September 17, 2016

Rindu?

4.28am; bangun jam 1.37am tadi. Tak terasa nak tidur semula. Entah. Rindu barangkali. Rumah kembali sunyi. Mak bapak dah balik Sarawak jam 3.25pm semalam. Tadi sebelum tidur kakak nangis. Rindu katanya. Sobs.

Rezeki masing-masing kan? Ada yang duduk dekat dengan mak bapak. Ada yang duduk jauh. Ada yang duduk negeri lain. Ada yang duduk negara lain. Tak kira dekat mahupun jauh, apa yang paling penting adalah jangan pernah putus mendoakan kesejahteraan mak bapak dunia akhirat.

Aku selalu terkenang dan mengenang. Sambil mengingatkan sesama sendiri terutama adik beradik. Guna peluang sehabis baik untuk jaga mak bapak sementara masih diizinkanNya. Amat bertuah jika kita boleh balik jumpa mak bapak seminggu sekali. Kalau tidak daya bermalam, cukup sekadar datang jenguk sekejap.

Mak bapak aku jauh. Dan sedikit pun aku tak kisah kalau suami nak balik 'kampung' dia selalu selagi ada masa dan poket mengizinkan. Aku sedar hakikat yang aku hanya mampu jumpa mak bapak aku sekurang-kurangnya setahun sekali. Lagipun, mak ayah suami adalah mak ayah aku juga. Tok dan Mak Tok anak-anak juga. Kenapa perlu aku nak berkira.

Senang cerita, aku rasa semuaaaa yang boleh drive je pergi nak balik jumpa mak ayah adalah sangat bertuah. Termasuk suami aku. Anytime rasa nak balik, start enjin dan gerak balik. Jadi, jangan sia-siakan kelebihan tu.

Kitorang kebiasaan akan balik Ipoh bila ada cuti deret atau akan ambil cuti at least sehari. Unless dah lama sangat rasa tak balik, kitorang balik Jumaat dan kembali ke sarang hari Ahad. Tak puas sebenarnya. Huhu.

Eh panjang pula cerita sebelum Subuh ni. Siang karang mengantuk satu apa pun tak termampu nak buat gamaknya. Hahaha.

Aku bukanlah anak yang terbaik. Tapi, aku sentiasa berusaha dan sehabis daya memberikan yang terbaik buat mak bapak aku dari kejauhan. Aku harap adik-adik aku juga akan berbuat benda yang sama sepertimana mak bapak telah memberikan yang terbaik buat kami. (Eh sambung pulak haha).


Semoga Encik Awang Bakar dan Puan Kamsiah dikurniakan kesihatan yang baik, diluaskan pintu rezeki, panjang umur dan dipermudahkan urusan dunia akhirat. Allahhummaamin.

No comments

Post a Comment

terima kasih singgah dan baca celoteh D'Yatie.
jikalau sudi, tinggalkan komen/pandangan/pengalaman kalian bersama.

semoga Allah merahmati kita semua.
aamiin.

Blog design by Rainy Day