan. InshaAllah. Aamiin. Seperti biasa, tak dinafikan bila masuk tahun baru kita akan ada semangat yang baru. Jadi, sama-sama kita berdoa semoga kita semua istiqamah. Allahhummaamiin.

Throwback sikit boleh? Hehe.

2015; ada begitu banyak nikmat Allah yang dipinjamkan buat Yatie sekeluarga. Tak upaya untuk digambarkan dengan kata-kata. Hidup; Suka Duka. Tangis Tawa. Pahit Manis. Semua ada. Semuanya Allah pinjamkan dengan penuh hikmah buat hamba-hambaNya yang bersyukur dan redha. Allah Maha Adil, Maha Pengasih, Maha Penyayang. Ia tidak akan membebankan kita dengan perkara yang kita tak mampu tanggung. Kan?

Nikmat terbesar yang dipinjamkan buat kami ialah; Nur Aflah Dayyina. Lahirnya pada bulan Ramadhan, sama tarikh pula dengan Yatie iaitu 7 Julai. Menghampiri 6 bulan usianya hari ini. Sihat gebu sejahtera tubuh badannya. Hehe. 


Pada tahun 2015 juga kami tukar kereta dari manual ke auto. Kereta 2nd hand sahaja. Tujuan? Sebab Lee dah tak berapa nak sabar menempuh jalan sesak di Kuala Lumpur. Hahaha. Yatie pun dah pandai la bawa auto. Tapi tak berperasaan. Bawa manual juga best. Hoho. 


Perniagaan pula dari hanya sebagai Pengedar Sah Shaklee dan Agen Pekasam Azrieyta Resepi Ibunda, Yatie juga menambah lagi produk jualan iaitu Instant Shawl MMOC (stop sebab supplier stop hihi), Bawang Goreng MT dan Produk Bayi Tropika. InshaAllah nak perluaskan lagi produk perniagaan. Kami juga dah daftar perniagaan atas nama Projek Niaga Enterprise pada 23 Disember 2015 yang lalu. 


Sebagai seorang blogger, Yatie menjadi salah seorang ahli Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) yang diterajui oleh blogger terkenal Ben Ashaari. Beberapa event Yatie dah sertai bersama dengan KBBA sebelum bersalin. Selain itu, kami geng Gojes Blogger Supermom & Baby (GBSB) juga telah berjaya mengadakan GBSB Family Day. 



Apa lagi eh? Haha. Bila nak senaraikan memang terbantut. Sebelum menaip, macam-macam rasanya dalam fikiran. Tapi tak apa. Ini bermakna yang di atas tu adalah yang paling terbesar berlaku.

2016; tak ada apa yang lebih Yatie mahukan selain dikurniakan kesihatan yang baik seisi keluarga, dilapangkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dan bahagia dunia akhirat. Semoga jua kami dilimpahkan dengan rezeki supaya dapat membantu mereka yang memerlukan terutamanya di kalangan saudara mara sendiri. Semoga segala yang kami rencanakan diperkenan dan dipermudah oleh Allah SWT. Dan paling penting! Semoga kami tidak sedikit pun culas dalam menempatkan Allah di tangga yang teratas dengan menjalankan ibadah Nya yang wajib mahupun sunat. Allahhummaamiin. 

Sehingga kita bertemu lagi di lain entri. 

Read more>>>
"Ya Allah, peliharalah Nur Arissa Batriesya dan Nur Aflah Dayyina, dan sihatkanlah mereka. Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, jadikankah Nur Arissa Batriesya dan Nur Aflah Dayyina sihat dan sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis, dengan berkat Nabi Muhammad SAW dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."

Amin.

Iklaneka

Popular Posts

Copyright © Kalam D'Yatie Designed by azhafizah.com