November 10, 2016

Peperiksaan Akhir Tahun NAB: 4 Tahun

Bismillahirrahmanirrahim. Semoga semuanya sihat sejahtera, bahagia, dilindungi dan dirahmati Allah SWT. 

Pejam celik, anakanda sulung Yt dah ada peperiksaan akhir tahun. Masa dapat tahu yang diorang akan ada exam juga, Yt rasa lucu tapi teruja campur berdebar. Over kan? Macam anak duduk SPM pula gayanya. Haha. Dan masa tu memang tak dapat bayang apa bentuk soalan diorang sebab kelas 4 tahun kan, apa lah aje soalannya. Hihi.

Selasa lepas, cikgu hantar whatsapp list kedudukan ikut markah. Arissa yang ke-6. Dan Yt terus forward kat ayahnya. Dengan pantas ayahnya reply, ok lah tu. Hoho. Yt sendiri pun kena sentiasa berpesan pada diri sendiri, anak 4 tahun Yt. Bukan tahun 4. Haha. 

Balik sekolah, Yt excited nak tengok kertas peperiksaan dia. Hehe. Alhamdulillah. Tak kisah walau macam mana pun bentuk soalannya, tapi bila tengok markah dia.. Alhamdulillah. Bukan semua markah penuh tapi still proud and will always proud. InshaAllah.

Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun NAB; 4 Tahun.
Dia tak berapa faham lagi tentang kedudukan dalam kelas. Dia seronok dapat nombor 6. Hihi. Markah penuh tak penuh pun dia tak kisah. Tangan di bahu, mata ke atas kekdahnya. Haha. Cuma Yt peluk dia, Yt cakap keputusan ujian kakak cantik.. bagus.. tapi kalau semua 100 lagi bagus. Dia angguk je. Faham ke tak, Yt kurang pasti. Haha.

Soalan 4 tahun ni seperti bulatkan huruf konsonan, huruf vokal dan etc. Simple je. Tapi, apa yang Yt jelas ialah dia tak tahu apa sebenarnya perlu buat seperti soalan Math; aada kotak kosong untuk susunan nombor - Arissa tulis balik nombor tu dari kiri. Tu yang math 82 je. Hihi.

Semoga segala urusan dunia dan akhirat anakanda Nur Arissa Batriesya dipermudah oleh Allah SWT. Allahhummaamiin.

4 comments

  1. bijaklah kakak arissa ni. siap ada pekse2 lagi eh skolah dia..bestnya!

    ReplyDelete
  2. tahniah kak NAB...airis sini masih belum mahir membaca co kat sini style terapkan pembentukan diri dulu...

    ReplyDelete
  3. Pndai kakak! Semuaa A tu. Shaheem pun 3 paper dpt 100. Kreativiti je dpt 50 sbb dia cakap tak larat nak buat haha. Mcm2 sgt alasan tu. Semoga ank2 kita berjaya dunia dan akhirat. Aminn

    ReplyDelete

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day