December 6, 2016

CELCOM FIRST™ Gold Plus

Bila sebut data internet ni kan, Yt selama ni merupakan seorang yang selalu rasa data tak mencukupi. Entah buat apa entah sebenarnya, tiba² data habis. Huhu. Kalau blog update selalu boleh juga dimaafkan. Itu blog pun kadang² sebulan sekali pun susah nak update. Hehe.

So, memang dah menjadi kebiasaan Yt akan add data dan menjadikan jumlah bills around RM150. Oh ye! Yt sebelum ni pengguna Celcom Basic Plan 3gb RM48 sahaja. 3gb je memang celah gigi je kata orang haha. Itu handphone. Tab pula memang in contract RM90 untuk 20gb. Lebih setahun dah guna dan masa tu RM90 untuk 20gb adalah yang termurah.


Pada mulanya Yt tak ambil kisah sangat pasal plan ni. Sebab malas nak tambah komitmen kononnya. Tiba² satu hari tu, rasa macam belum apa² dah habis 3gb. (Rasa je. Entah anak² buka youtube Yt tak perasan kan. Haha.) So, masa tu macam geram la. Terus whatsapp husband untuk survey kan. Tapi, beliau bukan setakat survey. Beliau terus tukar plan time tu juga. Gigil badan Yt nak tunggu petang. Kah!

Bila Yt fikir², Yt rasa berbaloi kot untuk tukar plan. Sebabnya selama ni paling murah pun RM100 Yt bayar untuk Basic Plan Yt. Tapi offer plan Celcom ni lagi berbaloi. Yt pilih First™ Gold Plus sebab harganya beza RM18 sahaja (tak termasuk gst) berbanding dengan First™ Gold dan perbezaan jumlah data adalah 20gb.


Yt zoom gambar dan sila fokus pada First™ Gold Plus ye kawan². Ringkasan utama kat bawah ni. Hehe.

Bayaran bulanan:
RM98 tak termasuk gst

Data diterima:
40gb keseluruhan
(20gb internet bulanan dan 20gb hujung minggu)

Panggilan:
Tiada limit.

SMS:
20sen

Berbaloi sangatkan untuk Yt yang mana jika maintain plan lama;

RM48 (3gb) + RM50 (tambah data 5gb);
RM98 tak termasuk gst

8gb vs 20gb untuk harga RM98.

Berusaha menjadi seorang pengguna yang bijak kekdahnya. Haha.

So far memang berpuas hati. Yt memang pengguna celcom dari zaman mula² ada hp sehingga sekarang. Sebab Yt tak pernah alami kes kredit kena telan dan sebagainya. Hopefully Celcom sentiasa baik je dengan Yt selalu. Hihi.


10 comments

  1. wah..membantu sangat entri ni..bru plan nak tukar celcom.rasanya nak ambil plan yang yati ambil juga la kot hehe

    ReplyDelete
  2. bagus jugak celcom ni.. murah pun murah jugak ingat kan harga semua tu dah termasuk gst hehehe
    sy tak penah pkai celcom selama ni sebab selalu ingakan yg celcom ni mahal.. plan ni mmg harga dia mcm ni je ke atau tgh ade ape2 promo?

    ReplyDelete
  3. Fuh telco sekarang berlumba2 nak dapatkan pelanggan. Macam-macam tawaran derang bagi skrang ni. Kena bijak memilih ni, barulah berbaloi.

    www.hasrulhassan.com

    ReplyDelete
  4. Bagus jugak semua telco kasi murah-murah data. Baru la benefit pada pengguna. saya pun berkira-kira jugak nak tukar ke Celcom Gold nanti.

    ReplyDelete
  5. wow...plan celcom ada bagi banyak internet data dengan harga yang murah...jadi ada berminat nak tukar plan saya sekarang kerana internet data xcukup guna untuk saya
    lagipun plan celcom sesuai untuk pelajar yang tinggal hostel kerana bagi internet data yang banyak

    ReplyDelete
  6. wow .. celcom plan bagi lebih banyak internet data kepada pelaggannya..first gold plus hanya RM98 dah ada 40Gb internet data..kawan saya pun guna plan celcom ni ..i pun ada minat nak tukar plan saya ke celcom

    ReplyDelete
  7. plan ni bagus utk sesiapa yg nak ambik phone baharu....sebab dalam masa sama blh dapat service dan new phone...

    ReplyDelete
  8. Fuyohhhh 20GB blh habiskan ke? ni promosi amat hebat dan tertarik

    ReplyDelete
  9. line ni stable ke tak...ade kawan yg bagitau okay ade yg katakan tk stable..area saya selangor

    ReplyDelete
  10. bagi student macam saya kalau nak ambil plan ni masihlah burden yg berat...Rm80 masih amat tinggi cosnya..

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day